Thursday 8 December 2011

Selami Jiwaku 5

Ashikin memegang kepalanya yang berdenyut-denyut.Ashikin membuka matanya perlahan-lahan dan apabila matanya terkena cahaya dia menutup kembali.Ashikin menyentuh kepalanya yang berbalut dan membuka matanya lagi sekali.Semuanya putih dan bau ni dia sangatlah kenal bau Hospital dan warna sekeliling berwarna putih, membuat Ashikin sangat pasti yang dia berada di Hospital.Ashikin mengerahkan otaknya bagaimana dia boleh masuk ke hospital apabila mengingati apa yang sudah berlaku,Ashikin cuba bangun.Sewaktu Ashikin cuba bangun,Ainul muncul dari pintu bilik air.Ainul cepat-cepat menolong Ashikin duduk dengan selesa.

"Abang...Ducati...adik...." Ashikin menangis seperti budak kecil kehilangan barang kegemaran mereka.Ainul menepuk dahi Ashikin yang berbalut itu,Ashikin mengaduh kesakitan.

"Wei dik...orang risaukan kau,kau sibuk dengan motor kesayangan kau tu buat apa.Ducati tu masuk dalam bengkel okeylah nanti." Ashikin memuncungkan mulutnya apabila Ainul berkata begitu.

"Abang ni...Ducati tu adik punya baby lah...suka suki jer cakap masuk bengkel boleh elok balik...apa abang ingat senang ker nak baiki Ducati adik tu? Abang hantar Ducati pergi mana?" Ainul mengeluh mendengarkan soalan Ashikin.
Bagi Ashikin motor berkuasa besar itu lebih bermakna dari kecederaannya.Lagipun setakat tangan kiri sahaja yang patah dan kepala berbalut apalah sangat.

"Abang hantar dekat bengkel yang abang selalu pergi servis kereta abang tu lah." Ainul menjawab dengan tenang.Sewaktu Ainul ingin duduk di kerusi yang disediakan oleh Hospital.Ashikin menjerit.Ainul terus berdiri tegak.Muka dia berubah pucat.

"Kenapa dik? kau sakit dekat mana? abang pergi panggil Doktor kejap?" selepas berkata begitu Ainul ingin pergi namun tidak jadi kerana Ashikin mencengkam lengan Ainul.Ainul menyeringai kesakitan.

"Aduh! adik lepaslah tangan abang ni...sakitlah." ujar Ainul dengan suara menahan kesakitan.

"Abang hantar Ducati dekat bengkel kereta abang tu???? Adik nak abang hantar Ducati dekat bengkel CHOI...sekarang juga!!!" bentak Ashikin. Ainul mengeluh dan menggeleng kepalanya.

'Ingatkan sakit ke apa tadi.Adui...adik ku sayang...sayang betul kau ni dengan Ducati tu...sabor jelaa Ainul...Adik kau juga tu' monolog Ainul.

"Abang yang tercegak dekat sini apa lagi...cepat pergi hantar Ducati adik ke CHOI.Kan nanti Ducati mati kang macam mana? Adik tak teragak-agak nak rosakkan kereta mini cooper abang tu." ugut Ashikin apabila melihat Ainul langsung tidak bergerak.
Ainul sebaik sahaja mendengar Ashikin berkata begitu terus meninggal Ashikin.Bukan boleh percaya Ashikin tu.Mahu kereta kesayangannya masuk bengkel selama-lamanya.Huish... tak sanggup Ainul melihat baby kesayangannya tu masuk bengkel.

Ashikin mengeluh.Agaknya Ainul sudah menghantar Ducati ke bengkel CHOI atau belum dari tadi itu sahajalah Ashikin fikir  sedang sibuk memikir tentang Ducati,pintu biliknya terbuka dan wajah Affan terserlah.
Affan mendekati Ashikin dan duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Ashikin.Ashikin mengalihkan kepalanya kearah lain.Affan mengetap bibirnya.Dia agak terasa sikit dengan cara Ashikin ingin mengelak darinya.

"Honey...Dear nak minta maaf..." ujar Affan.Ashikin memandang Affan dengan pelik.Berkerut dahi Ashikin cuba memikirkan kenapa Affan meminta maaf dengan dia.Tiba-tiba tangan Affan menyentuh dahi Ashikin yang berkerut tersebut.

"Jangan kerutkan dahi tu nanti cepat tua Honey." senyuman manis muncul di bibir Affan.

Ashikin menepis dengan kasar tangan Affan yang menyentuh dahinya.Senyuman manis di bibir Affan hilang serta merta.Affn menarik dan menghembus nafasnya.

"Kenapa kau tiba-tiba datang sini minta maaf ni?" tanya Ashikin dengan suara yang dilembutkan.Dia tahu Affan terasa dengan cara layanannya.

"Affan nak minta maaf sebab Affan yang membuatkan Ashikin kemalangan kalau Affan tak melamar Ashikin mesti perkara ni tak akan berlaku mungkin Affan tak patut pun muncul di rumah Ashikin hari ni." lirih sahaja suara Affan dan tahulah Ashikin yang Affan terasa dengan dia.Selalunya Affan akan membahasakan dirinya Affan apabila dia merajuk atau terasa atau marah.

"Hmph! tahu tak apa sekarang kau dah tahu apa kata kau pergi melamar orang lain pula mmmm...Melisa pun bagus juga?" ujar Ashikin dengan suara yang sinis.Affan mengetap bibirnya.Menahan geramnya terhadap Ashikin.

"Apa masalah Shikin sebenarnya? Shikin selalu suruh Affan melamar Melisa.Affan tak cintakan Melisa!Affan cintakan Ashikin Najwa! Faham!" Affan mengeluh lagi apabila Ashikin hanya mengjungkit keningnya sahaja seperti tidak percaya dengan pengakuan cintanya terhadap Ashikin.

"I love you Ashikin Najwa not Melisa Suriani...please understand that I love you so much..." ujar Affan dengan harapan yang Ashikin faham akan perasaannya.

"Aku rasakan Melisa balik sini sebab nak jumpa dengan kau Affan.Apa kata kau pergi melawat Melisa." Ashikin memberi senyuman yang manis kepada Affan.

"Ashikin please understand that I love you not Melisa or anyone..." belum sempat Affan menghabiskan ayatnya Ashikin sudah menyampuk.

"Really Affan! You love me ? Kalau betul kau cintakan aku Affan kenapa!Kenapa masa di London kau sentiasa tersasul nama aku dengan Melisa tapi aku buat bodoh jer sebab aku tak tahu muka aku ni pelanduk dua serupa dengan TUNANG kau tu! Surat cinta tu kenapa kau masih simpan kalau betul kau dah lupa Melisa? Kenapa setiap kali kau tidur kau akan menyebut nama Melisa.Jawab Affan!Jawab!!!" Ashikin menengking Affan.

Ashikin berasa beberapa titik air matanya tumpah di pipi gebunya.SAKIT! itu adalah satu perkataan yang Ashikin rasa sekarang.Sakit apabila kita tahu orang yang kita sayang,puja,cinta mengingati orang lain.Affan bangun meninggalkan Ashikin tanpa satu patah perkataan pun.
Ashikin mengetuk kepalanya sendiri.

'Bodoh betul kau ni Ashikin..Kenapa kau masih berharap yang Affan akan memberi penjelasan...Kenapa kau masih berharap Affan melafazkan rasa cintanya pada kau...Bodoh!Bodoh!Bodoh!.' Ashikin menangis tersedu sedan dengan kebodohan  diri sendiri.Sakit apabila Affan meninggalnya tanpa penjelasan.
Bertuah Melisa mendapat seorang lelaki yang setia seperti Affan.

'Affan berhenti menyeksa kan diri awak.Jangan kerana saya menyerupai Melisa awak sanggup memaksa hati awak cintakan saya'
Akhirnya Ashikin menangis sehingga dia tertidur.