Tuesday, 1 January 2013

Sentiasa Disisiku 8

     Mikhail duduk berhadapan dengan Faizal.Sekarang waktu rehat jadi mereka lepak di Restoran Asam Pedas.Entah kenapa hari ni Mikhail terasa nak makan asam pedas.
     
     "Zal...kau sayang ke tak adik aku tu? Kalau tak sayang baik kau putuskan jer tali pertunangan antara kau dengan adik aku tu.Jangan nak seksakan perasaan dia kepada kau.Aku tak suka tahu tengok muka dia yang masam tu." tegur Mikhail kepada Faizal.

    Faizal pandang muka Mikhail yang serius itu. "Apa kau merepek ni Mikhail! Aku sayanglah Rania tu.Bila masa pula aku seksa dia punya perasaan?" tanya Faizal yang tidak puas hati dengan tuduhan melulu Mikhail.

   "Aku tak merepeklah Zal! Semalam waktu Rania balik bukan main gembira dia siap menyanyi-nyanyi kecil lagi lepas tu tiba-tiba bila masa dia nak pakai kasut tu nak pergi keluar ,dia dapat call.Lepas tu dia terus murung.Dan aku rasa kaulah punca dia." jawab Mikhail panjang lebar.

     Apabila Faizal mendiamkan diri.Mikhail tahulah apa yang dia tuduh itu adalah betul! Dia ingin Faizal menyedari walaupun dia kawan baik dengan Mikhail itu tidak semestinya dia dapat kebenaran untuk melukakan hati Rania!

  "Kau tahu tak semalam dia kecewa bila kau tiba-tiba cancel date kau dengan dia.Kalau ikutkan hati aku ni nak sahaja aku belasah kau sampai lembik tetapi disebabkan kau tu buah hati Rania dan kawan baik aku jadi aku  cuba cara berdiplomat dengan kau." sambung Mikhail lagi dengan nada serius.

     Tidak sempat Faizal nak menjawab pelayan sampai di meja mereka untuk mengambil  pesanan mereka.Selepas memberi pesanan mereka dan mengucap terima kasih kepada pelayan tersebut Mikhail pandang Faizal semula.

     "Semalam kereta Mellisa rosaklah.Tu yang aku pergi tolong dia tu.Bukan aku saja-saja nak cancel date aku dengan Rania.Aku cuma menolong 'adik' aku yang sedang bermasalah." Faizal cuba mempertahankan dirinya.

     Memang betul pun semalam dia menolong Mellisa yang mempunyai masalah kereta itu kemudian Mellisa pula pengsan sebab kepenatan.Itu yang dia terpaksa cancel date dia dengan Rania.

     Dia terpaksa membawa Mellisa pulang ke rumah ibu bapanya.Tak akan dia nak tinggalkan sahaja Mellisa tu di tepi jalan pada waktu malam begitu.

      Mikhail sudah tersenyum sinis. "Kau sayangkan Mellisa tu lebih dari Rania ke,Faizal?Bukannya kau tak boleh telefon pemandu peribadi Mellisa tu kan? atau adik-beradik dia yang lain kan? Tapi kau sanggup cancel date kau dengan adik aku untuk tolong Mellisa yang langsung tiada hubungan dengan kau." sinis sekali percakapan Mikhail.

   Hati Mikhail sakit melihat Rania yang kesedihan itu walaupun Rania cuba menyorok yang dia sedih tapi Mikhail lagi pandai membaca riak muka adiknya itu.Rania tidak perlu bagitahu kepada Mikhail yang dia sedih,Mikhail sendiri boleh agak.

    "Apa kau merepek ni! Aku sayangkan Rania lebih daripada segalanya tapi semalam memang aku tak sengaja.Ya....betul cakap kau yang aku boleh telefon orang lain untuk settlekan masalah tu tapi waktu tu aku panik aku tak terfikir semua tu." wajah Faizal sudah bertukar menjadi gusar.

    Dia faham dengan perangai Mikhail yang selalu melindungi Rania.Mikhail tidak akan melepaskan begitu sahaja orang yang membuat adik dia rasa kecewa atau sedih.

    "Ini bukan kali pertama Faizal, kau buat adik aku kecewa dengan kau.Jadi aku bagi kau nasihat.Putuskan tali pertunangan ini kalau hati kau dah berubah kepada Mellisa.Lepaskan Rania dengan baik.Jangan bila kau dah kahwin dengan Rania tiba-tiba kau nak buat perangai.Dan pada masa itu aku akan pastikan kau menyesal kerana buat adik aku begitu! Jika kau sayangkan Rania tunjukkan kepada dia yang kau sayangkan dia!Jadi kau fikirlah siapa lagi penting dan...sayang kau terletak kepada Rania atau Mellisa." tegas sekali percakapan Mikhail.

      Dia tidak kisah Faizal ini kawan baik dia atau tidak! Jika Faizal melukai hati Rania.Mikhail akan pastikan Faizal akan menyesal dengan tindakan dia itu!Hati Rania bukan diperbuat oleh kayu yang senang-senang sahaja untuk dilukai sesuka hati!

     Faizal memandang muka Mikhail yang tenang namun dia tahu Mikhail tidak bergurau dengan  kata-kata dia tadi.Faizal ingin membalas percakapan Mikhail namun tidak jadi apabila pelayan tadi sudah menghantar pesanan mereka.

     "Makanlah dulu...nanti balik rumah kau fikirkanlah tentang perkara ni.Ingat Faizal!Kau mungkin kawan  baik aku tetapi aku tak teragak-agak nak memberi pengajaran kepada kau jika kau musnahkan masa depan Rania!" selepas berkata begitu mereka makan dalam keadaan senyap.

      Faizal membawa diri ke klinik Rania.Rania yang tiada pesakit pada petang itu tersenyum lebar bila melihat tunangnya datang melawat.

    "Hai awak! awal awak balik kerja hari ni.Ni mesti ponteng kerjalah ni kan?" usik Rania dengan senyuman manis di bibir.

     Faizal memandang senyuman manis dibibir Rania dengan hati yang sayu.Entah kenapa dia tidak pernah sedar yang Rania selalu kecewa dengan dia.Tapi sekarang dia dah tahu kenapa dia tidak pernah sedar akan kekecewaan Rania kerana....

    Senyuman manis Rania  yang selalu dipamerkan.Tidak pernah sekali  pun Rania merungut dengan dia.Dia tidak pernah mengambil tahu tentang perasaan Rania.Tunang jenis apalah dia ni.Patutlah Mikhail marah benar dengan dia.

   "Awak!kenapa ni?ada masalah dekat pejabat ke? Sayu semacam saya tengok awak ni?" tanya Rania dengan prihatin.

   Faizal tersentak sikit dengan teguran Rania. "Awak...saya minta maaf yer pasal semalam.Saya tak bermaksud pun nak cancel date kita." ujar Faizal dengan nada perlahan sahaja.

   Rania yang melihat Faizal yang seperti kurang ceria itu sudah pelik. "Eh! awak tak perlulah minta maaf.Saya tak kisahlah awak.Mungkin saya sedikit kecewa tapi tak apalah.Lagi pun bukannya awak sengaja kan nak cancel date kita.Awak terpaksa." pujuk Rania dengan suara yang lembut.

   Senyuman manis diukir untuk Faizal.Tapi pelik pulak dia melihat Faizal yang seperti sedih semacam jer. "Awak....senyumlah sikit...saya yang tengok awak ni rasa nak sakit pula tengok awak sedih macam ni...." pujuk Rania lagi.

    Faizal memandang Rania yang cuba memujuknya ini.Adakah dia kejam kerana mementingkan Mellisa daripada Rania.Dia tidak tipu bila dia kata dia menganggap Mellisa tidak lebih daripada seorang adik.

   Rania seorang sahaja yang pernah ber takhta dihatinya.Setiap kali dia melihat Rania hatinya berasa tenang sekali.Bila dia berkongsi masalah dengan Rania mesti Rania akan dengar dan menolongnya.Rania adalah orang pertama mendapat takhta di hatinya.

   "Faizal! senyumlah sikit...muka macam jamban tak siap ni kenapa....kang...saya lari dekat orang lain kang ...kalau awak tak senyum sekarang." ugut Rania. 

  Faizal mencebik. "Ada awak kata muka macam Remy Ishak ni macam jamban tak siap! Saya rasa awak kena jumpa pakar matalah!" marah Faizal kemudian bibirnya terukir senyuman sebaik melihat muka comel Rania mencebik.

   "Hah! cebik bibir tu...ingat  bibir dia lawa sangatlah buat macam tu." usik Faizal dengan senyuman nakal.

  "Amboi! sedapnya mengutuk saya!" Rania sengaja terbeliakkan biji matanya.
   Kemudian mereka berdua ketawa....dengan gembira.

###########################

    Alisya yang duduk disofa itu Tengku Sufian sudah menggelabah.Semua orang memandang dia termasuk kucing milik Tengku Sufian.

   Alisya memandang muka Tengku Zulaikha a.k.a ibu kepada Mikhail yang masih menangis tak berlagu tu. Yelah kalau berlagu mesti ada bunyi orang mengongoikan tapi yang  ni air mata saja turun jadinya menangis tak berlagulah tu...

  'Al! apa kau merepek ni hah!Kau ni orang tengah tanya soalan penting boleh pula kau melalut kepada benda lain.' Alisya memarahi dirinya sendiri.

  Alisya pusing kepalanya ke arah Mikhail yang sedang duduk bersebelahan ibunya.Diusap-usap bahu ibunya itu.Alahai...nampak macam anak mithali jer Mikhail ini.

  Lagipun Mikhail pernah menyelamat dirinya dulu.Mikhail bukanlah sejahat yang dia sangka.Baik jugalah Mikhail ni.

   Prihatin kepada adik dan ibunya.Mungkin sebab dia rasa tanggungjawab itu sudah jatuh kepada dia bila ayahnya sudah meninggal dunia barangkali.Dia sudah berhutang maruah dengan Mikhail mungkin dengan cara ini dia dapat membalas jasa Mikhail.

   "Al! kamu setuju tak ?" soalan Tengku Sufian membawa Alisya pulang ke dunia realitinya. Alisya tekad dengan keputusannya.

   "Kalau Mikhail setuju.Al pun setuju!" jawab Alisya dengan yakin sekali dengan keputusannya.
Tengku Zulaikha yang masih menangis di bahu Mikhail terus memeluk Alisya.

  "Terima kasih Al! Mama tak tahu macam nak balas jasa Al!" Alisya terkejut bila dipeluk oleh Tengku Zulaikha.Sudah lama dia tidak dapat pelukan daripada seorang ibu.

  "Auntie...tak perlu balas jasa Al. Al hanya membantu apa yang Al boleh bantu sahaja." jawab Alisya dengan nada yang lembut.Rania yang duduk juga telah memeluk Alisya.

  "Tak sangka kau akan jadi bakal kakak iparku Al! Aku happy sesangat untuk kau! Kau jangan risau abang aku ni memang seorang bertanggungjawab.Dia akan jaga kau dengan sepenuh hati dia. Betul tak bang?" tanya Rania kepada Mikhail yang hanya tersenyum manis bagi menjawab pertanyaan Rania.
    
   " Baiklah...kalau semua dah setuju nanti kita buat perancangan.Mikhail nanti kamu jangan lupa bawa Al pergi kedai butik pengantin.Beli apa yang patut dan adjust apa yang perlu."  sebaik Tengku Sufian memberi arahan,Tengku Zulaikha pula bangun sambil mengelap air matanya.

    "Mama nak pergi siapkan  barang wedding korang.Jadi Al tak perlu risau apa-apa semuanya dah hampir nak settle.Rania jom tolong mama decide warna pelamin."ajak Tengku Zulaikha.

     Tengku Zulaikha berhenti sekerat jalan kemudian memandang Alisya semula.Rania juga memberhentikan langkahnya.

     "Al! nanti jangan panggil mama 'auntie' lagi tau.Kamu kena panggil mama dengan panggilan mama juga." sehabis berkata begitu Tengku Zulaikha keluar dari situ diikuti Rania yang sudah tersengih macam kerang busuk.

   Tinggalah Alisya dengan Mikhail. "Kau tak menyesal ke menjadikan aku suami kau?" tanya Mikhail dengan nada yang perlahan sahaja.

   Alisya pandang Mikhail dengan senyuman manis dibibir. "Aku terhutang maruah dengan kau Mikhail! kalau dengan cara ini dapat aku balas jasa kau yang menyelamatkan aku daripada diperkosa jadi aku akan lakukan." dengan yakin Alisya tuturkan kata-kata itu.  

   Tersentak Mikhail mendengar kata-kata Alisya.Entah kenapa hati dia betul-betul hampa dengan jawapan Alisya.

  Jadi Alisya sudi berkahwin dengan dia hanya semata-mata untuk membalas budinya sahaja.Hati dia terkilan namun dia tidak faham kenapa dia perlu rasa terkilan.

  "Kau tak perlu balas jasa aku tu Al.Aku ikhlas tolong kau." ucap Mikhail dengan nada sedikit sayu. Alisya memandang muka Mikhail yang tersenyum hambar.

  "Aku tahu kau ikhlas sebab itu aku nak tolong kau.Kau selamatkan maruah aku jadi aku juga nak selamatkan maruah kau." jawab Alisya dengan senyuman manis di bibir.

  ".Aku ni banyak kelemahan Al jadi aku berharap kau bersabar dengan aku.Aku bukanlah seorang yang sempurna jadi aku harap kau terimalah aku seadanya seperti aku akan menerima kau." lembut sahaja suara Mikhail.

   Hati Alisya berasa sejuk mendengar kata-kata Mikhail. "Aku tidak mengharap apa-apa pun kepada kau Mikhail tetapi aku harap kau bimbinglah aku ke jalan yang benar." Alisya menjawab dengan senyuman manis dibibir.

  "Semoga Allah Rahmati hubungan kita ini." sehabis Mikhail berkata begitu Mereka berdua memandang satu sama lain.

   Alisya tidak mampu untuk mengucap kata-kata yang terbit dihatinya kerana dia sendiri tidak faham apakah perasaan dia kepada Mikhail.Adakah dia berasa berhutang dengan Mikhail atau dia sayangkan lelaki ni sebagai seorang abangnya atau adakah ini dinamakan cinta?
   

   Mikhail tidak berani meluahkan rasa hatinya kerana dia sendiri tidak faham apa yang hatinya ini merasai terhadap Alisya.Adakah cinta kepada seorang perempuan atau dia sayang Alisya sebagai adiknya sahaja?

     Adakah terluah juga rasa hati mereka berdua atau cinta itu tidak akan terluah sampai bila-bila. Sedarkah mereka dalam hati mereka ada taman cinta?

   Kalau ada yang tidak puas hati tolong...komen yer...saya budak baru nak belajar! jadi kalau ada salah silap tolong tunjukkan! Trimas and Happy New Year...untuk pembaca semua ^-^

10 comments:

  1. Smbung laaa....best sngt niii

    ReplyDelete
  2. Best tp tergantunglah x ad ending ke

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete