Friday 14 September 2012

Sentiasa Disisiku 4


SEMINGGU KEMUDIAN…

 Alisya hanya termenung sejak dari tadi itulah hobinya sejak duduk dirumah ini. Sudah seminggu dia duduk di sini dan dia baru tahu betapa baiknya lelaki yang bernama Mikhail.Setiap hari Mikhail akan datang menjenguknya dan sanggup lelaki itu duduk dirumah lain semata-mata kerana dia.Rasa bersalah juga mula timbul dalam hati kerana dia juga Mikhail dan Rania terpaksa berbohong kepada orang lain terutamanya Mikhail.

Seperti dia mengajar lelaki itu untuk menjadi jahat pula.Hatinya pula sejak dari tadi tidak aman.Hari ini keputusan akan keluar.Sejak seminggu juga dia tidak berganjak dari atas tikar sejadah memohon kepada Allah supaya tabahkan hati dia untuk menempuhi dugaan ini.
 
Pintu kereta dibuka dari luar.Alisya memerhati Mikhail  yang sudah tercegat dihadapan pintu kereta.Muka Mikhail seperti tenang sahaja dan Alisya cuba tersenyum walaupun susah tetapi dia tidak mahu tunjukkan kegelisahannya.Sewaktu mereka berada di tangga klinik Rania,Mikhail menahannya.

 “Al…apa-apa pun keputusannya kau tabahkanlah hati kau.Dan aku minta maaf kalau aku terlambat untuk selamatkan kau.”Mikhail memandang Alisya dengan pandangan serba salah.

“Kita tak tahu lagi Mikhail keputusannya.Kalau betul yang aku sudah hilang kesucian aku itu tidak bermakna ianya salah kau.Aku dah cukup bersyukur sebab kau sudi datang menolong aku.” Alisya tahu kata-katanya semua lahir dari hati .

Dia tidak akan salahkan Mikhail kerana Mikhail yang selamatkannya.Mikhail menarik nafas begitu juga dengan Alisya.Berdebar-debar hati Alisya. Tangan Alisya sudah berasa sejuk walaupun suasana panas.Jantung berdegup dengan pantas sekali.

Langkah dibuka juga walaupun pada hakikatnya dia tidak mahu memasuki klinik tersebut tetapi diagahkan juga kakinya melangkah.

Keputusan yang diterima sangat melegakan Alisya.Alisya berasa seluruh dunianya kembali cerah.Mikhail tersenyum melihat senyuman yang tidak lengkang dari bibir mungil Alisya. “Nasib baik kau melawan mamat tu Al kalau tidak apalah yang akan terjadi.” Ucap Mikhail dengan rasa sedikit bangga dengan kebolehan Alisya mempertahankan dirinya. 

“Hmm…tetapi apa-apa pun aku kena ucap terima kasih dekat kau kalau kau tak datang selamatkan aku Mikhail, aku tak tahu apa akan terjadi pada aku.Terima kasih Mikhail. Aku betul-betul terhutang budi dengan kau.” Ucap Alisya dengan nada sebak.Dia tersentuh dengan keikhlasan Mikhail yang menolongnya.

Mikhail hanya tersenyum membalas ucapan Alisya. “Aku nak balik jumpa atuk.Entah kenapa aku rasa nak sangat jumpa atuk.” Ujar Alisya dengan riang. 

“Okey.Kita boleh pergi sekarang kalau kau nak?” pelawa Mikhail.Alisya memandang ke arah Mikhail lalu digelengkan kepalnya. Thanks but no thanks. I want to go home first and pack my stuff so you can move back into your house.”  Alisya menerangkan perancangannya kepada Mikhail.

Mikhail mengangguk mendengar perancangan Alisya. “Baiklah kalau itu yang kau nak aku hantar pergi rumah Rania dulu.Lepas tu kalau kau nak apa-apa just call me.” Sebaik berkata begitu Mikhail menghantar Alisya pulang ke rumah.


Alisya mengemas barang-barangnya yang dia beli sewaktu berjalan-jalan dengan Mikhail. Ketika Alisya berada di dapur dia melihat banyak bahan mentah di dalam peti ais.Kepalanya mula muncul satu idea untuk menunjukkan yang dia menghargai jasa kedua adik beradik ini. Alisya menghubungi Rania. 

“Assalamualaikum Rania.Ni aku Al.Wei, malam ni kau tak payah makan luar ek?” kata Alisya sebaik sahaja salam dia berbalas. “Kenapa pula?” tanya Rania dengan nada hairan. “Hari ni aku nak masak untuk korang berdua.Kau dan Mikhail.” Gembira sahaja nada suara Alisya.Rania yang berada di hujung talian sudah tersenyum lebar.

 “Eh,aku okey jer.Dah lama juga aku tak merasa kau punya masakan.” Teruja betul Rania dengan rancangan Alisya. “Okeylah kalau kau setuju. Assalamualaikum…aku nak telefon abang kau pula.” Sebaik berbalas salam Rania meletak telefon bimbitnya diatas meja.
Rania tersenyum senang.

Sedang Rania mengelamun ada seseorang menegurnya. “Amboi…mengelamun… jauhnya sampai saya dekat sini pun awak tak sedar yer…ingat dekat kekasih gelap mana tu? Tanya Faizal dengan nada menyindir.

 Rania hanya tersengih macam kerang busuk. “Saya tak ingat dekat sesiapalah awak cuma…” sengaja Rania meleretkan suaranya kerana ingin melihat cebikan tunangnya. 

“Cuma apa? Saya dekat sini awak boleh buat tak tahu jer.” Cebik Faizal.Rania ketawa kecil apabila jangkaanya mengena. 

“Cuma saya teringat dekat abang saya.” Selepas Rania berkata begitu Faizal mengerutkan dahinya. “Kenapa dengan Mikhail?” tanya Faizal yang berasa pelik apabila melihat senyuman misteri tunangnya. 

“Awak tahu tak sekarang abang saya dengan Al dah berbaik.Tak ada gaduh-gaduh dah setiap kali berjumpa.Diorang macam sebululah sikit.Awak tahu tak ada satu hari tu abang bawa Al keluar sampai malam baru balik.Awak macam tak tahu abang saya tu macam mana orangnya.” Riak terkejut tidak dapat disembunyikan oleh Faizal kerana berita ini sesungguhnya mengejutkan.


Dia sangat kenal dengan perangai Mikhail yang tidak suka berjalan dan lebih suka menghabiskan masanya dengan kerja di pejabat. “Maksud awak yang satu hari dia ghaib tu dia pergi dating dengan Al?”tanya Faizal dengan nada yang tidak percaya. “Yup! Diorang keluar sama-sama.” Senyuman Rania semakin melebar namun senyuman terus mati sebaik shaja dia melihat muka Faizal yang sudah berubah serius.

Rania menelan air liurnya.Takut dengan pandangan tajam dari Faizal. “Mikhail tak patut melakukan perkara sebegitu.Awak sepatutnya melarang abang awak tu keluar dengan Al!Abang awak tu bukan bujang tetapi tunang orang.” keras sekali nada suara Faizal.


“Tapi saya rasa abang dan Al tu sesuai sangat.Lagipun perempuan yang bergelar tunang kepada abang saya tu tak layak digelar tunang pun.Setiap hari tukar pasangan macam tukar baju.Dia ingat dia boleh memperbodohkan abang saya.Itu yang awak panggil tunang abang saya.Abang saya akan lebih bahagia dengan Al.” Bentak Rania.


“Walau apa pun Mikhail tidak boleh curang dengan Ain! Ain tu tunang dia dan lagi satu saya tak suka awak rahsia perkara ini daripada abang awak.Awak sepatutnya cuba nasihatkan Ain supaya insaf bukannya buat tidak tahu sahaja. Awak tak patut membiarkan Mikhail keluar dengan Al.Walaupun Ain curang dengan Mikhail tidak semestinya Mikhail boleh mencurangi Ain.Kalau awak tak nak bagitahu Mikhail, baik saya sahaja yang bagitahu dia tentang Ain!Mungkin Mikhail boleh menyedarkan Ain apa yang dia lakukan itu salah.Awak tak fikir pada kemungkinan itu Rania?” tanya Faizal dengan tegas. Rania mengigit bibirnya.

Ya! Apa yang Faizal katakan itu sangatlah masuk akal tetapi Rania tetap merasa yang Alisya sahaja layak untuk abangnya bukan Ain.Dia suka akan perwatakkan Alisya yang kasar tetapi masih ada lembutnya.Sopan-santun,baik hati dan Rania pasti Alisya boleh membahagiakan Mikhail.

Tetapi tidak Ain kerana Ain dari dulu sampai sekarang tidak pernah berubah!Ain yang dulu dan sekarang sama sahaja.Suka berpeleseran dan kehidupannya begitu sosial.Abangnya tidak perlukan isteri yang begitu.

Apabila Faizal bangun untuk melangkah pergi,Rania menghalang perjalanan Faizal. “Kalau awak sayangkan saya,Faizal.Tolong jangan bagitahu abang saya tentang perkara ini.Bila tiba pada masanya saya akan bagitahu padanya sendiri.” Rayu Rania dan Faizal hanya memandang Rania. “Baiklah.Saya tak akan bagitahu Mikhail.” Faizal menyatakan persetujuannya.Rania menarik nafas lega. “Tapi ini tidak bermakna saya akan biarkan perkara ini berlalu begitu sahaja.Kalau saya rasa saya patut memberitahu Mikhail tentang rahsia ini saya tak akan teragak-agak untuk memberitahu.Abang awak tu adalah kawan baik saya dan saya tak suka berahsia dengan dia.” Sebaik berkata begitu Faizal berlalu dari situ.

Rania mengeluh lalu dia menggeleng kepalanya.Kenapalah Faizal tidak nampak apa yang dia nampak yang bahawa Ain itu tidak layak berdamping dengan abangnya.Hanya Alisya yang sesuai untuk abangnya.

Alisya sudah siap memasak.Dia sangat berpuas hati dengan masakannya.Sementara menunggu kepulangan Rania dan Mikhail.Alisya membersihkan dirinya dahulu.Selepas bersiap memakai baju kurung pemberian Mikhail,Alisya bergerak ke bawah.Dari memasak sehingga kini hatinya berasa riang sekali.

Alisya terdengar enjin kereta dimatikan dan sepantas sekilat dia membuka pintu rumah.Mikhail sudah berada di hadapan pintu pagar. “Assalamualaikum Al.” Dengan lembut Alisya membalas salam Mikhail.
 “Masuklah.Tapi kau kena duduk dekat kawasan taman rumah ni jelah sebab Rania tak pulang lagi.Nanti tak manis pula orang tengok.” Ujar Alisya sambil membuka pintu pagar.

 “Tak apa Al aku faham.Wei betul ke hari ni kau masak?” tanya Mikhail dengan senyuman nakal.Alisya mengangguk dengan bangga. 

 “Apa ingat kau sorang jer pro dalam bab-bab masakan ni.Aku pun pandailah.” Jawab Alisya dengan senyuman lebar. “Hek eleh…poyolah kau minah.Baru masak sikit dah perasan pandai.” Mikhail tersenyum sinis.

Alisya melihat senyum itu hanya menjeling tajam ke arah Mikhail. “Hmph! kau tengoklah nanti.Kau makan nanti confirm bertambah-tambah sehingga menjilat jari nanti.Silap hari bulan pinggan-pinggan pun kau jilat.” Perli Alisya kepada Mikhail.Mikhail hanya ketawa apabila mendengar rungutan Alisya.

 “Alah…janganlah marah Al.Aku gurau jer.Tapi kalau tak sedap aku akan kutuk kau habis-habisanlah.Kalau sedap aku senyap jelah yer…” seloroh Mikhail. “Amboi….kenapa bila tak sedap kau nak kutuk aku kaw-kaw tapi bila sedap kau diam,tak akan tak nak puji masakan aku yang sedap tu.” Ujar Alisya dengan nada tidak puas hati. 

“Tak nak…nanti aku puji lebih-lebih kau sibuk pula perah santan dekat dapur nanti.” Sindir Mikhail.Alisya mengetap bibirnya.Geram betul dia dengan Mikhail yang tidak habis-habis mengusik dirinya.

 “Apa-apa jelah Mikhail.Pening betul aku layan kerenah kau ni.” Ujar Alisya. “Hmm…lawa baju kurung ni.Sepadan dengan kau.Ish…ish…siapalah orang yang pilih baju ni?” tanya Mikhail dengan nada usikan. Alisya yang blur sekejap dengan pujian Mikhail. “Laaa…kaulah yang pilih.” ucap Alisya dan sebaik ucapan itu keluar dari mulutnya barulah 

Alisya faham kenapa Mikhail bertanya begitu.Mikhail ketawa. “Terima kasih Al atas pujian kau terhadap aku.” Sengihan Mikhail melebar.Alisya menepuk dahi.Aduh macam manalah dia  boleh tertipu. “Haish asyik kenakan aku jer kerja kau.” Dengus Alisya.
Kalau dulu mungkin Alisya akan melawan balik semua kata-kata Mikhail tetapi tidak sekarang.

Alisya lebih suka mengalah dan mengambil setiap patah perkataan Mikhail itu dengan serius tetapi tidak sekarang kerana baru dia faham bahawa selama ini sindiran Mikhail hanyalah satu gurauan bukanlah satu penghinaan.Alisya rasa Mikhail juga sudah pandai senyum apabila berada berdekatan dengan Alisya.Dia sangat selesa dengan Mikhail sekarang ni walaupun dia tahu yang Mikhail sebenarnya tidak berubah langsung cuma tanggapan dia terhadap Mikhail sahaja yang berubah.

Mikhail perasan akan perubahan Alisya yang menerima gurauan kasarnya.Dia bukanlah pandai sangat dalam bab-bab bergurau ni semua.Gaduh pun gaduh kecil-kecil sahaja dan tak lama kemudian Mikhail dan Alisya akan berbaik semula. “Mikhail kalau kau tak nak puji masakkan aku pun at least  tunjuklah thumbs up ek?”  pujuk Alisya kepada Mikhail.

Mikhail mengusap-usap dagunya seperti memikir masalah yang besar sahaja siap dengan kerutan dahi lagi. Dalam kurang 10 minit Mikhail bersuara “Yelah…” ringkas sahaja jawapan Mikhail.Alisya terlompat sedikit. “Yeay…terima kasih…”Alisya senyum lebar.Mikhail tersenyum melihat telatah Alisya.


Entah kenapa dia betul-betul berharap Mikhail akan puji masakan dia.Hatinya berbunga mendengar persetujuan Mikhail pada hal Mikhail belum memuji dirinya lagi.

Rania yang melihat telatah Alisya dengan Mikhail hanya terkaku.Bagai pinang dibelah dua itulah pendapatnya tentang Mikhail dan Alisya.Dia hairan kenapa Faizal tidak mampu melihat betapa sesuainya Mikhail dan Alisya walaupun  dulu mereka sering bergaduh tetapi apabila waktu kerja mereka sangat professional dan sekarang mereka sudah berbaik dan itu lagi menguatkan hati Rania yang abangnya patut memilih Alisya bukannya Ain.

Setahu Rania abangnya tidak pernah senyum selebar ini sejak papa meninggal dunia tetapi sejak dua menjak ini Mikhail sudah kerap senyum.

Rania tersedar dari lamunannya lalu dihon keretanya untuk menarik perhatian Alisya dan Mikhail. Rania keluar dari kereta dengan senyuman. “Amboi..amboi …manisnya senyuman.Ada apa-apa Rania terlepas ke?” tanya Rania.Mikhail dan Alisya ketawa kecil.  

“Tak ada apalah.Abang kau ni tak habis-habis menyindir aku.” Adu Alisya pada Rania.Mikhail mengecilkan matanya.Alisya hanya menjelirkan lidahnya.Suka pula dia dapat mengusik Mikhail.Mikhail muncungkan mulutnya.Alisya ketawa kecil. 

“Alalala…orang tu merajuklah pula.” usik Rania kepada Mikhail.Kemudian ketawa Rania dan Alisya bersatu apabila Mikhail mencemberutkan mukanya lagi.
 
"Siapa merajuk...abang mana mainlah merajuk-rajuk ni...abang touching jer..." Alisya blur kejap dengan ayat Mikhail namun Rania sudah ketawa kecil.

 Bukan touching dengan merajuk tu sama ker maksudnya? desis hati Alisya.Mikhail sudah ketawa melihat muka blur Alisya. Cute sahaja.

"Dah Al,kau tak payah fikir ayat songsang abang aku tu.Jom masuk." ajak Rania dengan senyuman kecil dibibir. Alisya hanya menggaru kepalanya yang sememangnya kadang-kadang blur.

Masing-masing menjamu selera.Mata Alisya tidak terlepas melihat Mikhail yang menjamah makanan selepas membaca doa makan.Rania perasan yang Alisya memerhati setiap pergerakan Mikhail.Seperti harimau memerhati mangsanya.

Rania tersenyum kecil. Mikhail dan Rania bersantap dengan selera sekali.Alisya memaksa dirinya menjamu selera namun matanya masih memerhati Mikhail.

 Mikhail tersenyum didalam hati.Dia tahu Alisya sedang menunggu komennya.  Sungguh Mikhail tidak sangka yang masakan Alisya sungguh menepati cita rasanya.Rasa tidak cukup makan sekali jadi Mikhail menambah nasi dan dia harap Alisya masih ingat apa yang dia katakan di luar tadi yang dia akan kutuk habis-habisan kalau masakan Alisya tidak sedap tetapi kalau masakan Alisya sedap dia tidak akan berkata apa-apa.

“Mmm…sedapnya Al.Sama macam dulu.Kau punya masakan semuanya sedap-sedap belaka.” Puji Rania.Alisya tersenyum kecil dengan pujian Rania.

Dia tidak mahu pujian Rania tetapi dia ingin tahu komen Mikhail.Adakah masakan ini menepati cita rasanya atau sebaliknya.Tunggu punya tunggu akhirnya Alisya tersenyum sendiri.Mikhail sudah bertambah banyak kali dan pinggannya licin.Semua masakan dia habis dijamah oleh Mikhail.Maka tahulah Alisya yang masakan dia sangat menepati selera Mikhail.

Selesai bersantap Alisya menghantar Mikhail dimuka pintu dan Mikhail bergerak ke arah keretanya sebelum Alisya masuk ke dalam rumah Mikhail memanggil Alisya. 

“Al!” Alisya memusingkan badannya lalu dia melihat Mikhail menaikkan ibu jarinya dengan senyuman lebar terukir dibibir Mikhail.

Alisya sudah tersenyum lalu dia masuk ke dalam rumah.Hatinya riang yang teramat sangat.Dia akan pulang esok ke rumah agam atuknya.

2 comments:

  1. hope mikhail n alisya sedar,di hati masing2 tersembunyi rase cinta!!lepas kn ego...tanya lh hati.......akak suke dek andai alisya di pertemukn jodoh ngan mikhail hehe.........

    ReplyDelete
  2. Apakah perasaan Mikhail terhadap Alisya hanya sebagai abang dan adik sahaja atau sebaliknya...tapi agenda atuknya nak satukan mereka menarikkan...

    ReplyDelete