Friday 23 September 2011

Selami Jiwaku prolog


Ashikin mencuci motor berkuasa besar kesayangannya dengan penuh kasih-sayang.Ashikin begitu khusyuk membasuh motor berkuasa besar tersebut hingga tidak sedar ada tetamu  hadir ke rumahnya.
Datin Rozita memerhati anak daranya yang khusyuk dengan motor tersebut hanya menggeleng kepala. Sayang sangat motor dia tu sampai tetamu datang pun dia tak sedar desis hati Datin Rozita.Datin Rozita memaniskan mukanya di hadapan tetamu mereka.
" Kamu sekeluarga bila balik dari luar negara?" Tengku Marlina yang duduk di sofa berbentuk L senyum.
"Hmm baru 2 hari lepas.Ya Allah kau tahu tak aku rindu sangat kat kau Ita." Datin Rozita ketawa kecil
"Kau ni Ina .Orang kat luar negara shopping sakan ni tak yang kau sibuk rindu kat aku buat apa.Buat sakit kepala kau jer." Namun jauh di hati Datin Rozita dia bersyukur dapat kawan seperti Marlina yang mengetahui segala tentang hidupnya.
"Mana aku tak rindu kau,kau kan kawan baik aku selama-lamanya."Tengku Marlina sayang akan kawan baiknya.Segala tentang hidupnya duka dan gembira dikongsi bersama dengan Datin Rozita.
"Ita ni anak lelaki aku cerita kat kau.Affan sini.Mama nak kenalkan kawan baik mama." seorang pemuda yang digelar Affan merapati mereka
"Apa khabar aunty?" Affan menyalam wanita yang di gelar Rozita.
"Sihat.Jadi ni lah Affan." Affan hanya menganggukkan kepalanya.
"Affan panggil adik kamu Aisyah mama nak kenalkan dia dengan  aunty Rozita."
Affan menurut perintah ibunya tanpa merungut.Aisyah tersenyum manis.
"Manis betul senyuman Aisyah yerk.Pengantin baru balik dari bulan madu yerk" merah muka Aisyah apabila diusik begitu.Ashikin masuk kedalam rumah .Tengku Marlina memandang Ashikin dengan senyuman yang manis.
"Shikin sini sekjap.Ina ni anak perempuan aku.Satu-satunya anak perempuan aku, kau still ingatkan?" Tengku Marlina menyambut salam Ashikin. Ashikin ditarik  duduk bersebelahannya.
"Shikin ni anak Aunty Aisyah yang lelaki tu nama dia  Affan." Ashikin hanya menyalam yang wanita bernama Aisyah.Dia hanya mengangkat tangannya sebagai tanda perkenalan.
"Shikin bawa diorang round-round rumah kita okeyy" Ashikin hanya menurut tanpa banyak kata.Rumah agam agam yang seperti istana ini akan ditunjukkan kepada anak-anak kawan mamanya.Ashikin membuat keputusan untuk membawa ke taman mini yang ada di rumah ini.Tamannya besar dan penuh dengan pelbagai bunga.

Mereka hanya membisu.Aiyah memecah kesunyian antara mereka bertiga.
 "Ashikin umur berapa?" Ashikin sedikit terkejut dengan pertanyaan wanita tersebut namun dia cepat-cepat kembali ke sikap coolnya.
"27 tahun." sepatah sahaja yang dia jawab. Aisyah mengangguk  tanda faham
"So kiranya Aisyah adiklah .Mmmm kalau macam tu Aisyah panggil akak Shikin boleh.?" pertanyaan wanita itu dia hanya menggangguk tanda memberi kebenaran untuk memanggilnya begitu.
"Akak Shikin mana toilet yer?" Aisyah rasa ingin muntah secara tiba-tiba.
"Jalan terus belok kiri.Nak kami tunggu ker?" Aisyah hanya menggeleng kepala.
Mereka meneruskan perjalanan ke taman mini lalu melabuhkan punggung di kerusi batu tersebut.
"Saya Affan..."
"saya tahu Tengku Affan bin Tengku Uthman.Umur 29 tahun. Balik ke Malaysia  setelah 5 tahun tinggal di London kerana tunang lari sewaktu hari perkahwinan.Mempunyai 3 buah syarikat yang dibina atas titik peluh sendiri." Affan senyum
"Well awak kenal saya begitu baik sampai cerita BEKAS tunang saya pun awak tahu.Ashikin Najwa binti Dato Haizul.Mempunyai 6 buah syarikat bahan mentah.1 di Paris.2 di London.3 di Malaysia.Balik ke Malaysia kerana syarikat menghadapi kesukaran.Anti kepada lelaki kacak dan kaya.Ciri suami. Semua mesti sederhana kecuali agamanya mestilah mampu bimbing awak ke jalan yang benar."
Ashikin tersenyum sinis. "Tak sangka kita boleh berjumpa di sini yer wahai musuh utama kesayanganku."
Affan senyum manis. "Selamat  berjumpa kembali Permata cinta ."
Ashikin ketawa yang kedengaran sinis sekali di pendengaran orang lain tetapi tidak bagi Affan ketawa itu seperti benda yang paling merdu untuk di dengar.
Ashikin membuat sikap tenangnya.Ashikin tahu dengan lelaki ini dia perlu banyak bersabar.
"So sayang..kenapa sayang tak bagitahu dear dulu nak balik Malaysia.Boleh  dear ikut sekali."
 Ashikin membuat muka seperti orang ingin muntah.
"Buat apa aku nak bagitahu rusa yang aku nak balik Malaysia.Lagi satu apa mimpi kau nak panggil aku sayang ni.Tolong Tengku Affan jangan buat aku tendang kau keluar dari rumah ni okey" Ashikin menjeling tajam kepada Tengku Affan yang tersenyum manis.
Hati Ashikin sudah berdegup kencang.Inilah sebabnya dia benci mamat yang perasan handsome.Suka buat hati wanitanya tidak senang.Hatinya mesti berdegup kencang kalah kereta Ferrari.
"Ala sayang jangan cakap macam tu.Hati dear akan terluka tau." Affan mengerdipkan matanya.
Ashikin menelan air liurnya.Ya Allah aku rasa nak peluk jer dia ni COMELNYA...hati Ashikin bermonolog.
"Buat apa balik sini?Lebih baik kau duduk kat London daripada menyemak dekat sini.Buat sakit hati aku jer nanti" Affan mendekatkan jarak duduk mereka.Begitu hampir .Affan mendekatkan mulutnya pada telinga Ashikin.
"Affan balik sebab Affan rindu. Ashikin Najwa adalah Permata hati Affan." Ashikin kaku.Dia menelan air liurnya yang rasa sungguh kesat pada saat ini.Affan menarik muka Ashikin supaya menghadap dengan mukanya.
"Bibir ni tak lama lagi akan dapat saya cium sepuas hati sehingga bengkak.Saya akan cium bibir ni sehingga awak tidak boleh bernafas Najwa." ibu jari Affan bermain dibibir Ashikin.
Ashikin terbuai dengan senyuman manis  Affan.Entah kenapa dia merasa makin hari muka Affan dekat dengan mukanya.Sewaktu Affan ingin menjamah bibirnya.Suara Aisyah kedengaran.Seperti baru tersedar dari mimpi Affan mengucap panjang.Affan baru sedar dia hampir-hampir sahaja ingin membuat dosa. Aisyahmenjerit kesukaan.
"Akak Shikin rumah akak ni besar sangat sampai adik Syah sesat tahu.Nasib baik jumpa.Takut Syah tadi."
Ashikin senyum manis.Terpana sebentar Aisyah melihat senyuman Ashikin yang dia berasa sungguh menawan.
"Tadi Akak Shikin nak tunggu tak nak bagi."
Aisyah hanya tersengih macam kerang busuk.
Affan hanya memerhati langkah Ashikin dan adiknya dari belakang.Bersungguh-sungguh betul Aisyah bercerita betapa dia takutnya sewaktu sesat dalam rumah agam ini.
Affan mengeluh.Sekarang dia sangat pasti.Dia harus berkahwin dengan wanita yang membuat hati lelakinya hampir gila.Setiap malam dia akan tidur dengan bayangan Ashikin.Wanita itu sungguh Anti dengan dia.Namun dia suka akan wanita tersebut.Dia suka apabila dia dapat membuat sikap cool Ashikin menjadi seorang pemarah dan kelam kabut.
Setiap tingkah laku wanita itu membuat dia berasa gembira.Walaupun Ashikin menganggap dia musuh tetapi dia menganggap wanita itu adalah kekasih.
Affan tidak sangka yang dia akan rindukan Ashikin sampai sanggup berpijak ke negara yang dia berjanji tidak akan berpijak lagi.Ashikin memberi semangat baru.Dia tidak pernah terhegeh-hegeh untuk mendapat wanita sebaliknya wanita akan terhegeh-hegeh ingin mendamping dengannya.Tapi tidak dengan Ashikin.Dia harus meninggalkan egonya dan membuat muka tembok untuk mendapat Ashikin.
Sifat wanita itu sungguh menarik hatinya sentiasa tenang,baik hati,respect orang tua,tidak tahu apa makna  putus asa dan sikapnya anti dengan lelaki kacak dan kaya.Bibir mungil Ashikin membuat dia ingin mengucup wanita itu sekarang juga.
MAMA AFFAN NAK KAHWIN DENGAN ASHIKIN NAJWA"ayat itu hanya bergema dalam hatinya sahaja.Tidak terluah melalui kata-kata.