Friday 17 August 2012

Sentiasa Disisiku 3


Mikhail tahu dia tidak boleh biarkan Alisya keseorangan lama-lama nanti gadis itu mula teringat akan peristiwa gelap itu sebab itu Mikhail sudah merancang untuk membuat Alisya leka dengan kehadirannya sehingga tarikh keputusan itu.

Pagi itu Mikhail bangun dengan semangat. Jam di sebelah dipandang pukul 9 pagi.Sebaik habis solat subuh dia terus tidur balik penat kerana semalaman dia tidak boleh tidur kerana memikirkan cara untuk menceriakan Alisya dan idea timbul selepas dia solat subuh.Hari ini dia ingin membawa Alisya pergi membeli-belah.Itu sahaja idea yang timbul dalam kepalanya. Mikhail memandang dirinya di hadapan cermin sambil mengacukan baju.

Hmmm… nak pakai baju kemeja atau t-shirt.Kalau baju kemeja nampak formal lah pula.Pakai T-shirt lah nampak santai sikit. Ish…tapi baju yang mana satu aku nak pakai erk…? Nak pakai biru ,hitam atau putih.

Lama jugalah Mikhail memikir baju apa yang ingin dia pakai.Dalam setengah jam barulah Mikhail dapat membuat keputusan apabila kepalanya sudah malas memikirkan masalah baju warna apa lalu dia memilih dengan memejam mata.Baju warna biru menjadi pilihan Mikhail.

Mikhail memakai t-shirt berkolar berwarna biru kemudian dia memandang topi di atas katilnya itu. Hmm…nak pakai topi atau tak.Kalau aku pakai topi nampak macam smart sikit aku ni.Kalau biarkan nampak biasa jer. Pakai topi atau tak,pakai,tak,pakai,tak,.Argghh…pakai jelah.

Mikhail mengerling ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul 10 pagi.Biar betik! Tadi baru pukul 9 dah satu jam rupanya aku bersiap.Bapak lama gila. Argghh…baik aku bergerak ke rumah Rania pergi jumpa Alisya.Mesti dia sedih lagi tu. Desis hati Mikhail.

Tidak pernah dalam hidup Mikhail dia bersiap selama satu jam bagi Mikhail tak payah siap lama-lama kalau setakat nak keluar rumah jer pun tetapi tidak hari ini ,hari ini dia bersiap seperti seorang lelaki ingin berjumpa buah hati namun dia tidak sedar akan itu kerana otaknya hanya memikirkan satu benda iaitu menceriakan Alisya Khairina.Musuh utamanya dan kemungkinan besar akan berubah menjadi rakannya.

Alisya memandang Mikhail dari atas ke bawah.Nampak kacak dan santai.Mikhail mengajaknya keluar tetapi sebenarnya dia malas nak keluar tetapi difikir-fikirkan balik dia asyik ingat peristiwa gelap itu sahaja sebaik dia duduk keseorangan.Membuat dia berasa ingin bersetuju sahaja dengan cadangan Mikhail.

“Jomlah Al…Aku dah bersiap baik punya ni, tak akan kau nak tolak.Tengok aku ni segak bukan main lagi.Please jangan tolak.” Pujuk Mikhail sambil memuji diri sendiri. Alisya buat ala-ala nak muntah dengan statement Mikhail.

“Nak termuntah tekak aku dengar kau puji diri sendiri.Yelah…yelah aku ikut kau asalkan kau jangan puji diri kau sudahlah silap hari bulan boleh mati aku dengan statement tak boleh blah kau tu.”  Kutuk Alisya selamba.

Mikhail mencebik. “Alah…aku memang kacaklah Al memang tak boleh nak buat apa dah.Semua orang tahu aku ni kacak yang amat.” Dah mula dah acara berdebat akan bermula nampak gayanya. Alisya mencekak pinggangnya. 

“Wei! Jangan nak puji diri sendiri sangatlah.Muka kau tu bersepah dekat tepi jalan tahu tak.Lainlah aku ni cantik,ayu dan anggun gitu.Sekali petik jari datang sepuluh orang tau.”
Mikhail pula yang buat rasa orang nak muntah.

Dijelirkan lidahnya kepada Alisya. “Eii…perasan gila kau ni.Muka macam king kong ada hati kata petik jari sepuluh yang datang.Eh,Minah aku ni tak payah petik jari berderet nak dekat aku tau!” Mikhail dengan bangganya membetulkan topinya.

 “Hah! Yelah sangat tu…”
Rania yang sedang enak tidur tiba-tiba terjaga dari tidurnya apabila mendengar seperti ada orang bergaduh dihadapan biliknya.Membuat dia bergerak ke pintu biliknya lalu dibuka pintu biliknya.

Terserlah dua orang manusia yang bergaduh seperti anjing dan kucing.Ini bukan dua orang tapi dua ekor! Desis hati Rania.

“Eh! Korang ni kata nak keluar ni yang duk bergaduh depan bilik aku ni kenapa hah! Abang kata nak bawa Al pergi jalan kenapa tiba-tiba ada debat pula ni depan bilik orang?” geram Rania dengan dua ekor makhluk Allah ni.
 
Aku ingat diorang ni dah berbaik rupa-rupanya masih lagi macam anjing dan kucing. Desis hati Rania.

“Al ni lah yang cari pasal dengan abang.Ada ke dia kata abang perasan.Memang kenyataan abang ni kacak tapi dia tak nak mengaku, agaknya mata kau tu rabun kut Al! Tak apa aku belikan cermin mata untuk kau ek?” sinis Mikhail.Alisya mengetap bibir. Nak kena mamat ni desis hati Alisya.

 “Bukan aku yang rabun kau tu yang terlebih perah santan dekat dapur.” Perli Alisya.

Rania dah menggeleng kepala.Adui macam budak-budak betul dua ekor ni. “Ah! Malaslah aku nak ikut kau Mikhail!Lebih baik kau pergi ajak orang lain pergi dengan kau.Nanti tak pasal-pasal aku masuk hospital sebab terkejut yang amat ada juga makhluk Allah macam kau ni yang suka puji diri sendiri.” Dengus Alisya sambil ingin berlalu dari situ.

Alisya terkejut apabila ada tangan memegang lengannya.Alisya pusing ke belakang dan memandang muka Mikhail yang masih memegang lengannya dan satu tangan lagi diangkat seperti orang bersumpah. 

“Okey…okeyy…aku janji aku tak akan puji diri sendiri jadi tolonglah bersiap dan temankan aku pergi jalan-jalan.” Pujuk Mikhail dengan lembut sekali.Alisya tergamam mendengar suara lembut Mikhail seperti orang yang mamai dia hanya mampu mengangguk bersetuju sahaja dengan cadangan Mikhail.
 
Sebaik mereka masuk dalam kereta berbagai-bagai cerita keluar dari mulut Mikhail dari dia kecil sampai dia besar.

Sehingga mereka tidak sedar mereka sudah sampai ke destinasi apabila mereka menjejakkan kaki mereka kedalam bangunan itu.Masing-masing mendiamkan diri.Tidak tahu ingin berkata apa-apa.

Rasa pelik pun ada namun tidak lama suasana hening itu dipecah oleh suara Mikhail. “Jom breakfast  dulu dekat Old town.Okey?” tanya Mikhail sambil bergerak ke arah restoran tersebut.Alisya hanya mengjungkitkan bahunya ikut sahaja kata Mikhail kerana Mikhail yang beria-ia mengajak dia datang ke sini.


“Lepas makan kita nak pergi mana?” tanya Alisya apabila mereka sudah siap memesan apa yang mereka ingin makan. 

“Hmm…kita ronda-ronda jelah satu bangunan ni kalau ada benda yang kau berminat bolehlah kita beli.” Jawab Mikhail dengan selamba.

Alisya memandang ke kiri dan ke kanan dan mula mengangguk setuju dengan Mikhail. 

“Boleh tak kejap lagi kita tengok butik tu.Aku ingat nak beli baju kurunglah.Rasa tak selesa pula asyik pinjam baju Rania.” Mikhail mengangguk.Sudah dua hari Alisya asyik meminjam baju dari Rania.


Selepas bersantap mereka bergerak ke butik yang Alisya ingin pergi.Mikhail tertarik untuk melihat baju kurung corak bunga lily itu lalu dikeluarkan dari rak lalu menggamit Alisya datang dekat dengan dirinya. Lalu di acukan baju itu ke badan Alisya.Alisya juga turut memerhati baju kurung itu.Cantik. 

“Hmm…aku rasa baju ni sesuai dengan kau.Menyerlahkan lagi keayuan kau walaupun perangai kau tak seayu dengan muka kau.” Selamba cekodok badak Mikhail menyindir Alisya.Alisya mencebik apabila mendengar sindiran Mikhail.

 “Cis, sempat lagi kau sindir aku yer Mikhail.Aku ni ganas dengan kau jer sebab tak boleh tahan dengan perangai terlebih santan kau tu.Dengan orang lain aku ni baik jer.” Kali ini Mikhail pula mencebik mendengar pengakuan tak boleh blah  Alisya itu. 

“Yelah…yelah aku jer yang selalu buat kau menyampah.Siapalah aku nak jadi orang yang kau suka kan?” syahdu sahaja suara Mikhail.Alisya tersenyum kecil lalu dipukul lengan Mikhail dengan perlahan.

 “Tak payah nak buat ayat sedih macam tu.Hmm…aku rasa nak belilah baju kurung ni.Tak sangka kau pandai pilih yer Mikhail.Cantik.” Puji Alisya dengan harapan pujian itu dapat memujuk hati Mikhail dari berjauh hati dengan ayatnya.

Mikhail tersenyum cantik.Entah kenapa hati dia berbunga mendengar pujian Alisya. “Kalau macam tu aku bayarkan untuk kau nak.” Ujar Mikhail dengan muka yang teruja. 

“Eh! Tah payahlah aku boleh bayar sendiri.” Tolak Alisya dengan baik. Namun Mikhail mula membuat perangai degilnya. 

“Tak ada aku bayar kalau tak aku jerit dekat satu kedai ni yang kau buat ganguan seksual dekat aku.” Terbeliak biji mata Alisya mendengar kata-kata yang luah dari bibir Mikhail.

 “Hoy! Melampau gila statement  kau. Mikhail biar aku jelah yang bayar.Kau simpan jelah duit kau tu.Aku rasa serba salah kalau macam ni.Kau dah banyak tolong aku.Aku..” jari telunjuk Mikhail diletak dibibir Alisya.

Alisya terdiam. “Jangan cakap macam tu Al.Aku nak hari ni kau happy dan tak nak kau ingat benda bukan-bukan.Aku bayar baju kurung ni untuk kau yer.Please Al kalau kau hargai pengorbanan aku kau terimalah hadiah ini dari aku.” Lembut sahaja Mikhail memujuk Alisya.

Alisya menggigit bibirnya rasa serba salah muncul dalam hatinya seperti mengambil kesempatan kepada Mikhail pula.Namun melihat muka Mikhail yang ikhlas itu Alisya bersetuju jugak

“Aku peliklah Al…setiap kali jumpa kau kan mesti kau pakai baju kurung baru hari ni aku tengok kau pakai baju santai.Kau memang tak suka pakai baju santai atau kau memang tak ada baju santai?” tanya Mikhail dengan nada pelik.Alisya hanya tertawa kecil.Pelik sangat ker kalau dia memakai baju kurung.

 “Apa hal pelik sangat ker aku pakai baju kurung?Kenapa kau rasa aku ni macam ketinggalan zaman ker?” soal Alisya tanpa menjawab soalan Mikhail.

“Mana ada.Aku suka budak perempuan pakai baju kurung nampak sweet sangat.Kau tahu tak aku pernah berharap yang bakal isteri aku tu selalu pakai baju kurung.” Tanpa Mikhail sedari dia telah memberitahu sesuatu yang dia tidak pernah dikongsi dengan orang lain.

Alisya sebenarnya tersentap mendengar kata-kata Mikhail tetapi dia buat selamba sahajalah. Selepas membayar baju kurung itu dan sehelai tudunng yang sangat sesuai dengan baju kurung itu mereka bergerak ke tempat lain.Mereka berjalan dengan penuh gembira.Alisya mula berasa selesa dengan Mikhail.

Dia rasa seperti Mikhail cuba bermesra dengan dia.Dia faham niat baik lelaki dihadapannya ini yang cuba membuat dia berasa bahagia. “Aduh Al aku nak pergi tandas lah.” Ujar Mikhail tanpa rasa segan silu. Alisya ketawa kecil. 

“Pergilah.Aku tunggu dekat kerusi tu okey.” Jawab Alisya  sambil kaki sudah melangkah ke bangku yang disediakan di situ.Selama beberapa minit Mikhail keluar semula dan sewaktu Mikhail keluar Alisya ternampak kelibat seseorang yang dia kenal.Ain! tunang Mikhail tetapi dengan lelaki lain.

Alisya sudah mula menggelabah . Entah kenapa dia risau tentang perasaan Mikhail.Dia takut Mikhail akan kecewa dengan apa yang dilihatnya.Silap hari bulan akan ada drama swasta pula.Sikit lagi Mikhail ingin memandang ke arah di mana Ain dan lelaki yang tidak dikenali itu sedang bermesra.

Alisya cepat-cepat memanggil nama Mikhail untuk menarik perhatian Mikhail dan Mikhail memandangnya dengan senyuman.Alisya berasa lega apabila kelibat Ain sudah hilang. “Jom Mikhail kita pergi lepak dekat kedai mamak depan rumah Rania tu dah lama aku nak dating kat situ tapi tak berkesempatan.Al-maklumlah aku ni jual mahal sikit.” Seloroh Alisya dengan senyuman nakal terukir dibibirnya.

Dan dia tidak mahu Mikhail dan Ain terserempak di sini. “Amboi,ambil kesempatan terhadap aku nampak.Mentang-mentang aku ni kacak kau nak curi dating  dengan aku yer…” balas Mikhail dengan usikan yang nakal sekali. 

“Hmmm…mestilah.Bukan senang aku nak ajak kau belanja aku makan.” Ujar Alisya.Mikhail menjeling Alisya “Siapa kata aku nak belanja?” tanya Mikhail.

Alisya yang mendengar persoalan Mikhail terus muncung macam itik. “Yelah…aku belanja.Cis,haji bakhil betullah kau ni Mikhail.” Cebik Alisya.


Mikhail ketawa kecil melihat aksi keanak-anakkan Alisya.Comel sungguh Alisya apabila membuat muka macam itu. Desis hati Mikhail.

 “Ala…aku acah ajelah Al.Kau nak makan apa?Aku belanja punya.” Mikhail cuba mengambil hati Alisya.

 “Yeah…itu barulah kawan  namanya bro…” jawab Alisya dengan nada riang. 

“Hepppp!! Bro...Bro jangan sebut nanti silap hari bulan tersalah sebut jadi beruk aku!”Mikhail cuba buat lawak dan lawaknya disambut dengan ketawa kecil Alisya.

 “Eh! Okeylah tu…kau panggil aku king kong jadi kalau kawan king kong mestilah beruk kan?” usik Alisya.Acara usik mengusik itu berlangsung sehingga Mikhail membawa Alisya pulang.

 Dihadapan pintu pagar itu Mikhail dan Alisya berdiri. “Thank you Mikhail.I really appreciate your effort to make me feel better and to be honest I am feeling better now.”  Kata-kata itu lahir dari lubuk hatinya.

 Mikhail hanya mengangguk. “Don’t mention it. I enjoy our time together and maybe next time we should go picnic together and of course we have to bring my busybody little sister too.”  Balas Mikhail dan dijeling ke arah balkoni dan Rania sedang berdiri di situ dengan senyuman nakal. 

Alisya hanya ketawa dan Mikhail melambai  tangan kepada adiknya itu. “Selamat malam Al dan aku harap kau dapat mimpi yang indah.” Sewaktu Mikhail bergerak ke kereta dia sempat berkata-kata. 

“Jangan lupa solat isyak dulu kemudian buatlah solat sunat tahajud atau solat sunat hajat.Dan berdoalah kepada Dia supaya kau dapat menempuhi cabaran ini dengan tabah. Dia maha pendengar Al.Dia akan dengar doa hamba-Nya yang teraniaya.Selamat malam.” Sebaik berkata begitu Mikhail berlalu dari situ.
 
Alisya agak terkejut yang Mikhail boleh memberi nasihat sebegitu namun siapalah dia yang ingin menilai seseorang itu.Bak kata orang jangan nilai seseorang itu dari luaran sahaja dalaman juga kita kena nilai.

Siapa sangka lelaki yang dia sangka adalah jahat, jahil dan bakhil adalah lelaki yang membantunya mengharungi dugaan yang dia tidak pasti dia boleh tempuhi atau tak. Sepanjang hari dia berjalan dengan Mikhail banyak perkara yang Alisya pelajari.Mikhail memberi nasihat kepadanya melalui kiasan tetapi dia faham semua kiasan Mikhail yang ingin dia tabah mengharungi cabaran ini.

Huhuhu...saya tak berapa pandai sangat  nak buat cerita konflik ni. Tapi disebabkan ada penulis kata saya punya cerita ini asyik happy dan tak ada konflik mahupun dramatik jadi saya cabar diri saya untuk menulis cerita yang ada konflik.Kalau tak menepati cita rasa anda semua maafkan saya.saya mohon seribu keampunan.
Kalau ada kesalahan ejaan maafkan saya.Al-maklumlah dah lama tak menulis

 

Wednesday 15 August 2012

SENTIASA DISISIKU 2


Alisya mengeluh kecil dan rasa takut mula menerjah dalam hati.Adui…kenapalah rasa seram sejuk jer ni.Hati dia berdebar-debar seperti ada perkara tidak elok akan berlaku.


Namun digagahkan juga kakinya melangkah ke tempat parking kereta yang agak jauh dari tempat dia kerja.Baju kurung di badan dibetulkan sikit.Sewaktu sampai di keretanya Alisya menarik nafas lega.


Tiba-tiba ada orang menekup mulutnya.Meronta-ronta Alisya untuk melepaskan diri.Dia dibawa ke semak samun lalu badan dia ditolak jatuh ke tanah.Air mata bergenang rasa takut menguasai Alisya. 


“Tolong! Saya merayu tolong lepaskan saya.” Teresak-esak Alisya apabila lelaki itu sudah menindas diatasnya.Puas Alisya meronta namun tidak berjaya.Satu tamparan hinggap dipipinya.


Ya Allah sakitnya hanya Allah sahaja tahu.Namun penampar tu tidak mematikan pergerakan Alisya.Dia cuba melawan lelaki itu. 


“Tolong!!!” jerit Alisya sekuat yang mungkin.Kemudian lelaki itu ketawa terbahak-bahak. 


“Jeritlah sampai terkeluar anak tekak kau pun tak ada siapa yang akan dengar.” Sebaik lelaki itu berkata begitu direntap baju kurung Alisya lalu terserlah bahu Alisya.Alisya menolak lelaki itu dan menampar muka lelaki itu namun lelaki itu seperti dirasuk.Alisya takut.


Tenaga perempuan dia tidak mampu melawan lelaki itu. Lagi sekali Alisya meminta bantuan. “Tolong!!!” air mata mengalir dengan deras tidak dapat dibendung.
Sebijik penampar hinggap dipipi Alisya lagi kali ini kedua-dua belah.Alisya berasa kepalanya berdenyut.


Tidak larat melawan lelaki itu.Rasa tenaga dia sudah habis.Dia hanya bertawakal sahaja akan ada orang akan selamatkannya tapi adakah orang di luar sana?Kepala berasa berat dengan penglihatan kabur dengan air mata.Alisya cuba untuk melindungi dirinya lagi sekali dengan meronta sekuat hati.



Ya Allah tolonglah hambamu ini.Aku tidak sanggup untuk menempuhi dugaan ini.Bantulah hambamu ini Ya Allah.Rintih hati Alisya tiba-tiba Alisya melihat lelaki yang cuba memperkosanya itu ditumbuk oleh seseorang.Tidak dengan cukup itu diteranjang lelaki durjana.



Alisya menangis teresak-esak dan dia duduk tersimpuh di situ.Adakah dia sudah hilang dara tetapi dia rasa lelaki itu hanya sempat merentap baju kurungnya di bahagian lengan sahaja.Hanya bahunya sahaja yang terkoyak.



Tiba-tiba ada tangan menghulur kepadanya.Alisya hanya memandang tangan itu dan dia mengangkat kepala untuk melihat lelaki yang telah selamatkan maruahnya.
Terkejut bukan kepalang Alisya apabila melihat Mikhail yang menyelamatkannya.Alisya sambut huluran tangan Mikhail.Mikhail membuka kotnya lalu disarungkan di badan Alisya.Lelaki durjana itu sudah tidak sedarkan diri.Alisya hanya memandang lelaki itu sekilas sahaja.Rasa malu  dengan Mikhail dan syukur hanya Allah sahaja yang tahu.Air mata masih lagi mengalir ditubir mata Alisya.



“Al…kau okey ker?” tanya Mikhail yang seperti bimbang dengan Alisya.Alisya terus meraung.Dia takut…adakah dia masih suci atau sebaliknya.Dia rasa malu nak hidup di dunia ini.Kalau betul dia sudah kehilangan mahkotanya layakkah dia untuk hidup di dunia ini.Air mata mengalir dengan laju.Tangisannya berlagu-lagu.Alisya terduduk di  lantai tempat parking kereta itu.


Lemah semangatnya.Alisya terkejut apabila dirinya sudah ditarik ke dalam pelukan Mikhail.Tapi entah kenapa dia berasa selamat di dalam dakapan lelaki itu.Disembamkan mukanya didada Mikhail.Mikhail hanya menggosok belakang Alisya.Hati dia tersentuh mendengar tangisan Alisya.



“Shussshhh…Al jangan nangis Al.Jom aku hantar kau balik yer.” Pujuk Mikhail dengan lembut.Itu adalah kali pertama Mikhail bercakap dengan lembut dengannya.



“Aku…Aku dah tak suci Mikhail…Macam mana aku nak hidup di dunia ini.” Sedih hati Alisya. 


“Lebih baik…aku mati jer…maruah aku….” Tersekat-sekat suara Alisya.Mikhail terkejut mendengar kata-kata Alisya.Cepat-cepat dia memikirkan cara untuk memujuk gadis yang berada di dalam dakapannya ini.



“Jangan cakap macam tu Al.Kita tak tahu lagi betul atau tidak kau diperkosa.Kita buat ujian dulu yer.” Pujuk Mikhail untuk menenangkan Alisya yang masih lagi menangis. “Apa aku nak buat Mikhail kalau aku dah hilang benda berharga bagi setiap wanita.Aku tak sanggup nak pandang muka atuk.Mesti dia kecewa dengan aku.Entah-entah aku akan dibuang oleh ahli keluarga.” Alisya sudah dapat bayangkan betapa kecewanya atuk dengan dia.



Ahli keluarga yang sudah semestinya yang membenci dirinya mungkin mengambil peluang ini untuk menghalaunya keluar dari rumah agam tersebut. Mikhail menggeleng kepalanya.Di eratkan lagi pelukannya.



“Tak Al…Tak…tiada sesiapa akan tahu pasal ini hanya aku,kau dan seseorang yang aku boleh percayai.Dia akan buat ujian untuk kau.Dia orang  yang aku percayai dan aku akan mintak dia rahsiakan perkara ini daripada sesiapa sahaja.Kau jangan risau Al.Perkara ini tidak akan ada sesiapa tahu.” Bersungguh-sungguh Mikhail cuba memujuknya.Alisya memandang muka Mikhail.Siapa sangka lelaki yang dia benci ini akan menyelamatkan maruahnya.



Mikhail mengelap air mata Alisya dan senyuman dihulurkan untuk Alisya.Alisya dipapah oleh Mikhail lalu mereka memasuki kereta Mercedes Benz kepunyaan Mikhail.Alisya hanya mendiamkan diri.Alisya memandang luar tidak sanggup memandang Mikhail yang nampak begitu berbeza sekali dihadapannya.Rasa malu dan hina menguasai Alisya.Mikhail yang dari tadi diam mula membuka mulutnya dan mengeluarkan cadangannya.



“Aku tak nak orang tengok keadaan kau macam ini.Kita duduk dulu dekat dengan rumah aku.Lagipun Rania ada dekat rumah, dia boleh buat ujian itu untuk kau di rumah aku jer.” Alisya hanya mampu mengangguk,dia sudah tidak boleh terfikir hanya air mata sahaja yang mampu dia keluarkan lalu cadangan Mikhail dipersetujui oleh Alisya tanpa berfikir langsung.



Rania adalah adik Mikhail dan Alisya juga agak rapat dengan Rania.Hati dia tersentuh dengan sikap Mikhail yang prihatin kepadanya.Dulu mamat nilah yang selalu cari pasal dengan dia.Tetapi sekarang dia sudah terhutang budi dengan lelaki itu.Bagaimanakah dia dapat membalas jasa lelaki ini?,dia sendiri tidak tahu.


Alisya masuk ke dalam rumah dan Rania yang melihat Alisya sudah terkejut beruk.Mikhail berdiri bersebelahan dengan Alisya.Rania tersenyum namun senyuman bertukar risau apabila melihat bibir Alisya yang berdarah dan baju Alisya yang sudah comot.Hati dia tertanya-tanya apakah sudah terjadi? Dan hatinya disapa hairan apabila abangnya melayan dengan baik sekali kepada Alisya kalau dulu pantang berjumpa mesti bertengkar tetapi sekarang abang dia seperti melindungi Alisya.


“Rania bawa Al masuk bilik.Jangan tanya apa-apa soalan pun kepada Alisya.Lepas tu turun jumpa abang dekat bawah balik nanti abang sendiri yang akan ceritakan kepada kamu.Faham!” tegas sekali nada suara Mikhail.


Rania hanya mengangguk dan tanpa bantahan dia membawa Alisya masuk ke bilik tetamu.Walaupun hati dia meronta untuk bertanya tetapi abang dia sudah tegaskan dia jangan bertanya apa-apa.Dan dilihat Alisya yang seperti dengan dunia dia sahaja.Tidak hiraukan sesiapa pun.Kalau tidak gadis inilah yang akan berceloteh dahulu namun sekarang gadis ini hanya diam seribu bahasa dan pandangnnya sungguh kosong.



“Al ! kalau kau nak apa-apa kau panggil aku tau! Semua barang sudah tersedia dekat bilik ni.Nanti aku akan bawa baju untuk kau yer.” Ujar Rania dan dilihat Alisya langsung tidak menghiraukan dia.Rania mengetap bibir.Hatinya membuak-buak ingin tahu apa yang sudah terjadi sehingga gadis yang ceria itu menjadi murung.Cepat-cepat Rania turun ke bawah dilihat Mikhail sedang memejamkan matanya sambil bersandar pada sofa.Rania duduk dihadapan abangnya.



“Abang, apa sebenarnya berlaku?Kenapa Al macam patung yang tidak bernyawa?” tanya Rania dengan riak wajah risau.Mikhail memandang Rania sekejap kemudian memejamkan matanya kembali.Ditarik dan dihembus nafas perlahan-lahan.Lalu diceritakan satu persatu kepada Rania.Bukan main terkejut Rania.Rania berasa ingin belasah mamat yang cuba memperkosakan kawan baiknya itu.Terbakar hati dia.



“Abang rasa lelaki itu tak sempat buat apa-apa dekat dia.Tapi abang nak Rania gunakan kepakaran Rania dalam bidang kedoktoran tu memastikan adakah Al masih suci atau tak.Boleh?” tanya Mikhail dengan muka yang penat. Rania mengangguk kepalanya. 


“Boleh.Rania akan buat apa yang abang suruh.Tapi abang pasti ker lelaki setan tu tak sentuh Al?” tanya Rania dengan muka yang ingin tahu.



“Entahlah tapi abang datang masa tu lelaki tu macam bergelut dengan Al.Kamu tahu jelah Al tu tak akan mengalah selagi dia mampu dan abang rasa lelaki itu sempat koyakkan baju kurung dia dekat lengan jer.Abang harap abang tak terlambat.” Keluh Mikhail.


Dia betul-betul risaukan Alisya dan harap sangat dia datang tepat pada masanya.Rania pun berharap begitu juga ,nasib baiklah abang dia tergerak hati untuk pergi ke pejabat malam tu kalau tidak mungkin Alisya sudah dirosakkan lelaki durjana itu.



Alisya yang sedang termenung dibalkoni terkejut dengan ketukan pintu biliknya.Kepala Rania terjengul disitu dan diberi senyuman manis kepada Alisya.Namun hampa Alisya langsung tidak membalas senyumannya. 



“Al…mari makan.” Ajak Rania namun lagi sekali dia hampa apabila Alisya seperti dalam dunianya sahaja.Mata gadis itu bengkak kerana menangis barangkali.Rasa kesian tumpah kepada gadis itu.Mikhail sudah melarang Alisya keluar dari rumah ini dan Rania telah memberitahu kepada Alisya yang Mikhail telah memberitahu atuk yang Alisya tidak akan balik ke rumah untuk seminggu dan akan menginap dekat rumah Mikhail dengan alasan Rania rindukan Alisya.


Di pejabat pula Mikhail telah memberitahu kepada Tengku Hakim yang Alisya akan mengambil cuti selama seminggu.
Betapa bersungguh-sungguh Mikhail menolongnya.Mikhail juga sudah tidak duduk dirumah ini kerana takut jiran tetangga akan menabur fitnah jadi Mikhail telah duduk di kondominiumnya.Alisya rasa serba salah kerana telah menyusahkan Mikhail namun Mikhail berkeras ingin menolongnya.



“Al…makanlah sikit.Penat abang aku masak untuk kau.” Alisya memandang Rania dengan pandangan pelik.Mikhail memasak untuk dia.Wah! siapa sangka lelaki itu pandai masak. 


“Kau tak payah buat muka pelik macam tu.Abang aku tu seorang yang berdikari tahu.Semua benda dia buat sendiri.Kalah aku tahu tak.Kau ingat kenapa dia duduk serumah dengan aku sebab dia pandai masaklah aku merayu dekat dia supaya duduk sekali dengan aku.Lagipun rumah teres dua tingkat ni akan rasa kosong jer kalau aku duk sorang-sorang.” Ramah sekali Rania bercerita.

Alisya menghulurkan senyuman hambar kepada Rania.Kesian pula kepada Rania ,gadis itu cuba sedaya upaya untuk membuat dia ketawa dengan celotehnya.


Nasi goreng dihadapannya dijamah sedikit sebagai tanda dia menghargai jasa Mikhail dan Rania.Rania tersenyum girang dengan tingkah Alisya.


Tidak sangka nasi goreng yang dimasak oleh Mikhail sungguh sedap sehingga mampu membangkit selera makannya.Habis licin satu pinggan dia makan.Rania tersenyum manis. 


“Sedapkan nasi goreng abang aku ni.Aku dulu sakit sampai tak ada selera makan boleh hidup balik selera makan aku bila dapat rasa nasi goreng abang aku ni.Ajaib tak?” Seloroh Rania.

Al kau tak boleh murung dan diam sebegini rupa.Kesian Rania dan Mikhail.Bersusah payah diorang cuba gembirakan hati kau.Kau kena bangkit Al.Kau lihatlah betapa bersungguh-sungguhnya mereka cuba menceriakan kau.Kau tidak keseorangan Al.Gembirakanlah hati mereka Al.

Ya! aku kena bangkit dari kemurungan ini.Aku tidak boleh begini.Aku kena kuatkan semangat! tekad hati Alisya.


 Seloroh Rania disambut dengan gelak tawa Alisya .Mikhail diluar bilik yang mendengar ketawa Alisya berasa sungguh lega.Tanpa dia sedari dia telah mengukir senyuman.Dia rasa lega Alisya sudah mampu ketawa.