Saturday 6 October 2012

Sentiasa Disisiku 5



“Sihat Al?” tanya Tengku Sufian kepada cucunya yang sedang duduk ditaman bunga tersebut. “Sihat tuk.Kenapa atuk tanya Al sihat ke tak?” tanya Alisya apabila dirasa pelik pula Tengku Sufian menanya tentang kesihatannya.

 “Yelah…kamukan dah seminggu duk rumah Rania.Jadi tuk tanyalah kamu sihat ke tak manalah tahu si Rania tu buli kamu ker.” Canda Tengku Sufian membuahkan senyuman Alisya. “Atuk ni…ada ke situ pula.Rania tu kawan baik Al lah tuk.Mana mungkin dia buat macam tu dekat Al.” Ujar Alisya dengan senyuman manis.

Tengku Sufian menarik nafas lega dan ditebarkan matanya ke pemandangan yang warna-warni itu.Berbagai bunga ditanam oleh isterinya sehingga menjadi taman bunga yang indah sekali.Gazebo yang terletak tidak jauh dari mereka diperhatikan.Di Gazebo itu terdapat sebiji piano yang biasa dimainkan sewaktu masa lapangnya dan kalau bukan Tengku Sufian yang bermain mesti Mikhail akan menyentuh piano itu.Rumah agam sebiji itu dipandang.Di dalam rumah agam itu diduduk oleh anak-anaknya dan begitu juga dengan dia.Sebelah kanan rumah agam itu terdapat rumah dua tingkat yang didiami oleh Alisya.Manakala sebelah kiri rumah agam itu didiami oleh pembantu rumah yang sebanyak 15 orang.Kawasan ini adalah hak milik Tengku Sufian dan kalau diperhatikan hanya keluarga Tengku Sufian sahaja yang duduk disini.


Alisya yang sedang mengelamun dipandang dengan penuh kasih sayang.Kesian cucunya yang seorang ini.Dari kecil Alisya tidak pernah dimanjakan dengan kemewahan dan hanya duduk di persekitaran kampung. Arwah Tengku Khalifah iaitu bapa kepada Alisya tidak pernah memanjakan Alisya begitu juga dengan  arwah ibu Alisya.

Tengku Sufian tahu Tengku Khalifah tidak berapa suka dengan perangai adik-beradiknya yang lain yang suka memanjakan anak-anak dengan kemewahan sampai bongkak dengan orang lain dan disebabkan itu anaknya itu membawa Alisya jauh dari kemewahan ini dan digantikan dengan hidup sederhana dan persekitaran kampung dengan harapan Alisya tidak bongkak atau berlagak dengan kemewahan yang dia miliki.Selepas anaknya itu meninggal barulah dibawa Alisya datang ke sini dan ternyata didikan Tengku Khalifah sungguh berkesan walaupun Alisya dicaci atau dimaki oleh sepupunya yang lain kerana berpakaian kolot dan seperti orang kampung, Alisya hanya senyum sahaja.


Alisya berbudi kepada orang yang lebih tua daripadanya.Tidak pernah meninggikan suaranya apabila bercakap dengan orang yang lebih tua darinya.Walaupun mak-mak saudaranya seperti membencikan Alisya tetapi Alisya tidak kisah.Tetapi Tengku Sufian hairan kenapa anak gadis ini mudah terasa dengan cucunya yang lagi satu iaitu Mikhail.Pantang bertemu mesti berkelahi.Bergaduh seperti masalah besar tetapi sebenarnya ia hanya masalah kecil sahaja.Cepat sungguh baran Alisya naik bila melihat Mikhail.


“Tuk,kenapa pandang Al macam nak tembus ni?” tanya Alisya dan secara tidak langsung mengejutkan atuknya dari lamunannya.

 “Tak ada apalah Al.Saja jer atuk nak pandang muka kamu yang macam King Kong tu.” Selamba dog! Sungguh Tengku Sufian berkata begitu.Terbelalak biji mata Alisya mendengar kutukan atuknya. 

“Atuk ni…ada pula cakap macam tu dekat Al.Ni mesti tersampuk dengan jin Mikhail ni sampai panggil Al King Kong.” Cebik Alisya dengan manja.   

“Maafkan mak-mak saudara kamu tu yer Al…atuk tahu kamu terasa bila diorang mengata kamu tapi tabahlah cu…Insya-Allah akan ada kebahagiaan menunggumu disatu masa nanti.” Al terperanjat sedikit mendengar kata-kata Tengku Sufian.Dipandang muka atuknya dengan senyuman manisnya 

“Tak apa tuk…Al tak terasa pun dengan kata-kata mereka.Dah lali dengan cemuhan masyarakat.” Jawab Alisya dengan wajah yang tenang.Sejuk sedikit hati Tengku Sufian mendengar bicara cucunya itu.


Alisya yang sedang sibuk memerhati bunga ditaman dikejut dengan lembaga yang muncul dihadapannya. Alisya berasa tidak sedap hati apabila melihat wajah lembaga itu seperti ingin menerkam dia disitu juga.


Ain memerhati Alisya dengan pandang benci campur menyampah. “Ain…apa khabar?” ujar Alisya dengan lembut.Lagi bertambah meluat Ain apabila mendengar suara Alisya itu.


“Eh! Perempuan kampung macam kau ni memang tak tahu malu ek?” sinis sekali suara Ain apabila bertanya kepada Alisya.Alisya mengerutkan dahi.Tidak faham dengan pertanyaan Ain.

Ahhh…sudah…apa pula perempuan ni melalut…Aishh..aku dah rasa tak sedap hati ni…nak kata aku pernah mengutuk dia tak kanlah kut sebab aku kalau mengutuk dia selalunya dalam hati. monolog hati Alisya.

“Apa maksud Ain?” terpaksalah juga Alisya bertanya kalau tidak mahu pecah kepala dia berfikir kenapa perempuan dihadapan dia ni sesedap mulut menghina dia.


“Buat-buat tak tahu pula.Hei! kau ingat aku tak nampak ker hah!Kau dengan Mikhail keluar bersama-sama.Untuk pengetahuan kau…Mikhail itu hak milik aku…dia tu tunang aku jadi kau jangan nak menggatal nak merampas Mikhail dari aku.Sedarlah sikit diri tu…pakaian dah lah kolot macam perempuan kampung…Ada hati nak berdamping dengan Mikhail!” jari telunjuk Ain sudah menunjal-nunjal kepala Alisya.

Alisya menepis jari itu.

Cik Ain…boleh menghina saya apa jer tapi jangan sesekali nak menunjal kepala saya.” Marah Alisya dengan nada tertahan-tahan. Ain tersenyum sinis.

“Perempuan macam kau ni patut dilempang jer.” Ain ingin menampar Alisya namun sempat ditahan oleh Alisya. Dari situ tanpa memandang ke arah Ain.Alisya bersuara.

“Kalau cik Ain sayangkan Mikhail.Saya nasihatkan cik Ain jaga dia elok-elok.Kalau tidak saya  tak akan teragak-agak nak rampas dia dari cik Ain.”

Sebaik berkata begitu Alisya masuk ke rumahnya.Sebaik pintu ditutup mencicir Alisya lari naik ke biliknya.

Ya Allah! Malunya…macam mana aku boleh cakap macam tu…eiii…bengaplah kau ni Al…
Membahang muka Alisya apabila mengingati apa yang keluar dari mulutnya tadi.Alisya menekup mukanya dengan bantal.Lalu menjerit sekuat hati.

“Fuh…relaks Al…relaks…tiada sesiapa pun yang dengar kau ucap kata-kata tu kecuali minah poyo tu…okey…relaks…tarik nafas…hembus…” sebaik mengingati kata-kata itu semula.Muka Alisya bertukar menjadi merah.

“Arghhh…malunya…” Alisya sudah mengetuk kepalanya.

 “Al,esok jom pergi berkelah dengan aku?” tanya Mikhail dengan teruja.Alisya tersenyum sebaik mendengar suara teruja Mikhail  yang mengajaknya berkelah. 

“Hmm…Rania ikut tak Mikhail? Kalau dia tak ikut aku tak naklah nanti tak pasal-pasal tunang kau serang aku.Hah! tak sempat aku nak mengucap nanti.” Gurau Alisya dengan Mikhail.

Kedengaran ketawa kecil Mikhail diseberang sana. “Mestilah Rania ikut! Dia yang cadangkan kita pergi berkelah.Jadi kau nak ikutlah ni?” tanya Mikhail lagi.

 “Nak!nak! nak!pukul berapa nak pergi?” Mikhail ketawa kecil apabila mendengar suara Alisya seperti budak kecil.  

“Dalam pukul 6.00 pagi okey tak? Kau masakan lah mihun goreng Al.Teringin pula nak makan air tangan kau.” Permintaan Mikhail dipertimbangkan oleh Alisya dan dengan sekejap sahaja Alisya bersetuju.


“Mikhail selain kita siapa lagi ikut?” tanya Alisya yang inginkan kepastian berapa ramai yang akan mengikuti mereka. 

“Mmm…Rania,aku,kau,Faizal. Aku rasa tu jelah.Al,kau tengah buat apa tu?” tanya Mikhail seperti tidak ingin meletakkan telefon bimbitnya . “Aku tak buat apa-apa pun.Tengah tengok pak we aku dalam Tv ni hah…” jawab Alisya dengan selamba.Mikhail yang sedang duduk di sofá sudah berdiri tegak.


Pak we??? Sejak bila pula minah ni ada pak we ni. Pak we dia pelakon ker? Aishh…tak boleh jadi …tak boleh jadi.
Mikhail duduk semula dan berdeham sekejap cuba mencari suaranya yang hilang selepas mendengar pengakuan Alisya. “Siapa pak we kau Al? Tak pernah pun aku tahu kau ada pak we.” Debaran hati Mikhail sudah tidak terkawal menunggu soalannya dijawab oleh Alisya.

 “Hihihi pak we aku tengah baca berita dekat Tv tiga tu.Cuba kau tengok berita tu sekarang.” Mikhail yang mendengar  kata-kata Alisya terus menukar saluran Tv 
 3.Muka Karam Singh Walia sedang menyampaikan berita.

Terlopong mulut Mikhail apabila dia tahu dia sudah terkena dengan Alisya. “Al! banyaklah kau punya pak we.Kau kenakan aku kan!” Alisya ketawa mendengar suara marah-marah manja Mikhail. 

“Pak we aku ada satu jelah Mikhail.Bila masa pulak banyak.” Ujar Alisya yang masih ingin mengenakan Mikhail. “Aish…sejak bila jadi nakal ni.Suka betul dia kenakan orang yer…” Mikhail sudah senyum walaupun suara dia serius sahaja.

 “Laaa…sejak kenal dengan Tengku Ryan Mikhail lah si Alisya Khairina menjadi kaki mengusik. “ seloroh Alisya dengan Mikhail.Pecah ketawa mereka berdua.Suasana senyap sebantar.

“Al…” seru Mikhail dengan manja.Alisya sudah terpaku dengan suara manja Mikhail.Diteguk air liurnya banyak kali. “Al…kau masih ada dekat sana ker?” tanya Mikhail dengan suara yang manja. 

“Aaaa….aaa…aku masih ada kat sini.” Tergagap Alisya menjawab pertanyaan Mikhail.Mikhail sudah tersenyum kecil apabila mendengar suara Alisya yang sudah tergagap.Mikhail tahu Alisya gugup apabila mendengar suaranya yang berlainan. 

“Mikhail…aku…aku nak tidur dululah.Dah lambat ni nanti aku bangun lambat pulak esok!” pamit Alisya lalu meletak telefon bimbitnya tanpa menunggu salam Mikhail.

Alisya dapat rasa pipinya memerah.Adui apa hal nak rasa malu sangat ni.Sengal lah kau Al.Orang tu bukannya cakap apa-apa pun setakat seru nama kau jer…adui rasa macam tindakan kurang matang pula bila kau letak telefon tu tanpa beri salam nampak aku ni gabra tahap cipan pula.Apalah Mikhail fikir dengan tindakan aku tadi.

Mikhail memandang telefon bimbitnya lalu dia tersenyum kecil dengan perangai kelam kabut Alisya.Baru aku usik dia sedikit dah gelabah tahap cipan.Ni kalau aku usik lebih ni confirm terus pengsan. Hehehe.


Mikhail melepaskan ketawa kecil.Rania yang baru pulang dari kerja memandang abangnya yang tiba-tiba ketawa.Haih…tak akan abang aku ni gila kut tiba-tiba jer gelak sorang-sorang.Pagi tadi sihat jer aku tengok.

Rania hanya mampu menggeleng kepala melihat perangai abangnya itu dan disebabkan rasa penat terus dia naik ke atas tanpa menghiraukan abangnya itu.Untuk mandi dan tidur.Dia perlu merehatkan badannya yang letih tahap maksima dah.