Tuesday 20 November 2012

SENTIASA DISISIKU 6

“Awak….kenapa Alisya ada dekat sini juga?” tanya Faizal dengan nada tidak puas hati. Rania mengjungkitkan bahunya.Faizal memandang tunangnya yang sedang merendam kaki di dalam sungai itu.

“Rania jangan cakap awak yang ajak Alisya ikut sekali kita pergi berkelah?” Faizal mula mengesyaki Rania yang mengajak Alisya mengikut mereka berkelah.

“Mana ada.Saya tak ajak Al okey.Abang saya yang ajak bukan saya.Jadi jangan nak tuduh saya pula.” Rania sudah memuncungkan mulutnya apabila Faizal menyoalnya dengan pelbagai soalan.

“Relakslah awak…bukannya abang saya dengan Al tu nak buat apa-apa pun.Diorang tengah memanggang ayam jer bukannya buat apa-apa pun.” Tambah Rania apabila melihat Faizal seperti tidak berpuas hati.

“Tapi…saya tak suka diorang rapat sebegitu.Mikhail tu tunang orang bukannya bujang.” Faizal mengeluarkan hujahnya..
 “Bosanlah! Dengar statement  yang sama jer dari semalam.Apa masalahnya abang saya tu tunang orang atau bujang sekali pun.Tak ada dalam undang-undang kan yang bahawasanya lelaki yang sudah bertunang tidak boleh berkawan dengan perempuan kan?Saya tak ada pun halang awak dari berkawan dengan Mellisa tu.Awak dengan Mellisa tu lagi rapat.Selalu keluar bersama-sama tapi saya tak marah pun sebab saya tahu awak dengan Mellisa tu hanya kawan. Samalah macam abang saya dengan Al tu.Diorang hanya kawan sahaja.” Ujar Rania dan dalam masa yang sama dia menyindir Faizal sebenarnya. Faizal tergamam apabila Rania tiba-tiba sahaja menyebut nama Mellisa.

 “Awak cemburu ker kalau saya keluar dengan Mellisa?” tanya Faizal sambil melihat perubahan wajah Rania yang sudah mencebik sedikit. “Tak adalah…mana saya cemburu buat apa saya nak cemburu.Awak dengan dia kan kawan baikkkk……” saja jer Rania menekan perkataan baik itu.

Dah tahu aku tak suka dia keluar dengan perempuan gedik tu tapi dia tetap nak keluar.Eleh…kalau kawan baik sekalipun tak kan Mellisa tu tak tahu yang Faizal tu ada tunang.Ada jugalah dua tiga kali Faizal menolak pelawaannya  untuk keluar semata-mata Mellisa yang mengajaknya dahulu.Sakit hati memang tak terkatalah.Tapi didiamkan sahajalah.Malas nak cari gaduh. Faizal mengetap bibirnya.

 “Saya dengan Mel tu cuma kawan sahajalah.Mana ada apa-apa.Awak tak payahlah nak cemburu.” Ujar Faizal dengan lembut. “Hmmm…macam tu jugaklah hubungan abang saya dengan Alisya.Diorang hanya kawan sahaja.Tidak lebih daripada itu jadi awak boleh tak biarkan Al dengan abang saya tu berkawan.Jangan nak merungut dengan saya yang diorang tak boleh kawan atau diorang tak boleh keluar bersama-sama.Faham!” tegas Rania.Faizal hanya mengangguk faham.

“Al…kau minat tengok cerita hantu tak?” tanya Mikhail. Alisya tersenyum mendengar pertanyaan Mikhail. “Minat tu minatlah tapi kena tengok ramai-ramailah baru tak rasa takut.” Jawab Alisya sambil tangannya lincah memusingkan  ayamnya ke depan dan ke belakang.

“Ohh… kiranya kau ni penakutlah jugak kan?” tanya Mikhail dengan senyuman terukir dibibir. “Haah. Aku ni penakut jugaklah.Tapi ada satu cerita hantu jer yang aku rasa hantu tu romantik.” Alisya tersenyum melihat dahi Mikhail yang sudah berkerut seribu itu.

“Hantu apa? Setahu aku mana ada hantu romantic.Semua hantu menakutkan.” Alisya tertawa kecil melihat Mikhail yang sedang berfikiran panjang itu. “Kau pernah tengok cerita Kekasihku Seru tak?” tanya Alisya kepada Mikhail.Mikhail mengangguk . “Aku pernah tengok cerita Kekasihku Seru tu tapi mana ada hantu romantic.Semua hantu dalam cerita menakutkan.Sampai aku rasa tak sanggup nak tengok sorang-sorang.” Jawab Mikhail dengan jujur.Alisya senyum.

“Waris tu romantic  apa.Cuba kau tengok time waris panggil Marisa.Aku rasa sweet sangat. Mas….ke mari Mas… lembut jer suara Waris panggil Marisa sampai aku pun boleh tergoda dengar suara dia.Nasib baik iman aku kuat kalau tidak mahunya aku cium Tv tu bila tengok Waris senyum dekat Marisa ooohhhhh…so sweet.”   Alisya sudah meletakkan tangannya di dada sambil terkenangkan Waris pujaan hatinya itu.

Tercengang Mikhail mendengar pengakuan Alisya. Hantu macam Waris tu pun dia boleh jatuh cinta ker? Pelik betullah minah ni.Bukannya kacak pun si Waris tu.Aku tengok muka Waris tu sampai meremang bulu roma aku.Buruk sangat!

 “Haish…apa hal pelik sangat cita rasa kau ni Al.Semalam Karam Singh Walia tu yang jadi pak we kau.Hari ni Waris si hantu tu yang kau rasa romantic??!!! Muka si Waris tu .Ya Allah! Buruklah yang amat.Nak kata kau buta.Aku tengok kau boleh jalan macam orang ada mata.” Selamba Mikhail mengkritik cita rasa Alisya terhadap lelaki.

 “Hoy! Jangan kau kutuk Waris aku okey.Pada kau dia mungkin buruk tapi bagi aku Waris tu romantic tapi sayang dia hantu kalau Waris tu manusia.Perghhh… memang aku yang first  akan ngorat dia tau.”semangat Alisya mempertahankan  kekasih hantunya itu.

 Mikhail mencebik.Meluat pula Mikhail dengan si Waris itu.Hantu pun boleh pikat hati si Alisya.Apa kes?Aku ni tak naklah pula dia puji. bentak Mikhail dalam hati. Tanpa Mikhail sedar dia ingin Alisya memuji dia seperti Alisya memuji Waris.Dia ingin menjadi orang pertama dalam hati Alisya.

“Nak kata kau tak betul aku tengok kau okey jer.Wayar apa yang tercabut dalam otak kau pun aku tak tahu.Pelik betul kawan aku seorang ni.” Keluh Mikhail sambil memandang pelik ke arah Alisya. Alisya hanya tersengih ala-ala kerang busuk. “Nak buat macam mana kan?Hati aku dah terpaut dekat diorang.Aku pun tak pasti sama ada otak aku ni betul ke tak.Rania pun kata aku ni sewel bila syok dekat si Waris tu. Mikhail, aku nak tanya sesuatu boleh tak?” Mikhail memandang Alisya dengan pelik apabila Alisya meminta kebenarannya untuk bertanya .

  “Tak payahlah nak minta kebenaran aku.Kalau kau rasa nak tanya,tanya jelah.Kalau aku boleh jawab aku jawablah tapi kalau aku rasa perkara yang kau tanya tu sensitif aku cubalah mengelak. Hehehe.” Sebaik mendapat kebenaran daripada Mikhail. Alisya terus mengeluarkan soalannya. “Kenapa kau setuju untuk bertunang dengan Ain?” Alisya sudah mengigit bibirnya apabila dirasakan dia tidak patut menanyakan soalan tersebut. “Aku bertunang dengan Ain sebab mama.Walaupun hati aku memberontak nak putuskan pertunangan ini tapi bila aku teringat dekat mama,aku batalkan niat aku dan cuba menerima Ain itu dengan sebaik mungkin.” Mikhail memandang Alisya dengan senyuman hambar.

 “Mesti kau fikir aku ni anak mak kan?” tanya Mikhail kepada Alisya. “Mestilah kau anak mak kalau tidak kau anak apa?Anak beruk?” tanya Alisya dengan selamba.

Terburai ketawa Mikhail dengan pertanyaan spontan Alisya. “Aku hairanlah apa yang nak dimalukan kalau anak lelaki jadi anak mak? Bagi aku lelaki yang menyayangi ibunya menunjukkan bahawa lelaki itu mampu menyayangi isterinya dengan penuh kasih sayang.Susah wooo… nak cari lelaki penyayang zaman sekarang ni.Sekarang ni banyak lelaki yang jenis pakai ayat manis jer lebih.Kononnya nak bagi bintang,langit dan bulan lah tapi tak juga masuk meminangnya.Cakap jer lebih.” Alisya tanpa segan silu meluahkan ketidak puasan hatinya.

 “Eh! Aku memang seorang yang penuh kasih sayang pun.Kau tak bagitahu pun aku dah lama tahu.” Alisya pura-pura tersedak mendengar ayat poyo Mikhail.

 “Ya Allah! Perasannya mamat sebelah aku ni…malang betul siapa yang kahwin dengan kau ni Mikhail.Dalam sehari isteri kau mesti kena dengar ayat tak boleh blah kau tu.” Tergeleng-geleng Alisya yang melihat perangai Mikhail yang satu ni.

 “Alah…bukannya ada nak puji aku pun jadi terpaksalah aku puji diri sendiri.Cuba kau puji aku sekali sekala.Mesti aku tak akan puji diri sendiri dah.” Jawab Mikhail dengan senyuman nakal. “Hmm…tengoklah nanti kalau mood aku baik.Aku pujilah kau yek…”ujar Alisya dengan muka bosan. “Haa… itu barulah kawan namanya.” Ucap Mikhail sambil menepuk bahu Alisya dengan senyuman yang lebar.”