Thursday 12 January 2012

SENTIASA DISISIKU 1

Mikhail mengetap bibirnya,budak gangster yang dihadapannya ini dipandang dengan pandangan yang menggerunkan dan sesiapa  sahaja melihat pandangan itu mesti kecut perut. Tetapi tidak pada Alisya kerana bagi Alisya pandangan itu seperti ingin menggodanya. 


“Yang kau renung aku macam nak terkam tu kenapa?” tanya Alisya dengan kasar.  “Eh, dah perempuan tu buatlah cara macam perempuan.Cakap tu lembut-lembutlah sikit! Ini tidak suara macam petir patutlah tak ada  sapa suka dekat kau!” tempelak Mikhail.


Geram dia dengan budak gangster dihadapannya ini.Hairan sungguh dia bagaimana perempuan macam ini boleh ada hubungan darah dengannya.Nasib baik sepupu kalau adik dia memang dah kena minah gangster ni. 


“Apa kau cakap? Suara macam petir? Eh, mamat perasan hensem! Dengar sini yer aku ni perangai jer gangster tapi aku ni lagi cantik dari Rozita che wan tau! Bukan macam kau tu.Muka macam jamban tak siap!” cemuh Alisya.


Geram!Geram! apabila mamat di hadapannya sudah ketawa terbahak-bahak siap pegang perut tu.Nampak sangat overnya!
  

“Muka macam kau ni tak layak nak dibandingkan dengan Rozita Che Wan.And one more thing kalau muka aku macam jamban tak siap kenapa semua perempuan tergila-gilakan aku dan for your information I’m already engange.Kau tu ada ke orang nak?” sinis sekali percakapan Mikhail.Puas hati dia apabila mendapat hentam minah gangster ni. 


“Eh! Mamat kalau kau nak tahu aku ni walau tak ada tunang tetapi orang nak masuk meminang aku berderet tahu tak? Cuma aku ni jer yang jual mahal and lagi satu aku tak mainlah arrange marriange ni semua bukan macam  kau tu! Bertunang sebab keluarga.” Alisya tidak melepaskan peluang untuk membalas balik sindiran Mikhail.


Sakit hati dia mendengar kata-kata sinis lelaki dihadapannya ini.Berubah kejap muka Mikhail apabila Alisya berkata begitu.


Aik macam mana perempuan ni tahu aku bertunang sebab keluarga? Mikhail terdiam sebentar.Alisya sudah tersenyum menang.Yes! debat kali ini dia yang menang! Hah terkelu lidah kau .Thanks auntie Suzy for the information.


Kalau bukan kerana auntie Suzy memberitahu Alisya yang bahawasanya mamat dihadapannya ini bertunang kerana keluarga confirm dia tidak akan menang debat kali ini.


“Whatever! Walaupun aku bertunang sebab keluarga aku happy.At least tunang aku tu tak macam kau! kasar macam king kong.” Sindir Mikhail sebelum berlalu pergi.Dia tahu dia sudah kalah untuk kali ini tetapi itu tidak bermakna dia akan kalah lain kali.Terbeliak biji mata Alisya bila disindir begitu lalu dia merentap lengan Mikhail. 


“Eh! Mamat sesuka hati kau jer gelar aku king kong kan? Apa ingat kau tu baik sangatlah.Huh! tak sedar diri tu macam lembu! Ikut jer telunjuk keluarga.”
Terbakar hati Mikhail mendengar  kutukan dari Alisya. 


Mikhail ingin membalas tetapi dipotong oleh seseorang. “Dah…dah…kamu berdua ni.Bila berjumpa jer bergaduh.Kamu ni sepupu tahu tak? Umur pun dah panjang,tak malu ker dengan orang lain yang tengok perangai kamu berdua ni.” Tegur Tengku Sufian iaitu datuk kepada Mikhail dan Alisya.


 Mikhail buat muka tidak bersalah manakala Alisya sudah mencebik. “Hah! Eloklah tu buat muka macam tu.Bila orang tegur seorang buat muka tidak bersalah dan seorang lagi buat muka menyampah.Kang nanti aku kahwinkan korang berdua nanti baru padan muka.” Selamba Tengku Sufian berkata begitu.


Alisya dan Mikhail sudah terbeliak biji mata. “Eiii…siapa nak kahwin dengan dia ni!” serentak Mikhail dan Alisya bersuara. “Dahlah kedekut tahi hidung masin.Seksa kahwin dengan dia atuk.Nak pinjam 20 sen pun tak boleh inikan nak suruh dia bagi nafkah.Mati kebulur agaknya orang yang akan kahwin dengan dia.” sindir Alisya.


“Eh, Minah! aku pun tak ingin kahwin dengan gangster macam kau ni.Atuk tahu tak siapa yang kahwin dengan dia ni memang malang tuk dan kemungkinan besar lelaki yang kahwin dengan dia boleh masuk wad ICU sebab kena belasah dengan dia.” Mikhail turut membalas kata-kata Alisya.


Dia tak akan mendiam diri dan membiarkan Alisya menang dan begitu juga Alisya. Debat tadi dia sudah kalah dan kali ini dia akan pastikan dia akan menang .Nampak gayanya gelangang untuk berdebat sudah terbuka kembali.


“Wei! Ayat tu agak-agaklah sikit aku ni nampak jer kasar tapi aku ni adalah romantik sikit dari kau.Kesian gila aku dengan tunang kau tu kalaulah dia tahu kau ni failed dalam bab-bab romantik ni mesti dia kecewa tahap babun.”


“Amboi…sedap kau kata aku tak romantik yer..mana kau tahu aku ni romantik ke tak? Kau selalu mengintip aku dengan Ain yer bila kitaorang dating. Dasar kaki penyibuk!”Sebaik berkata begitu Mikhail mendapat habuan dari Alisya iaitu cubitan ketam Alisya.


 “Adoi sakitlah sengal. Tengoklah ni atuk.Dia ni ganas macam budak lelaki perangai pun sebijik macam King Kong.King Kong pun tak macam ni kasar dan ganas.” Perli Mikhail sambil menggosok-gosok lengannya.


 “Kau tu tak ada budi bahasa.Bila orang minta pinjam 20 sen bagilah.Bukannya aku minta 20 juta pun, dahlah aku ni sepupu kau tapi kau buat derk jer. Mentang-mentanglah pakai minyak wangi mahal yang sampai beribu-ribu ringgit sedangkan aku ni pakai minyak gamat jer.Kau kedekut dengan aku yer.” Luah Alisya.


Kerana 20 sen itulah mereka bergaduh macam anjing dan kucing.Alisya tidak akan bagi Mikhail akan hidup dengan senang ataupun tenang.Terburai ketawa Tengku Sufian dengan tingkah laku cucu-cucunya yang tak cukup umur.Sebab 20 sen pun boleh bergaduh sampai macam ni. Sabor jelah…


Mikhail mencebik bibirnya dan Alisya hanya menjeling tajam ke arah sepupunya itu.Kemudian terdengar suara memanggil Mikhail.


 “Mikhail! Puas I cari you.” Dengan nada manja Ain berkata lalu memeluk lengan Mikhail dan Mikhail pula hanya tersenyum kelat dan Tengku Sufian perasan perubahan air muka cucunya yang tidak menyenangi tingkah Ain yang seperti manja semacam.


 Riak wajah Alisya juga dipandang.Nampak dengan jelas wajah Alisya seperti tidak menyukai Ain dan Tengku Sufian perasan yang mata Alisya hanya memerhati lengan Mikhail yang dirangkul oleh Ain. 


“You jom masuk dalam.Mama dah tunggu kita dekat dalam.Jomlah.” ajak Ain dengan nada manjanya. Mikhail berasa ingin muntah dekat situ juga tetapi dia buat selamba sahaja walaupun dia rasa menyampah dengan Ain.Walaupun hati memberontak untuk memutuskan tali pertunangan dia dengan Ain tetapi dia kena fikir juga maruah keluarga dan maruah dia.Jadi nak tak nak terpaksalah Mikhail layan perangai gedik Ain.


 “Hmm…atuk,Mikhail masuk dululah nanti membebel pula mama kalau tunggu lama-lama.” Ujar Mikhail dan menjeling ke arah Alisya yang hanya tercegak seperti patung cendana.Lalu dia berlalu dari situ untuk masuk ke dalam dengan Ain masih erat merangkul lengannya.


Alisya mencebik melihat kemesraan Mikhail dan Ain.Menyampah betul dia melihat perangai Ain itu.Bukan dia tak tahu yang Ain langsung tidak cintakan Mikhail.
Macam mana dia boleh tahu? Sebabnya sudah beberapa kali dia terserempak dengan Ain di shopping complex  dengan lelaki lain .


Mula-mula dia cuba beranggapan baik yang bahawa lelaki itu kawan sahaja tetapi kawan sahajakah sampai merangkul pinggang lelaki itu dan dengan selamba badak dia mencium pipi lelaki itu dihadapan khayalak ramai.Dia ingin memberitahu Mikhail tetapi dia tidak sanggup ,takut lelaki itu akan berkata yang dia hanya menabur fitnah.


“Sudah-sudahlah tu Al.Dia dah masuk dalam rumah pun kamu masih nak pandang dia.Bayang-bayang dia pun dah tak ada.” Terkejut Alisya apabila ditegur sebegitu sekali oleh Tengku Sufian.


Alisya membuat muka selamba.Dia tidak mahu Tengku Sufian perasan yang dia sebenarnya malu ditegur begitu. 


 “Orang bukan pandang dialah atuk.Buat sakit mata jer pandang mamat bakhil tu.” Kutuk Alisya dengan selamba. 


“Hmm...yelah mula-mula benci lepas tu sayang.” Tenang sahaja Tengku Sufian berkata begitu.Alisya yang mendengar kata-kata Tengku Sufian terus ketawa terbahak-bahak yang nampak sangat dibuat-buatnya. 


“Apalah atuk merepek ni.Mamat tu dah bertunanglah atuk.Lagi satu kalau dia jadi suami Al mahu semua barang tercampak.Asyik bergaduh jer 24 jam.Menyampah! perangai asyik berlagak jer macamlah dia tu kacak sangat sampai semua orang nak suka dekat dia.” kutuk Alisya dengan nada perlahan namun masih dapat didengari oleh Tengku Sufian.


 “Cakaplah apa kamu nak cakap Al tapi satu jer nasihat atuk jangan terlampau benci nanti Allah terbalikkan hati kamu untuk sayang dia.Baru sedar langit tu tinggi atau rendah.” 


Alisya mencebik.Selisih malaikat 44 aku nak jatuh cinta dengan dia.
Hmph! dahlah perangai sombong,berlagak dan aku rasa kalau aku dalam kesusahan pun dia tak akan tolong.Orang macam tu nak dibuat suami.Eii…pleaselah! desis hati Alisya.


"Atuk bagi free pun Al tak naklah.Hish...tak sanggup Al nak menghadap muka dia tiap hari silap hari bulan Al boleh masuk hospital sakit jiwa. Kenapa atuk nak jodohkan Al dengan si Mikhail tu? tak boleh bagi calon yang lagi baik ker tuk?" rungut Alisya dengan muncung yang panjang.


Alisya bukan tak tahu yang Tengku Sufian sedang mencari jodoh untuk dia tetapi kenapa Mikhail yang sudah mempunyai tunang itu juga yang atuknya mahu.Sepatutnya  Mikhail tidak patut ada dalam senarai langsung kerana status Mikhail yang sudah mempunyai tunang. 
Lainlah kalau Tengku Sufian mahu menjodohkan dia dengan Tengku Muiz.Dengan rela hati dia akan memberi hatinya kepada Tengku Muiz.


Sudahlah Tengku Muiz itu kacukan belanda.Baik dan sopan santun Tengku Muiz sungguh menarik hatinya.Kalau Mikhail dibandingkan dengan Tengku Muiz.Hmph! jauh panggang dari api.
Muka Mikhail dahlah macam jamban tak siap.Lepas tu perangai macam haji bakhil begitu nak dibuat suami.Haih...boleh mati dia kalau macam tu.Tidak terlepas juga perangai buruk Mikhail yang suka perasan kacak.
Eii....nak termuntah Alisya setiap kali mendengar suara Mikhail yang suka memuji diri sendiri.


"Sebab atuk yakin yang dia tercipta untuk kamu Al." lembut sahaja suara Tengku Sufian menuturkan kata-kata itu.Terbeliak biji mata Alisya.


"Atuk jangan nak buat lawaklah.Mikhail tu dah ada tunang dah.Dia bukan tercipta untuk Al." perkataan 'tunang' ditekankan.


Tengku Sufian hanya tersenyum "Sedangkan suami isteri boleh bercerai inikan pula tali pertunangan yang dasar kepentingan sekeluarga sahaja." tersentak Alisya mendengar kata-kata Tengku Sufian.


Tidak berkelip mata Alisya memandang muka Tengku Sufian.Sungguh dia tidak sangka atuknya akan berkata sebegitu.Alisya mengeluh kecil.


"Kenapa atuk nak Mikhail yang menjadi imam dalam kehidupan Al?Atuk sendiri tahu yang kami ini bagaikan anjing dan kucing.Pantang berjumpa pasti berlaku pertelingkahan." sudah lama Alisya tertanya-tanya kenapa atuknya ingin sangat dia berkahwin dengan Mikhail. 
Sungguh dia tidak faham akan niat Tengku Sufian itu.


"Kerana atuk yakin dia boleh melindungi Al daripada sesiapa atau apa-apa yang ingin mencederakan Alisya.Al di luar sana ramai yang mahu Al hilang dari muka bumi ini dan tugas atuk memastikan kamu selamat." sebaik berkata begitu Tengku Sufian berlalu dari situ.


Alisya memerhati Tengku Sufian masuk ke rumah.Kepala digeleng-gelengkan banyak kali.Dia kurang faham apa maksud atuknya .Langsung tak faham.Apa yang bahayanya?Siapa yang ingin mencederakan dia? Apa yang dia ada sampai ada orang sanggup membunuh dia?Sungguh dia tidak faham.


Mikhail nak melindunginya? lelaki itu lebih suka melihat hidupnya merana daripada bahagia.Agak tak logik lelaki seperti Mikhail itu ingin melindunginya. Agaknya kalau dia dalam masalah apa pun sekali lelaki itu tidak akan menolongnya langsung mungkin akan mengejeknya lagi adalah.


Dia tidak perlukan Mikhail untuk berasa selamat.Kalau betul dia dalam masalah dia boleh menyelamatkan diri sendiri!



Angkuh betul orang yang bernama Alisya Khairina.Dia tidak tahu nasib dia bakal berubah dalam satu hari sahaja.Bakal ada satu kemalangan yang akan berlaku.


      INI KARYA KEDUA SAYA....HIHIHI...KALAU ADA NAK KOMPLAIN TULIS JER DEKAT KOMEN TU...JANGAN TAKUT SEBAB SAYA TAK MAKAN ORANG....SAYA INGAT NAK TULIS CERITA SEDIH TAPI SAYA NI TAK ADA BAKATLAH NAK BUAT CERITA YANG SEDIH..RASA MACAM KEKOK JER NAK TULIS CERITA SEDIH.JADI SAYA BUAT CERITA HAPPY-HAPPY JER...DAN CAMPUR SEDIKIT JELAH KESEDIHAN...HIHIHI...

Sunday 8 January 2012

Selami Jiwaku 10 -Akhir-

Ashikin bahagia dengan Affan.Affan yang dari dulu selalu romantik bertambah romantik.Sikap miang dia juga makin menjadi-jadi.Penat Ashikin ingin melayan Affan yang sentiasa inginkan perhatiannya namun dia tetap senang walaupun perangai Affan kadang-kadang seperti budak tak cukup umur.Ashikin cuma risau keadaan Ainul yang sentiasa gelisah.Entah kenapa sejak kebelakangan ini Ainul sentiasa mengelak berjumpa dengan Ashikin.Sejak kebelakangan ini juga abangya sudah banyak hari tidak pergi ke pejabat.
Ashikin yang ternampak Ainul di taman bergerak ke situ.Dia betul-betul risaukan Ainul.Tidak sempat dia menghampiri abangnya,Affan sudah memeluknya dari belakang.Affan mungkin baru balik dari pejabat kerna terpaksa menguruskan sesuatu yang penting.

"Assalamualaikum Honey...rindu abang tak?" tanya Affan dengan manja.

"Waalaikummussalam abang.Abang ,tak dengar pun bunyi kereta masuk rumah?" soalan Affan dibalas dengan soalan dari Ashikin.

"Ala...jawab dulu soalan abang...Honey..." rengek Affan dengan manja.

"Honey rindu sangat-sangat dengan abang sayang,Honey ni." sejurus berkata begitu Ashikin menyalam tangan Affan dan menciut hidung Affan kemudian dikucup pipi Affan seperti kebiasaan yang dia selalu buat untuk menyambut kepulangan Affan.

"Pak mat ambil abang tadi lepas tu dia terus pergi ambil mama pergi rumah besan dialah tu.Almaklumlah mama sayang dengan mama abang kan kamcing." Ashikin hanya mengangguk sebenarnya dia masih risau pasal abangnya yang duduk ditaman tu.Affan yang perasan keresahan Ashikin terus bertanya

"Kenapa dengan sayang abang ni resah semacam jer?" Affan mengusap pipi Ashikin

"Abang Ainul tu sejak kebelakangan ini asyik termenung dekat taman tu.Lepas tu dua tiga hari ini abang Ainul macam nak mengelak dari Honey jer." Ashikin meluahkan keresahannya pada Affan.Affan perasan juga dengan perubahan Ainul tu.

"Apa kata kita pergi tanya dia sama-sama nak?Abang pun ada juga perasan."Ashikin dan Ainul berpapasan tangan bergerak ke taman.

Ainul yang runsing memikirkan ugutan Melisa langsung tidak perasan akan kehadiran Ashikin dan Affan.Hujung minggu ni Melisa akan datang ke rumahnya tapi yang Ainul tak tahu kenapa Melisa nak datang rumahnya.Ainul mula memikir ingin memberitahu Ashikin bahawa Melisa akan datang ke rumah hujung minggu ni supaya Ashikin akan bersedia dengan apa-apa sahaja kemungkinan.

"Ainul!Kau pikir apa tu sampai tak sedar kitaorang dekat sini?" Ainul terkejut dengan sergahan Affan.

"Wei lain kali bagilah salam! terkujat aku! kau tahu tak?" Affan tersenyum sinis.Ashikin juga tersenyum sinis.

"Abang berapa kali kita bagi salam tadi untuk abang Ainul?" sinis sekali percakapan Ashikin.

"Adalah dalam 10 sekali..." Affan juga mengikut rentak Ashikin.Ainul tersengih.

"Yer ker...tak sedar pula...betul ke sampai 10 kali bagi salam dekat aku minta maaf yer..." mohon Ainul kepada Ashikin dan Affan.

"Taklah...kitaorang tak bagi pun salam tadi saja jer nak kelentong kau." sebaik Affan berkata begitu mereka berdua ketawa.Ainul mengetap bibir.Geram! Ada ker dia kenakan aku desis hati Ainul

"Janganlah marah bro...kau ni kenapa senyap semacam jer?" tanya Affan.Matanya tertacap ke arah Ainul yang lihat sedikit kusut tu.

"Tak ada apa-apalah..." dalih Ainul.Ashikin memuncungkan mulutnya.Tahu sangat abangnya menipu.

"Abang jangan nak kelentong Ashikin yer...kalau abang nak kelentong Affan tak apa...tapi jangan dengan adik abang ni yang membesar dengan abang.Cepat bagitahu!Kalau tidak Cooper masuk bengkel." ugut Ashikin.

Ainul tersengih.Dia tak takut dengan ugutan Ashikin.

"Tak ada apa-apalah! Macamlah berani sangat nak rosakkan Cooper kesayangan abang tu." ejek Ainul.Ainul terlupa sebentar yang bahawa Ashikin pernah merosakkan Coopernya kerana tidak mengambilnya di kuliah.

Ashikin tersenyum jahat.Affan yang pelik tengok senyuman Ashikin itu mula berasa tidak sedap hati.

"Honey...kenapa senyum macam tu?" tanya Affan dengan risau.Ainul yang dengar Affan tanya begitu cepat-cepat menghalang Ashikin yang seperti ingin berlalu.

"Eh eh eh.... abang...abang acah jer tadi...bukan betul-betul pun..." kelam kabut Ainul memujuk Ashikin.

"Tahu pun takut.Sayang juga abang dekat Cooper tu yer...kalau abang tak nak isteri abang terluka...cepat bagitahu apa yang abang rahsiakan!Tapi kalau Ashikin tahu abang ada tipu sikit pun!cermin Cooper pecah!Faham!" ugut Ashikin dengan nada yang tegas.

Ainul sudah mengangguk-angguk kepalanya. "Faham...faham..faham" Affan ketawa kecil dengan telatah Ainul yang menggelikan hatinya.

"Hah cepat beritahu!" perintah Ashikin dengan tegas sekali.

"Mmm...mmm... sebenarnya...sebenarnya....sebenarnya...sebenarnya..." Ashikin bengang begitu juga Affan.

"Apa yang sebenarnya..sebenarnya nyer!" serentak Affan dan Ashikin bertanya.

"Sebenarnya abang berjumpa dengan Melisa dua tiga hari yang lepas dia ugut abang!Kalau abang tak terima apa yang akan datang hujung miggu ini...Ashikin dan Affan akan hidup susah.Masalahnya abang tak tahu apa yang abang kena terima tu" lancar aje si Ainul ni bercakap.Ainul menutup mulutnya denga tangan.Terbocor sudah!!! monolog Ainul

Ashikin dan Affan sudah ternganga.Mereka berpandangan sesama sendiri.Kemudian mereka ketawa.Ainul pelik melihat Ashikin dan Affan ketawa sakan sampai hentak-hentak meja tu...Ainul bengang.Apa hal diorang gelak over gila ni desis hati Ainul.

Affan berdehem apabila melihat jelingan maut Ainul.Ashikin disebelah masih ketawa.Affan menepuk sikit bahu Ashikin.

"Dah...dah...jangan gelak....macam puntianak Honey...takut nanti abang nak tidur dengan Honey..." gurau Affan.Ashikin yang mendengar apa yang Affan kata sudah mencubit pinggang Affan.

"Kang ada jugak yang tidur dekat luar nanti...." Ashikin sudah mengjegilkan matanya.Affan sengih jer.

"Eh! yang korang gelak sakan ni kenapa?Korang ingat abang tipu ker hah?!" bentak Ainul dipandang muka Ashikin dan Affan yang tiada riak langsung tu.

"Eh!abang laparlah Honey....Honey masak apa yer hari ini?" rengek Affan.Ashikin bangun diikuti oleh Affan dan mereka bersama-sama pergi ke meja makan.

"Hari ni Honey masak semua lauk kegemaran abang...abang kena makan semua tau jangan tinggalkan satu lauk pun tau." minta  Ashikin dengan manja.

"Ehhhhh....mestilah abang makan semua!abang tak akan bagi abang Ainul satu lauk pun!" Ashikin ketawa suka.

Ainul blur.Dia mengerutkan dahi.Kenapa diorang macam tak kisah jer?tanya hati Ainul.Ainul memuncungkan mulutnya sampai hati Ashikin tinggalkan dia di sini.Mentang-mentanglah dah ada suami dilupanya aku....huhuhu sedihnya hati...rintih hati Ainul.

Arggghhh!!!kau tak payah nak over Ainul...sedih konon...tu umur kau nak masuk 30 dah bila kau nak cari isteri hah?!Melisa tu dah lama syok kat kau tapi kau jer ego lebih.Dulu masa Melisa nak kena tunang dengan Affan menangis sakan kau dalam bilik!Ni dia dah single and available...baik kau pergi tackle dia dan tolonglah rendahkan ego kau tu!Menyampah betul aku dengan perangai ego lelaki kau tu.Bebel satu suara di dalam hati Ainul.Ainul mengeluh.Betul kerana ego dialah Melisa pergi meninggalkan dia.Dia dah pun insaf cuma hari itu bengang sikit dengan Melisa.

Hujung minggu tu tidak ada siapa-siapa pun datang.Melisa tidak hadir ke rumahnya.Ainul mengeluh mungkin Melisa ada kerja barangkali.Baru ingat nak luahkan perasaan dia kepada Melisa.

Sebulan kemudian...

Ainul sedang membaca surat khabar di ruang tamu.

"Ainul! Kenapa kamu tak tukar baju lagi ni....???" tanya Datin Rozita.

"Tukar baju?Nak buat apa tukar baju mama?Ainul bukan nak pergi mana-mana pun." Ainul memerhati ibunya yang memakai baju kurung moden dan selendang yang dililit.Cantik!

"Kamu ni banyak tanyalah pula...pergi tukar baju sekarang jugak! Mama tak nak dengar apa-apa alasan!Tukar sekarang!Baju Melayu ada dalam bilik kamu warna unggu." sebaik Datin Rozita memberi arahan Ainul terus mengikut kata Datin Rozita.

Dia pelik melihat barang-barang yang dipunggah ke dalam keretanya.Macam barang hantaran jer.Ainul masih lagi blur.Ainul membetulkan sikit samping dan songkoknya.Macam nak kahwin pun ada juga.

"Hah! yang kau tercegat dekat situ kenapa?" tanya  Datin Rozita dengan garang.

"Yer...yer orang nak geraklah ni." Ainul bergerak masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh ayahnya.Puas dia memujuk ayahnya untuk memandu tapi ayahnya enggan memberi dia memandu.

Datin Rozita menghulur satu kertas.Ainul mengambil kertas tersebut.

"Hafal nama tu!Jangan banyak tanya.Kau go with the flow jer Faham!" Ainul terkebil-kebil.Blur.Dia membaca nama di atas kertas tersebut.Terbeliak biji matanya membaca nama tersebut.

"Eh! mama ni..." tidak sempat menghabiskan ayatnya Datin Rozita memotong.

"Mama kata hafal nama tu hafal jelah.Jangan banyak songeh pula.Jangan nak tanya apa-apa!Nanti tandatangan dekat borang tu pun jangan tanya apa-apa.Buat jer apa yang ayah suruh buat nanti Faham!" Ainul mengangguk.

Nama di atas kertas itu dibaca.Nur Maria Melisa binti Tengku Asaddullah Saiful.Nama ni dari dulu lagi dia sudah menghafal.Nama wanita yang mengetuk pintu hatinya.

Dia pelik apabila seluruh ahli keluarganya memakai baju melayu dan baju kurung yang sama warna pula tu.Tapi dibisukan sahaja mulutnya.Kanopi pun sama warna dengan baju yang dia pakai.

Mereka masuk ke masjid.Dia melihat ramai orang di situ termasuk ayah Melisa.Kemudian barulah Ainul faham dan mengerti.Dia sebenarnya akan dikahwini dengan Melisa.Terkejut bukan main Ainul hampir sahaja dia ingin cabut lari namun Affan menahan.Di Psikonya si Ainul dan Ainul bersetuju mengahwini Melisa.

Selesai sudah majllis perkahwinan tersebut.2 kali lafaz sahaja Melisa sah menjadi isteri kepada Ainul.

MALAM PERTAMA...

Hanya mereka berdua sahaja dalam bilik tersebut.Melisa tersenyum manis kepada Ainul.Ainul membalas senyuman tersebut.

"Terima kasih kerana sanggup kahwin dengan Melisa." ujar Melisa dengan ikhlas.Ainul tersenyum.

"Yer abang bahagia dapat jadi suami Melisa.Terima kasih kerna terima abang." ujar Ainul dengan ikhlas.

Mereka berdua tersenyum sahaja.Ainul mengerutkan dahinya.

"Eh kenapa Affan dan Ashikin macam tak marah pun kepada Melisa?" tanya Ainul.Melisa ketawa.

"Sebab Melisa dah bagitahu diorang dari awal lagi yang Melisa nak kahwin dengan abang dan kalau abang nak tahu diorang yang plan semua ni.Ashikin pun tak kisah kalau Melisa jadi kakak ipar dia."Ainul mengangguk.Patutlah diorang gelakan aku desis hati Ainul.

"Sayang, abang ngantuklah jom tidur!" senyuman nakal bermain dibibir Ainul.Melisa terjerit kecil apabila Ainul menutup lampu.

Lima tahun kemudian...

"Ya Allah Zulaikha,Zakri dan Zakwan jangan berlari macam tu sayang...jatuh nanti macam mana sayang!" marah Ashikin kepada anak-anaknya.

"Yer mama..." jawab mereka serentak.Ashikin berasa pinggangnya dipeluk dari belakang.

"Honey ni janganlah asyik marah-marah...nanti baby dalam perut tu jadi pemarah pula."nasihat Affan dengan lembut dan diusap perut Ashikin yang memboyot tu.

"Hmmm...yelah...abang nak morning kiss boleh?" rengek Ashikin kepada Affan.Affan ketawa kecil.

"Mestilah boleh...kalau nak lebih dari kiss pun boleh..." usik Affan.Ashikin tersengih sahaja.Bibir mereka bertaut sikit.

"Ehem!Ehem! amboi...nak beromantik duk dalam bilik yer...anak-anak aku ada kat sini yer..." marah Ainul sambil mendukung salah satu baby kembarnya.Melisa yang mendukung Nur Maria hanya tersengih mengusik.

"Ala abang nak cemburulah tu!" Ashikin mencebik.Affan ketawa.

"Heah...tak ada masa abang nak cemburu.Apa adik ingat adik seorang ada suami abang pun ada isterilah."Ainul mencebik.

"Abang tengok abang Ainul tu dia mengejek Honey.." rajuk Ashikin.

"Haih..Ainul kau ni jangan nak usik isteri aku yang tengah mengandung ni...kesian dia.."Ainul hanya ketawa.Begitu juga mereka yang lain.

Ashikin yang merajuk pun boleh ketawa.

Keluarga mereka bahagia.Bahagia dengan suara kanak-kanak dan semoga kebahagiaan ini kekal sehingga akhir ayat.Walaupun di duga dengan hebat hanya satu sahaja dia berharap iaitu mereka akan kekal sebagai keluarga bahagia.

TAMATLAH CERITA SELAMI JIWAKU.SAYA TAHU MUNGKIN ADA YANG TAK BERMINAT DENGAN CERITA INI TAPI SAYA INGIN MENGUCAP TERIMA KASIH KERANA SUDI MEBAZIRKAN MASA ANDA UNTUK MEMBACA CERITA TAK SEBERAPA INI.TUNGGULAH CERITA BARU DARI SAYA.SAYA BUDAK BARU BELAJAR.KOMENLAH...KALAU NAK KUTUK PUN TAK APA SEBAB MEMANG KESALAHAN SAYA YANG MASIH TIADA PENGALAMAN MENULIS ...

Friday 6 January 2012

Selami Jiwaku 9

Ashikin tidur dengan lenanya namun tidurnya diganggu apabila merasa seperti ada benda sedang membelai pipinya.Ashikin menepis benda itu dan menyambung tidurnya.Namun tidur dia terganggu lagi apabila dia berasa ada benda bermain di parut dahinya.Ashikin merengus.

"Ish..." Ashikin mendengus.Affan tersenyum kecil.Suka dia mengusik Ashikin yang sedang tidur itu.Affan bergerak ke almari dan mengambil tuala mandi.Badan dia sudah melekit.Dia juga perlukan bersihkan diri untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang islam.
Selepas siap menunaikan solat fardhu Isyak,Affan bergerak ke katil sebelum menghempaskan dirinya di katil diregangkan sikit badannya yang terasa lelah.

Bayangkan semua orang tidak bagi dia masuk ke bilik selagi dia tidak membasuh semua periuk belanga.Tengok tak pasal-pasal dia terlepas malam pertamanya.Affan membaringkan badannya dan menutup lampu bilik tidur.Dia memerhati Ashikin yang sedang tidur dengan bantuan lampu jalan di luar sana.Dia mencuit hidung Ashikin dengan lembut dan dikucup dahi Ashikin dengan syahdu.

"Abang sayangkan Ashikin Najwa.Percayalah pada abang...abang akan bahagiakan hidupmu...Terima kasih kerana menyelami jiwa abang dan mengerti perasaan cinta abang ni pada Ashikin." Affan merangkul pinggang Ashikin dan malam itu tidurnya begitu lena.

Ahikin menggeliat sikit dan matanya dibuka sikit dari bulat sikit matanya terus membulat besar.Dia cuba melepaskan dirinya dari pelukan Affan namun tidak berjaya.Tidak lama kemudian Ashikin berhenti cuba meloloskan diri.Dia memandang wajah Affan yang putih bersih tanpa jerawat tersebut.Dia tersenyum sendiri.Dulu dia membenci Affan kerana takut jatuh cinta tapi hatinya tidak boleh menolak perasaan cinta itu kerna Affan sentiasa ada dimana-mana sahaja.Di hatinya,mindanya dan dihadapanya.Ashikin menyentuh kening Affan dan dikucupnya dahi Affan .Dikerling jam di dinding biliknya. Jam baru menunjukkan pukul 5.50 pagi.

Ashikin mengembalikan pandangan matanya ke arah muka Affan lagi sekali.

"Awak tahu tak Encik Rusa...saya Ashikin Najwa sudah jatuh cinta,hati,sayang,suka dan seangkatannya pada hari awak meluahkan perasaan awak pada saya.Maaf kerana membenci awak.Maaf kerana saya pernah menyakitkan hati awak.Maaf kerana membuat awak lelah menunggu saya.Terima kasih kerana menyayangi saya kerana saya." sebaik Ashikin berkata begitu.Muka Affan sudah mengorak sebuah senyuman manis.Ashikin yang melihat senyuman itu terus berasa malu.Alamak terkantoi!!! jerit hati Ashikin.

"Thanks Honey.That  was very nice speech."Affan membuka matanya dan dia mengeratkan pelukannya dipinggang Ashikin.Senyuman masih terukir dibibir Affan.Matanya di arah pada muka Ashikin yang kemerahan.

"Abang tak tahu pula Honey ni pandai berjiwang di pagi-pagi buta ni." usik Affan.

"Abang jahat tau...curi-curi dengar." marah Ashikin dengan manja.Sebenarnya marah dia lebih kepada untuk menutup malunya pada Affan.

"Ala buat apa Honey nak malu.Lagipun ucapan itu memang ditujukan khas untuk abangkan" Affan mengangkat keningnya seperti zaina zain gitu!Ashikin memukul lembut dada bidang Affan.

"Ala...ala...ala...comelnye Honey ni bila malu-malu macam ni." giat Affan lagi.

"Abang...." rengek Ashikin.Affan tersengih lalu ditarik Ashikin rapat dengannya.Kepala Ashikin disembamkan di dada bidangnya.

"Abang pun sudah jatuh cinta,hati,sayang,suka dan seangkatannya pada Ashikin Najwa." Dia ikhlas berkata begitu.Setiap kata cinta yang keluar dari mulutnya itu datang dari lubuk hatinya.

"Ehem!ehem! mmm...abang...dah masuk subuhlah tak nak solat ker?"Ashikin cuba mengalihkan perhatian Affan pada benda lain.Entah kenapa dia berasa malu yang amat dengan ayat Affan.Pada hal dia selalu mendengar ayat- ayat cinta Affan.

"Ye tak yelah...Hmmm....Honey..." Affan bersuara manja.Ashikin sudah pelik bila melihat senyuman gatal Affan.Ni apa kes ni senyum semacam jer desis hati Ashikin.Affan masih memeluk pinggang Ashikin.

"Kenapa abang...suara tu macam manja semacam jer...seram Honey"tanya Ashikin dengan dahi berkerut.Affan ketawa kecil dan digeselkan hidungnya dengan hidung Ashikin.

"Honey...mandi sama-sama nak?!" Affan ketawa apabila mendengar jeritan kecil Ashikin.

"Abang!!eeiiii....miang...miang taw...macam kucing miang abang ni kucing pun tak miang macam abang." geram Ashikin apabila Affan  ketawakan dia.

"Honey ni...asyik samakan abang dengan haiwan jer...humph!" Affan sudah bangun dari pembaringannya.Dia memalingkan badannya dari Ashikin.Aik merajuk ker? tanay hati Ashikin.

"Ala...abang...Honey bergurau jer...janganlah merajuk abang sayang...." Affan masih seperti tadi.Ashikin mengeluh.

"Abang please pandang muka Honey...Honey minta maaf yer...Honey bergurau jer..." masih tidak berjalan juga.
Pinggang Affan dirangkul oleh Ashikin dan dagunya di letak di bahu Affan.Hmph!Kalau Affan berdiri confirm dia tak boleh buat macam ni.Nasib baik Affan duduk di atas katil.

"Abang...kalau abang masih merajuk...abang tak akan dapat mandi bersama Honey...." sebaik berkata begitu Ashikin terus mengambil tualanya dan ke bilik mandi tapi belum sempat dia ingin membuka pintu itu Affan terlebih dahulu membuka pintu bilik air itu dengan senyuman nakal dibibir.

"Lady first..." ujar Affan.Ashikin menapak masuk ke bilik air tersebut dan diikuti oleh Affan.Affan menutup pintu bilik air tersebut.Dia mendekati Ashikin dan di raih tangan Ashikin.

"Tangan Honey ni sungguh lembut...." ucap Affan dengan pandangan nakal.Muka Ashikin sudah kemerahan.

"Honey.... buka butang baju abang boleh tak?" Ashikin yang tiba-tiba seperti terpukau dengan suara manja Affan hanya menurut.Hatinya terbuai dengan perasaan ini.

Tangan Affan sudah sibuk membuka butang baju Ashikin dan dikucup parut yang berhampiran di kening Ashikin dan ciuman itu meliar ke bibir Ashikin dan akhirnya di leher dan digigitnya leher Ashikin dengan ghairah.

Ainul menarik nafas dan menghembus secara perlahan.Ainul yang sibuk memilih sabun mandi berasa terkejut apabila merasa lengannya di peluk oleh seseorang.

"Sorry....sorry....sorry...sorry...saya tak sengaja.Ish siapa punya bakul ni letak tengah jalan. Maafkan saya encik." gumam wanita dihadapan Ainul itu.

Melisa berasa geram pada bakul dekat dengan kakinya yang hampir membuat dia terjatuh nasib baik sempat memegang lengan jejaka dihadapannya.Matanya terus terbeliak apabila melihat muka jejaka tersebut.

"Ainul! you buat apa kat sini?" tanya Melisa.Ainul tersenyum sinis.

"Tak nampak ker aku tengah buat apa ni.Tangan ni tepi sikit." Ainul menepis tangan Melisa yang berada di lengannya.Melisa terkedu.Ainul terus meninggalkan Melisa di situ.Hilang mood dia untuk membeli barang keperluannya.

"Ainul tunggu Ainul!"Melisa mengejar Ainul dipegang bahu jejaka tersebut.Ainul menepis tangan Melisa.

"Apa yang kau nak ni Melisa?" tanya Ainul dengan suara yang garang.Nasib baik tempat parking ini tidak ada orang.

"Ainul...jom pergi minum? I belanja please...I pun dah lama tunggu you untuk makan dengan I." ajak Melisa.

"Nope thank you...Kau balik ni kenapa?Nak rosakkan kebahagiaan Affan?"sinis sekali pertanyaan Ainul.

"Ainul....kenapa you kata macam tu....cinta dan kasih sayang I hanya untuk you bukan untuk Affan.Dari dulu lagi I cintakan you tapi you yang..." Ainul memotong percakapan Melisa.

"Whatever! Leave me alone dan jangan ganggu Affan yang sedang berbahagia sekarang." Ainul ingin membuka pintu kereta tapi dihalang oleh Melisa.

"Kenapa kalau saya kacau Affan? Awak takut kekasih awak yang kahwin dengan Affan akan kecewa!?" bentak Melisa.Geram dia dengan Ainul.

Ainul tidak pernah memandang dia.Hanya Ashikin!Ashikin!Ashikin!Entah apa yang perempuan tu ada yang Melisa tak ada !Entah macam mana Ainul boleh berjumpa dengan Ashikin ni!

Ainul tersenyum sinis.

"Apa yang kau mengarut ni Melisa? Kekasih aku?Isteri Affan tu adik akulah mestilah aku akan bengang kalau kau kacau hidup dia dengan Affan!"Ainul menolak Melisa dengan sedikit kasar.

"Ashikin adik you???bukan kekasih?" tanya Melisa.
Ainul mengerutkan dahinya.Dia sedikit hairan kenapa Melisa sentiasa memikir Ashikin itu kekasihnya.Tapi dia malas nak layan.Melisa gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya.Dia kecewa apabila Melisa mengambil keputusan untuk bertunang dengan Affan.

"Yelah dia adik aku yang kau sibuk nak tahu ni kenapa?Dah aku dah lambat ni... "tidak sempat Ainul untuk masuk ke kereta itu.Melisa sudah memeluk Ainul.Tetbeliak biji mata Ainul.

"Woi apa peluk-peluk ni?"Tanya Ainul dengan garang dia menolak Melisa jauh dari dia.

"Ainul...you kata you suka bercinta selepas kahwinkan?" Ainul memandang pelik apabila Melisa bertanya begitu namun di anggukan juga kepalanya.

"Alamat rumah you boleh bagi tak?" Ainul blur namun dihulurkan kad yang mempunyai alamt rumahnya.

"Okey...you kena terima taw apa yang akan datang di rumah you nanti kalau you tak terima I tak teragak-agak nak kacau hidup Affan dan adik you." ugut Melisa.Pucat muka Ainul bila mendengar ugutan itu.

"Baiklah...kau jangan buat macam-macam Melisa pada adik aku dan Affan.Aku akan terima apa-apa yang akan datang dekat rumah aku nanti."Melisa mengangguk.

Ainul sudah berlaludari situ.Hah tak sangka betul Ashikin tu sebenarnya adik Ainul.Mati-mati aku ingat dia tu kekasih Ainul.Hahahaha...

SELAMI JIWAKU CHAPTER 10 IS THE LAST EPISODE

Thursday 5 January 2012

Selami Jiwaku 8

Sekali lafaz sahaja Ashikin sudah menjadi kepunyaan Affan.Ashikin tekad dia akan memberitahu perasaan dia yang sebenarnya kepada Affan.Hatinya berdebar-debar menunggu Affan memasuki pintu bilik.Dia mengusap dadanya yang masih berdegup dengan kencang.Tenanglah wahai hati kalau kau asyik berdegup jer silap hari bulan boleh masuk Hospital desis Ashikin.Baju pengantin yang dipakai olehnya sewaktu persandingan tadi sudah ditukar kepada baju biasa.Ashikin mengeluh apabila Affan masih tidak masuk ke bilik.Ashikin membaringkan badannya di atas katil empuk kepunyaannya yang bakal dikongsi dengan Affan.Tidak dia sangka akhirnya dia berkahwin juga dengan Affan.Lelaki yang dia Anti.Penjelasan Affan sehari sebelum mereka dikahwinkan terputar kembali ke mindanya.

"Dear tahu yang Honey terasa dan sedih apabila Dear tidak memujuk honey sewaktu di hospital dulu tapi Dear ada penjelasan." ujar Affan didalam telefon.

"Penjelasan?Apa penjelasan awak Encik Rusa?" Affan memuncungkan mulutnya apabila mendengar gelaran yang diberi  oleh Ashikin untuk dia.

"Honey ni suka sangat panggil Dear nama binatang tu.Tak nak cakaplah kalau Honey panggil Dear macam tu."Aik merajuk ke si Affan ni? Dulu tak pernah pun dia terasa hati kalau Ashikin panggil dia rusa.Ni mesti kes nak manja-manja sebelum kahwin ni.Ashikin ketawa kecil dengan perangai Affan yang merajuk dengan dia.

"Ala...ala...ala...merajuklah pula rusa kesayangan Ashikin ni..." Ashikin ketawa.Affan tidak membalas masih merajuk dengan Ashikin.Ashikin yang sedar Affan masih lagi merajuk dengannya berhenti ketawa.

"Affan....saya minta maaf yer..." Ashikin bersuara.Affan masih diam di hujung talian.Ashikin mengerutkan dahinya.Aduh ni merajuk betul ni desis hati Ashikin.Fikir punya fikir.Idea muncul di kepala Ashikin.Cara untuk memujuk Affan.

"Abang...ooo...cik abang di hujung sana...maafkanlah cik adik di sini...janganlah senyap jer..." Ashikin melembutkan suaranya.Affan terpana apabila mendengar suara lembut Ashikin.Terlalu lembut.

"A..aaa...apa honey panggil dear? Boleh ulang sekali lagi tak?" tanya Affan dengan gagap.Ashikin senyum sampai telinga.Pujukan dia berjaya.

"Kalau nak dengar, awak kena beri penjelasan dahulu...."  ucap Ashikin.Bukan dia tak tahu Affan sudah dengar dengan jelas apa yang dia kata.Tapi ada satu perkara penting yang dia perlu tahu.

"Baiklah tapi Honey janji yer ulang balik apa yang Honey panggil Dear tadi." Affan menagih janji dari Ashikin.Ashikin pun hanya setuju sahaja.

"Bila Honey cakap yang Dear selalu tersasul nama Melisa dan masih menyimpan surat cinta yang diberi oleh Melisa.Dear terkejut sangat-sangat.Dear mula berasa hairan dan marah pada Honey kerana masih percaya yang Dear mencintai Melisa.Ya Dear mengaku yang mula-mula kita bertemu Dear selalu tersasul nama Melisa dengan nama Honey tapi Dear berani angkat sumpah bahawa hati Dear memang hanya pada Ashikin Najwa.Dear balik London ambil kotak yang penuh dengan gambar,pemberian hadiah dan surat cinta dari Melisa dan sepatutnya sudah lama Dear bakar kerana kesibukkan Dear dengan kerja di pejabat membuat Dear lupa terus pada kotak tu.Tapi bila Honey masuk hospital,Honey ungkit balik pasal surat cinta tu membuat Dear berasa hairan macam mana Honey boleh tahu pasal surat tu?Kemudian Dear  teringat kepada kotak yang Dear nak bakar beberapa tahun yang lalu. Dear sangat pasti Honey pernah datang rumah Dear semasa Dear tak ada kat rumahkan? dan Honey jumpa kotak tu dekat bawah tangga rumah Dearkan?" tanya Affan kepada Ashikin.Ashikin menelan air liur.

"Mmm...yup! saya ada masuk rumah awak masa tu, saya ingat awak ada dekat rumah jadi saya pergilah rumah awak tapi orang gaji awak cakap awak ada meeting sewaktu tu dan ya saya jumpa semua tu didalam kotak bawah tangga rumah awak" Ashikin mengaku.Affan tersenyum puas.

"Kotak tu sebenarnya nak bakar tapi sejak jumpa dengan Honey...Dear asyik lupa dan terus tak ingat pada kotak tu.Sekarang kotak tu dan semua pemberian Melisa sudah menjadi abu." terang Affan.

"Tapi kenapa sampai menghilang selama 2 minggu?" tanya Ashikin dengan hairan.Yelah takakan nak bakar kotak tu mengambil masa 2 minggu.Kan tu tak logik!

"Ikutkan perancangan Dear sebaik sahaja bakar kotak tu Dear nak terus balik tapi syarikat Dear ada beberapa masalah sikit jadi Dear uruskan masalah tu dan ia sepatutnya mengambil masa selam sebulan tapisebab rindu sangat dengan Honey.Dear cuba selesaikan masalah tu secepat mungkin." panjang lebar Affan menjelas.

"Honey cepatlah...sebut lagi sekali apa yang Honey panggil Dear tadi dengan suara yang lembut yer..." Affan mula merengek macam budak kecil dan membuat permintaan kepada Ashikin.

"Yelah...wahai abangku sayang...selamat malam dan mimpikan sayang di siniyer.." sebaik kata begitu Ashikin memutuskan taliannya dengan Affan.Entah kenapa dia berasa malu yang amat dengan ayat yang dia cakap.Tiba-tiba telefonnya berbunyi yang bernada mesej sudah masuk
.

Sungguh merdu suara bidadari hatiku ini...
Sehingga membuatku khayal mendengar suaranya yang lembut bak sutera...
Kalah Dato Siti Nurhaliza apabila Honey bersuara begitu...
Apabila kita sudah kahwin...Dear nak Honey panggil Dear dengan panggilan Abang...
Hehehe...sebelum tidur jangan lupa solat isyak...

Monday 2 January 2012

CERPEN~AKU CINTA,SAYANG DAN SUKA PADA DIA


BAB 1
Allisya Khairina …
Pagi-pagi selepas subuh aktiviti yang paling aku suka ialah berjoging di taman perumahanku.Sungguh menyegarkan,hari ni ada sesuatu yang berlaku pada ku.Aku berjoging dengan perlahan apabila melihat seorang lelaki yang sangat ku kenal mengaduh kesakitan.Tanpa membuang masa aku mendekati lelaki tersebut.
“Arash,kau buat apa di sini?” tanyaku dengan dahi berkerut.Aduh aku rasa itulah soalan yang paling bodoh yang pernahku tanya.

“Kau ni Al…kenapalah kau tanya soalan yang paling bodoh sekali dah sah-sah baju aku pakai ni menunjukkan aku berjoging dekat sini kan” Arash mengaduh dan aku hanya tersengih.

“Kau tersengih-sengih lagi tu apa hal Al? Aku tengah sakit ni…adui..sakitnya…” Arash mengaduh kesakitan lagi.Aku cepat-cepat melihat kakinya yang terseliuh.

“Hmmm…terseliuh sikit jer ni.” Ujarku sambil itu tanganku ligat mengurut kaki Arash.

“Dah! Cuba bangun..” ujarku sambil menolong Arash bangun.Arash mengaduh sikit.

“Hmmm…pandai kau mengurut Al!Walaupun rasa sakit masih terasa tapi tak adalah rasa sakit sangat macam tadi.” Ujar Arash dengan senyuman manis terukir di bibirnya.Fuh terlampau manis pula senyuman si Arash ni.

“Hmmm…jom balik rumah aku.Ibu mesti suka dapat jumpa kau.” Pelawaku pada Arash dan Arash tidak teragak-agak untuk menerima pelawaanku.
Kami berjalan beriringan.Ibu ku terus menerpa ke arah Arash dengan muka yang berseri-seri.

“Arash kenapa dah lama tak datang rumah ibu? Ibu rindu betul dengan Arash.” Ibuku sungguh excited.Aku gembira apabila melihat senyuman ibu.Sewaktu ibu sedang sibuk menghidang sarapan pagi.Aku dan Arash membisu.Aku merenung Arash dengan khusyuk.Arash sudah resah apabila aku merenung dia begitu.

“Mmm…Al apa hal kau renung aku macam nak tebus jer?” tanya Arash dengan suara tergagap-gagap.

“Hmm…kau ni kacaklah Arash…buat jantung aku berdegup semacam jer bila aku lihat muka kau yang suci ni.Haish..dah lah kau ni kacak, hati pun suci jer..” pujiku tanpa segan silu.Muka Arash ku lihat sudah merah-merah  sahaja ku lihat.
“Kau ni Al…janganlah puji aku macam tu.Segan seh…” ujar Arash dengan malu-malu.Alahai Arash ni sweet jer aku tengok dia ni.

“Aku cuma cakap apa yang aku rasa jer.Arash…aku dengar sekarang kau dah couple dengan Melisa...betul ker? Tanyaku dengan bibir  terukir senyuman hambar.
“Kenapa kau cemburu ker?” soalan ku dijawab dengan soalan.Aku ketawa kecil

“Taklah ,aku tak cemburu cuma jealous jer.” Arash ketawa kecil dengan jawapan ku.

“Taklah aku tak couple dengan dia.She not my type.Siapa yang sebar khabar angin ni?” aku hanya mengjungkitkan bahu tanda tidak tahu siapa yang menyebarkan khabar angin tersebut.

“Arash mari makan…Al layan si Al ni ibu nak pergi kejutkan abang-abang kamu kejap.” Selepas berkata begitu ibu terus meninggalkan aku dengan Arash.

“Kau nak makan apa Arash? Nasi lemak atau mihun goreng?” tanyaku sambil menuang air teh kedalam cawan Arash.

“Mmm kau bagi aku nasi lemak lah.Aku dah lama kempunan nak rasa nasi lemak ibu kau ni” Aku melayan Arash dengan senyuman manis di bibir.

“Amboi macam suami isteri dah korang ni.Hah! Al kau dah lulus dah ni nak jadi isteri mithali.” Ujar abangku Nazrin.Aku menunjuk penumbukku yang tak seberapa besar tu.Ketawa semua orang berada di situ termasuk angahku yang sentiasa serius.

BAB 2

 ARASH KHAIRI…
“Khai kamu dari mana ni?” tanya mama Arash.Aku mengerling ke arah mama dengan senyuman manis dibibir. “Tak pergi mana-mana mama…Khai pergi senaman jer tadi.” Jawab aku dengan suara yang lemah lembut.Aduh awat dengan suara hang Arash?Macam perempuan melayu terakhir jerk suara hang?!! Monolog hati ku. “Hmm…kamu nak sarapan tak?” tanya mamaku dengan suara acuh tak acuh jer…aku tersenyum hambar. “Hmm…tak apalah Khai dah makan tadi kat rumah kawan.” Ujarku dan ingin berlalu dari situ.

“Khai…mama nak kamu jumpa dengan Katrina.Dia baru balik dari Paris semalam.Dia telefon mama semalam dia kata dia rindu nak jumpa kamu.” Ujar mamaku dengan nada mendatar sahaja.Ala..ni malas ni jumpa si Katrina kucing miang ni. “Mama tak nak dengar apa-apa alasan pun,pergi bersiap sekarang kemudian pergi jemput Katrina.” Apabila suara tegas mama sudah keluar tak bolehlah aku bagi alasan lagi.
Aku bersiap ala kadar sahaja,tiba-tiba telefon ku berbunyi dan nama Allisya tertera di papan skrin telefon ku lalu ku angkat.

“Assalamualaikum Al! Apa kes kau telefon aku ni?” tidak sempat Allisya ingin bersuara aku sudah bersuara dahulu.

“Walaikummussalam…mmm …sebenarnya aku nak ajak kau keluar dengan keluarga aku tapi kalau kau sibuk tak apalah aku faham.” Tergagap-gagap suara si Allisya ni.Aku memikir dengan teliti kalau aku jumpa si Katrina si kucing miang tu memang merana habislah aku tapi kalau aku tak pergi jumpa dia mesti dia mengadu dekat mama.Kalau aku ikut Allisya mesti seronok,otak pun tak sakit,telinga pun tak sakit. Tapi memang muka aku confirm asyik merah jer.Okey jawapan sudah ada.

“Mmm…korang nak pergi mana Al?” tanyaku dengan teruja.

 “Kitaorang nak pergi Alamanda jer…nak pergi tengok wayang cerita Alamak! Toyol.” Aku tersenyum sampai ke telinga.

“Aku nak ikut.Kita jumpa di Alamanda sahaja jelah yerk.” Selepas berbalas salam.Aku mula menelefon Katrina.

“Hai Kat! Saya tak dapatlah nak jumpa awak hari ni.Saya ada hal sikit.” Penat juga aku memujuk si Katrina ni.Nasib baik pujukan aku menjadi.Yelah aku tak naklah dia mengadu dekat mama aku nanti.

“Khai pergi dulu yer ma.” Selepas berkata begitu aku membuka pintu kereta dan meluncur kereta ku ke Alamanda.
Aku nampak kelibat Allisya dan abang-abangnya yang sedang bergurau dan ketawa.Aku mendekati mereka dan nampaknya aku tahu kenapa Allisya tergagap-gagap apabila bercakap denganku dalam telefon rupa-rupanya kami ada triple date.Abang Nazrin dengan kak Suria dan abang Nazim dengan kak Julia dan aku mestilah dengan Allisya.Hailah…comel jer aku tengok si Allisya ni.

“Assalamualaikum semua.” Mereka menjawab salamku dengan serentak. “OO…patutlah kau tergagap-gagap cakap dengan aku dalam telefon tadi Al.Rupa-rupanya ada triple date yerk?” ujarku dengan suara diperlahankan supaya abang-abang Allisya tidak mendengar apa yang ku katakan pada Allisya.

“Mmm…kau marah yerk Arash..aku minta maaflah…sebenarnya aku rindu nak tengok muka kau walaupun tadi kita dah jumpa ,apa salahnyer aku ajak kau date dengan aku kan?” selamba badak jerk si Allisya berkata begitu.Aku pula termalu.Merah sudah mukaku.Allisya ni tak pernah menyorokkan perasaan dia.Kalau dia menyampah dia cakap ,kalau dia rindu dia cakap dekat aku dan kalau dia rasa dia nak ungkap perkataan cinta dia cakap, sampai aku rasa malu macam anak dara kena pinang dengan orang hehehe…
Kami makan di Black Canyon.Kami berbual-bual.Allisya pula mula menyuapkan makanan ke mulut ku.Segan pun ada tapi aku makan juga.Semua orang pandang kami ,tak habis-habis tersenyum.Kalau tengok dari jauh memang kamilah pasangan yang paling romantik tapi sebenarnya si Allisya ni dah tak larat nak makan dia punya makanan jadi dia suaplah untuk aku.

“Arash makan sikit lagi nak habis dah ni.” Allisya masih menyumbat dengan makanannya.

“Ish kenyang lah Al…please...please…jangan paksa aku…meh kau makan pulak.” Aku merampas sudu tersebut dan menyuap Allisya makan.Allisya mengeleng-geleng kepalanya.Aku pun guna teknik macam puss in the boot  buat muka sedih.Hhehehe…teknik ni aku guna untuk Allisya jer sebab teknik hanya berjaya dengan Allisya yang tak boleh tengok muka orang comel-comel.

“Amboi suap-menyuap gitu.Nah sayang makan sikit yer.” Nazrin meniru perbuatan aku dan Allisya.Allisya sudah memukul bahu abangnya.

“Angah tengok along ni dia mengejek orang.” Ujar Allisya dengan nada tidak puas hati. Nazim hanya menggeleng kepalanya.Abangnya seorang ni memang perangai macam budak-budak .Nama sahaja Along tapi perangai tak macam seorang abang yang matang pun.Kadang-kadang orang ramai fikir dia Along dan Nazrin angah.Aku juga ketawa sungguh aku bahagia dapat berkenalan dengan Allisya dan keluarganya.

BAB 3

Allisya Khairina…
Tekun betul aku melihat Arash menyiapkan tugasnya sampai aku depan pintu bilik pejabat dia pun dia tak perasan.Aku memerhati setiap inci muka Arash.Rambutnya yang kemas tadi telah menjadi sedikit kusut.Bulu kening Arash yang tebal,hidung yang mancung dan bulu mata yang lentik.Hmm…bibir merah bak delima itu sungguh menawan.Bibir merah itu akan nampak lagi seksi bila Arash mengigit bibirnya…fuh…memang boleh goyang imanku.Tidak lupa juga apabila muka Arash bertukar warna menjadi warna merah memang comel.Geram aku!Arash bukan tidak tahu aku mencintainya.Aku juga tahu Arash mencintaiku namun kitaorang tak ada hubungan yang istimewa apabila orang bertanya apa hubunganku dengan Arash kami menjawab “Oh kami kawan baik” kiranya kami ni macam pasangan yang tidak diiktiraf.Arash boleh berjumpa dengan sesiapa yang diingini dan aku pun sama.

“Ehem!Ehem!...dah jauh mana kau mengalamun?” terkejut aku dengan pertanyaan Arash. 

“Hmmm…tak jauh mana pun.Kau dah siap kerjakan jom pergi makan.” Ujarku.
Arash bangun mengemas mejanya dan bergerak menghampiriku. “Kau ni…baru pukul 1 lebih tapi tali leher dah terlonggar,rambut dah serabai.” Aku menggeleng kepala dan tanganku ligat membetulkan tali leher Arash dan mengeluarkan sikat rambut dan menyikat rambut Arash dengan rapi.
Arash tersengih macam kerang busuk. “Hehehe…jangan marah.Hmm…sebenarnya aku kena pergi makan dengan Katrina.Mama aku dah tunggu dekat bawah…aku…aku…” serba salah si Arash ni nak cakap dengan aku.Aku pun tak akan nak marah dia kan???Aku bukan isteri dia pun hanya kawan sahaja.

 “Ehh…kau tak payah nak minta maaf dengan aku.Aku bukan kau punya isteri pun nak marah-marah kau kan tapi kalau kau tanya aku bengang ke tak?Aku tak bengang...aku Cuma cemburu jer...hehehe…dahlah pergi sekarang nanti mama kau dan Katrina lama pula menunggu.” Ujarku dengan senyuman manis plastic.
Arash memandang ku dengan pandangan sayu dan aku beri laluan pada dia.Aku sangkakan Arash sudah meninggalkan aku apabila Arash bersuara aku terkejut.

“Malam ni jom pergi Jusco aku ada benda nak beli…mmm…kalau boleh aku nak…mmm…kau datang seorang jer tak payah bawa abang-abang kau..” aku ketawa kecil apabila melihat muka merah Arash.
Aku  hanya mengangguk kepala. “Kau tak payahlah cemburu dengan Katrina si miang tu dan aku tak nak kau tayang senyuman plastic tu lagi.Assalamualaikum.” Aku menjawab salamnya dengan senyuman manis yang bukan plastic.
Malam tu aku tunggu Arash di Jusco.Selepas 5 minit Arash muncul.Aku yang sibuk membelek buku di Popular terkejut dengan cuitan di bahuku.

“Assalamualaikum…dah lama tunggu?” tanya Arash dengan senyuman yang lebar.Haila…si Arash ni murah dengan senyuman,sweet jer aku tengok dia.

“Tak lama pun dalam 5 minit aku tunggu kau…Arash kau boleh tak tolong aku?” tanyaku dengan nada yang serius.Arash pun sudah bertukar serius apabila melihat riak wajahku yang serius.
“Tolong apa? Aku on jer nak tolong kau tapi kalau kau suruh aku buat benda jahat memang aku tak dapat nak tolong.” Aku masih lagi dengan air muka yang serius.

“Boleh tak jangan senyum macam tu.Manis jerk aku tengok silap hari bulan aku ada penyakit kencing manis pulak” Arash ketawa selepas aku berkata begitu.Alahai macam gadis melayu terakhir jer si Arash ni ketawa.Lemah lembut gitu.Cair beb…Cair…aduh siapa jadi isteri pada Arash ni haih…jagalah dia baik-baik kalau tak nak aku curi hati dia..hehehehe….

“Kau ni mengarut jelah Al! Dah jom aku nak beli kasut untuk kau.” Aku tercengang.Betul ke apa yang aku dengar ni…Arash nak beli kasut untuk aku???

“Ala tak payah buat muka tercengang gitu.Aku nak beli kasut untuk kau ni.Cepatlah jalan Al dan jangan tanya kenapa aku nak beli kau kasut tu.Okey…” Arash sudah mengangkat keningnya dan aku pun mengikut sahajalah Arash bershopping.

“Hmm..kasut ni tumit dia tak tinggi sangatlah Al.Ambil yang tadi tu jelah yang tu tinggi.” Aku mengerutkan keningku.

“Ish Arash,aku tak selesalah pakai kasut tumit tingi-tinggi ni.Lagipun apa kes kau nak belanja aku kasut ni?” aku menyuarakan ketidak puasan hatiku.

“Ala kau ni Al…aku nak belanja kau tak kasi…kau ni memang tak sayang kan aku lah tu.” Arash memuncungkan mulutnya.Eh eh eh… Arash merajuklah pulak…Adui dah satu kerja pulak nak pujuk.

“Aku bukan tak nak Arash cuma aku segan jer.” Nampak gayanya Arash masih merajuk denganku. 

“Yelah…yelah aku ambil semua kasut yang kau hadiah untuk aku..mmm…Arash kalau aku nak kasut but tu boleh tak?” Arash sudah senyum sampai ke telinga.

“Hmm sesuai juga...apa kata kau ambik kasut tumit tinggi ni dengan but ni..” Arash bersuara dengan nada ceria.

Selama 4 jam bershopping kami memperoleh 3 pasang kasut,2 kemeja lengan panjang untuk lelaki ,4 buah buku novel dan beberapa majalah. Shopping sakan aku dengan Arash.Puas juga aku nak pujuk dia jangan bayar aku punya buku novel tapi dia tetap berkeras nak bayar.Yelah dia kan anak Dato apalah sangat dengan barang-barang macam ni.
“Hmm…ibu aku tanya bila kau nak datang rumah lagi?” aku tanya pada Arash.

“Kenapa ibu dah rindukan aku ker? Tengoklah kalau aku ada masa aku datang yer” balas Arash dengan senyuman manis dibibir.

“Yelah ibu aku tu kan sayangkan kau.Tak apalah nanti kau kalau ada masa datanglah rumah kitaorang.” Ujarku. “Okeylah aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi menerima hadiah dari aku dan sudi teman aku bershopping.” Arash senyum.Adui murah betul senyuman Arash ni asyik senyum jer kerja dia.

“Malam ni mimpikan aku yerk Arash.” Ku lemparkan flying kiss pada Arash.Hahahaha…merah gila muka Arash bila aku berkata begitu namun flying kiss aku itu tetap disambut dengan tangannya dan diletakkan di dadanya. “Yelah malam ni mungkin  aku akan mimpi kan kau.Assalammualaikum.”Sebaik membalas salam dan berkata begitu kami pulang ke kereta masing-masing.

BAB 4

Arash Khairi…
Pagi yang indah ni memang buat mood aku baik.Haih…semalam memang kenangan paling best yang dia pernah ada dengan Allisya.Dating berdua-duaan buat pertama kalinya tanpa ada siapa-siapa pun mengikut.Semakin hari semakin aku angau dengan Allisya tu.Kalau ikutkan,aku tak pernah pun lafazkan kata-kata azimat cinta.Malu pula bila aku fikirkan ayat-ayat cinta tu.Aku bukan macam Allisya yang berani menunjukkan perasaannya.Haila tak apa nanti kahwin aku luahkan perasaan aku kepada Allisya.

Hmm…Khai dah bangun.Baguslah tu meh sarapan sama-sama.” Ujar mamaku. Kami makan di meja makan dengan senyap tak seperti di rumah Allisya yang sentiasa ada celoteh.

“Khai…mama nak cakap sikit ni.” Aku sudah mula rasa macam tak sedap hati.

“Cakap apa ma?” aku cuba berlagak seperti biasa tak naklah cepat melatah. “Hmm…mama nak kau kahwin dengna Katrina.” Tersedak aku.Mama aku ni jenis yang straight to the point tak ada belok sana belok sini.

“Mama… kan Khai dah kata Khai ada pujaan hati sendiri.Kenapa mama nak Khai kahwin juga dengan si kucing miang tu.” Aku mulalah geram ni.Mama tak habis-habis suruh aku kahwin dengan perempuan yang entah apa-apa entah.

“Apa kamu panggil si Katrina tu Khai? Kucing miang!! Hehh yang kamu benci sangat dengan si Katrina tu kenapa?Mama tengok baik jer budak tu.” Mama mempertahankan maruah si kucing tu.

“Ala depan mama memanglah baik belakang mama,mama tak tahu kan? Dia tu boyfriend keliling pinggang ma.Khai tak nak isteri macam tu!Khai nak kahwin dengan Allisya Khairina kalau mama paksa Khai kahwin dengan si kucing miang tu jugak! Khai nak lancarkan mogok!” aku keraskan nada suaraku.Aku tahu seorang anak patut patuh pada arahan mak ayah mereka tapi sekarang mama sedang menghancurkan masa hadapan aku dengan perempuan yang entah apa-apa tu.

“Hah!Kamu janagan nak kelentong mamalah Khai! Si Katrina tu baik tahu tak! Kamu jangan tuduh dia sebarangan.Mama tak kira kau kena juga kahwin dengan dia!” mama sudah keluarkan suaranya yang nyaring tu.Aku mengetap bibir.

“Mama…tolonglah faham Khai…Khai tak sayang,cinta atau suka pun dengan si Katrina tu.Mama kenalkan Allisya tu…Khai sayang,cinta dan sukakan dia…kenapa mama tak bagi Khai kahwin dengan dia?” tanyaku dengan nada sedih.

“Mama tak suka dia.Dia nak rampas Khai dari mama!Mama tak kira kamu kena jugak kahwin dengan Katrina tu! Keputusan mama tamat!!!” mama nampak gayanya sudah tidak mahu berkompromi dengan aku.Aku pun apa lagi mogok terus.Aku naik ke bilikku dan menjerit dari tingkat atas.

“Khai tak nak kahwin!Selagi mama tak tarik arahan tadi!Khai tak akan keluar dari bilik Khai!” aku menghempaskan pintu bilikku tanda protes dengan kahwin paksaan mamaku tu.Hah! aku tak akan kahwin dengan si kucing miang tu.Aku akan kurung diri sendiri dalam bilik ni sampai mama aku tarik balik arahan dia.
Aku tahu mama mesti tak nak aku mati kebuluran dalam rumah ni.Aku pernah mogok macam ni.Tak sampai seminggu mama sudah pujukku.Aku mencari telefon aku.Eh! mana pergi telefon aku ni?Aku menepuk dahiku sendiri.Aduh! telefon bimbitku ada di bawah dekat atas meja makan.Macam mana aku nak lepaskan rindu aku dekat Allisya.Aku mengeluh Al…kenapalah mama benci kau yerk? Apa maksud mama kau nak rampas aku dari dia?Bingung aku macam ni.

Masuk hari ni adalah hari ke-3 aku mogok dengan mama.Mama dah banyak kali pujuk aku namun mama masih tak nak tarik balik kata-katanya.Dia masih nak aku kahwin dengan si Katrina miang tu!Tapi mama adalah juga hantar bibik masuk dalam bilik aku untuk hantarkan makanan.Aku still mengurungkan diriku dalam bilik besar ni.Adui seksanya hidup kalau tak dapat jumpa orang yang kita cinta.
Dah lama aku tak jumpa dengan Allisya.Rindu nak dengar suara dia,rindu nak tengok muka dia,Rindu nak tengok muka selamba dia…ARGGHHHH….senang kata semuanya aku rindu pasal Allisya.
Hai Allisya...ku sanggup sedekahkan seluruh jiwa ragaku kepada mu sayang…cis!podaaah…dalam hati bukan main jiwang lagi kau yerk Arash kalau suruh luah dekat depan Allisya terus terkelu,terbisu,terdiam dan segala Ter lagi yang berkaitan dengan bisu.
Aku mengeluh lalu bergerak ke balkoni bilikku.Aku menghirup udara segar.Bilik aku ni taklah tinggi mana kalau guna tangga confirm sampai.Selalu juga aku bayangkan si Allisya tu panjat tangga macam Romeo tu dan bawa aku jauh dari tempat yang memeningkan kepala aku ni…hehehe…apa korang ingat budak perempuan jer ker yang ada angan-angan macam tu…aku pun ada jugaklah.
Aku masuk balik ke bilikku.Duk sibuk membaca buku tiba-tiba macam ada orang baling batu dekat pintu balkoni rumah aku.Aik! siapa pula yang rajin baling batu kat balkoni rumah aku ni?Aku membuka pintu balkoni dan terus membulat mataku apabila muka Allisya ku nampak.
Bulan yang mengambang  dan bintang berkelipan …memang romantik habislah.Ker…sebenarnya aku mimpi…mama confirm tak bagi si Allisya ni masuk dalam rumah sebab mama mana suka dengan si Allisya ni…Aku pun cubitlah pipiku dan adoi sakitnya!Allisya ketawa kecil.

“Ini bukan mimpilah…wahai abangku sayang…” lembut gila suara si Allisya ni…terpesona aku mendengar suara dia yang lembut tu.

“Eh…Al bahaya tau tak kau panjat tangga tu…kau tak takut jatuh ker…baik kau turun sekarang…” arahku dengan nada yang cemas.

“Abangku sayang…kenapa nak merajuk bagai ni…abang tahu tak sayang ni rindu yang amat dengan abang sampai sanggup panjat tangga ni nak jumpa abang tau…”Allisya menjeling ku dengan manja…mak aih…jantung aku dah rasa macam nak tercabut dah tengok jelingan manja Allisya tu…

“Mana ada abang merajuk…” amboi gatai betui hang ni yer Arash…siap bahasakan diri abang lagi….senyuman mekar di bibirku dan dibibir Allisya.
Allisya menghulurkan sepapan coklat kegemaranku dan aku ambil dengan senyuman yang manis.

“Terima kasih sayang…sayang kenapa naik tangga ni? Kang jatuh kang…jadi bujang sampai tualah jawabnya abang ni.” Aku dapat rasa muka ku bertukar merah…malu dengan ayat jiwang sendiri…bunyi macam gedik semacam jer…Allisya ketawa kecil.

“Dah abang kunci pintu bilik abang macam mana sayang nak masuk….Sayang nak abang turun bawah sekarang juga…pakai handsome-handsome tau sebab sayang ada something untuk abang…sayang tunggu kat bawah yerk…” sebaik sahaja Allisya berkata begitu dia turun dari tangga tersebut.Aku pula apalagi terus mandi dan pakai handsome-handsome macam si Allisya cakap sewaktu ku turun ke bawah aku melihat ramai tetamu yang datang dan semuanya aku kenal.Ahli keluarga Allisya.Segan pula bila ingat semua orang tahu aku merajuk.
Aku pun hairan kenapa diorang datang rumah aku.Abang Nazrin tersenyum padaku.Mama pula terlebih mesra pula aku tengok dengan ibu Allisya.Mesra gitu.Adik-beradik aku yang perempuan pun sama.Ayah aku pun mesra dengan abang Nazim juga.Aik pelik ni…Allisya ku tengok sedang bermesra dengan adikkku.
Selepas berbual,makan dan bermesra…barulah aku tahu Allisya sekeluarga datang meminang aku…Malu gila aku bila tahu diorang datang meminang.Mama pun terkejut tapi mama menerimanya dengan senang hati.Seluruh ahli keluargaku pun setuju.Kitaorang akan dinikahkan selepas sebulan bertunang.Abang Nazrin yang akan walikan Allisya sebab Ayah Allisya sudah lama jadi arwah.

SEBULAN KEMUDIAN…
“Sayang…macam mana sayang tahu abang tengah merajuk?” Arash memeluk pinggang Allisya dengan erat.Allisya ketawa kecil.

“Sebenarnya…macam ni…Allisya call abang sebab pelik abang tak datang pejabat banyak hari…Allisya call sekali tu mama abang angkat telefon.Mama kenal nama sayang dalam tu kemudian dia cerita dekat Allisya yang abang tak nak kahwin dengan Katrina tapi nak kahwin dengan sayang.Jadi mama nangis sebab dia tak nak nanti bila kahwin dengan sayang nanti abang duduk di rumah lain jauh dari dia.Mama pilih Katrina pun sebab Katrina janji nak duduk satu rumah dengan mama abang. Jadi sayang cakap dengan mama…kalau mama nak abang duduk di rumah ni sayang pun tak akan menentang sebab tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya dan abang punya syurga pula di  bawah tapak kaki mama jadi kalau mama arahkan abang tinggal di rumah ni mesti abang tidak menentang.So sayang cerita dekat along,angah dan ibu, diorang terus ajak sayang pergi sana dan meminang abang sebab takut mama abng kahwinkan abang dengan orang lain.” Panjang lebar Allisya bercerita.Arash tersenyum bahagia.

“Sayang terima kasih sebab sudi terima abang dalam hidup sayang.Macam mana sayang boleh tahu abang sayangkan sayang?Rasanya abang tidak pernah sekali pun ucap kata cinta pada sayang kan?” tanya Arash dengan dahi berkerut.Allisya memusingkan badannya menghadap Arash.Dia menolak Arash jatuh  apabila sampai ke katil.Arash sudah menelan air liurnya muka dia pun sudah bertukar jadi merah-kemerahan.Allisya menyentuh bibir merah Arash  dengan bibirnya dan didekatkan mukanya dengan muka Arash.

“Sayang tahu setiap kali sayang usik abang dengan luahan cinta sayang abang mesti bertukar menjadi merah tapi bila perempuan lain yang luahkan perasaan diorang abang tak rasa apa-apa pun .Dingin jer…”
Arash ingin bersuara namun Allisya terlebih dahulu mencium bibir Arash… “Abang cinta,sayang dan suka pada sayang”…malam berlalu dengan detik-detik yang manis…

THE END…TAMAT SUDAH…