Mikhail duduk berhadapan dengan Faizal.Sekarang waktu rehat jadi mereka lepak di Restoran Asam Pedas.Entah kenapa hari ni Mikhail terasa nak makan asam pedas.
"Zal...kau sayang ke tak adik aku tu? Kalau tak sayang baik kau putuskan jer tali pertunangan antara kau dengan adik aku tu.Jangan nak seksakan perasaan dia kepada kau.Aku tak suka tahu tengok muka dia yang masam tu." tegur Mikhail kepada Faizal.
Faizal pandang muka Mikhail yang serius itu. "Apa kau merepek ni Mikhail! Aku sayanglah Rania tu.Bila masa pula aku seksa dia punya perasaan?" tanya Faizal yang tidak puas hati dengan tuduhan melulu Mikhail.
"Aku tak merepeklah Zal! Semalam waktu Rania balik bukan main gembira dia siap menyanyi-nyanyi kecil lagi lepas tu tiba-tiba bila masa dia nak pakai kasut tu nak pergi keluar ,dia dapat call.Lepas tu dia terus murung.Dan aku rasa kaulah punca dia." jawab Mikhail panjang lebar.
Apabila Faizal mendiamkan diri.Mikhail tahulah apa yang dia tuduh itu adalah betul! Dia ingin Faizal menyedari walaupun dia kawan baik dengan Mikhail itu tidak semestinya dia dapat kebenaran untuk melukakan hati Rania!
"Kau tahu tak semalam dia kecewa bila kau tiba-tiba cancel date kau dengan dia.Kalau ikutkan hati aku ni nak sahaja aku belasah kau sampai lembik tetapi disebabkan kau tu buah hati Rania dan kawan baik aku jadi aku cuba cara berdiplomat dengan kau." sambung Mikhail lagi dengan nada serius.
Tidak sempat Faizal nak menjawab pelayan sampai di meja mereka untuk mengambil pesanan mereka.Selepas memberi pesanan mereka dan mengucap terima kasih kepada pelayan tersebut Mikhail pandang Faizal semula.
"Semalam kereta Mellisa rosaklah.Tu yang aku pergi tolong dia tu.Bukan aku saja-saja nak cancel date aku dengan Rania.Aku cuma menolong 'adik' aku yang sedang bermasalah." Faizal cuba mempertahankan dirinya.
Memang betul pun semalam dia menolong Mellisa yang mempunyai masalah kereta itu kemudian Mellisa pula pengsan sebab kepenatan.Itu yang dia terpaksa cancel date dia dengan Rania.
Dia terpaksa membawa Mellisa pulang ke rumah ibu bapanya.Tak akan dia nak tinggalkan sahaja Mellisa tu di tepi jalan pada waktu malam begitu.
Mikhail sudah tersenyum sinis. "Kau sayangkan Mellisa tu lebih dari Rania ke,Faizal?Bukannya kau tak boleh telefon pemandu peribadi Mellisa tu kan? atau adik-beradik dia yang lain kan? Tapi kau sanggup cancel date kau dengan adik aku untuk tolong Mellisa yang langsung tiada hubungan dengan kau." sinis sekali percakapan Mikhail.
Hati Mikhail sakit melihat Rania yang kesedihan itu walaupun Rania cuba menyorok yang dia sedih tapi Mikhail lagi pandai membaca riak muka adiknya itu.Rania tidak perlu bagitahu kepada Mikhail yang dia sedih,Mikhail sendiri boleh agak.
"Apa kau merepek ni! Aku sayangkan Rania lebih daripada segalanya tapi semalam memang aku tak sengaja.Ya....betul cakap kau yang aku boleh telefon orang lain untuk settlekan masalah tu tapi waktu tu aku panik aku tak terfikir semua tu." wajah Faizal sudah bertukar menjadi gusar.
Dia faham dengan perangai Mikhail yang selalu melindungi Rania.Mikhail tidak akan melepaskan begitu sahaja orang yang membuat adik dia rasa kecewa atau sedih.
"Ini bukan kali pertama Faizal, kau buat adik aku kecewa dengan kau.Jadi aku bagi kau nasihat.Putuskan tali pertunangan ini kalau hati kau dah berubah kepada Mellisa.Lepaskan Rania dengan baik.Jangan bila kau dah kahwin dengan Rania tiba-tiba kau nak buat perangai.Dan pada masa itu aku akan pastikan kau menyesal kerana buat adik aku begitu! Jika kau sayangkan Rania tunjukkan kepada dia yang kau sayangkan dia!Jadi kau fikirlah siapa lagi penting dan...sayang kau terletak kepada Rania atau Mellisa." tegas sekali percakapan Mikhail.
Dia tidak kisah Faizal ini kawan baik dia atau tidak! Jika Faizal melukai hati Rania.Mikhail akan pastikan Faizal akan menyesal dengan tindakan dia itu!Hati Rania bukan diperbuat oleh kayu yang senang-senang sahaja untuk dilukai sesuka hati!
Faizal memandang muka Mikhail yang tenang namun dia tahu Mikhail tidak bergurau dengan kata-kata dia tadi.Faizal ingin membalas percakapan Mikhail namun tidak jadi apabila pelayan tadi sudah menghantar pesanan mereka.
"Makanlah dulu...nanti balik rumah kau fikirkanlah tentang perkara ni.Ingat Faizal!Kau mungkin kawan baik aku tetapi aku tak teragak-agak nak memberi pengajaran kepada kau jika kau musnahkan masa depan Rania!" selepas berkata begitu mereka makan dalam keadaan senyap.
Faizal membawa diri ke klinik Rania.Rania yang tiada pesakit pada petang itu tersenyum lebar bila melihat tunangnya datang melawat.
"Hai awak! awal awak balik kerja hari ni.Ni mesti ponteng kerjalah ni kan?" usik Rania dengan senyuman manis di bibir.
Faizal memandang senyuman manis dibibir Rania dengan hati yang sayu.Entah kenapa dia tidak pernah sedar yang Rania selalu kecewa dengan dia.Tapi sekarang dia dah tahu kenapa dia tidak pernah sedar akan kekecewaan Rania kerana....
Senyuman manis Rania yang selalu dipamerkan.Tidak pernah sekali pun Rania merungut dengan dia.Dia tidak pernah mengambil tahu tentang perasaan Rania.Tunang jenis apalah dia ni.Patutlah Mikhail marah benar dengan dia.
"Awak!kenapa ni?ada masalah dekat pejabat ke? Sayu semacam saya tengok awak ni?" tanya Rania dengan prihatin.
Faizal tersentak sikit dengan teguran Rania. "Awak...saya minta maaf yer pasal semalam.Saya tak bermaksud pun nak cancel date kita." ujar Faizal dengan nada perlahan sahaja.
Rania yang melihat Faizal yang seperti kurang ceria itu sudah pelik. "Eh! awak tak perlulah minta maaf.Saya tak kisahlah awak.Mungkin saya sedikit kecewa tapi tak apalah.Lagi pun bukannya awak sengaja kan nak cancel date kita.Awak terpaksa." pujuk Rania dengan suara yang lembut.
Senyuman manis diukir untuk Faizal.Tapi pelik pulak dia melihat Faizal yang seperti sedih semacam jer. "Awak....senyumlah sikit...saya yang tengok awak ni rasa nak sakit pula tengok awak sedih macam ni...." pujuk Rania lagi.
Faizal memandang Rania yang cuba memujuknya ini.Adakah dia kejam kerana mementingkan Mellisa daripada Rania.Dia tidak tipu bila dia kata dia menganggap Mellisa tidak lebih daripada seorang adik.
Rania seorang sahaja yang pernah ber takhta dihatinya.Setiap kali dia melihat Rania hatinya berasa tenang sekali.Bila dia berkongsi masalah dengan Rania mesti Rania akan dengar dan menolongnya.Rania adalah orang pertama mendapat takhta di hatinya.
"Faizal! senyumlah sikit...muka macam jamban tak siap ni kenapa....kang...saya lari dekat orang lain kang ...kalau awak tak senyum sekarang." ugut Rania.
Faizal mencebik. "Ada awak kata muka macam Remy Ishak ni macam jamban tak siap! Saya rasa awak kena jumpa pakar matalah!" marah Faizal kemudian bibirnya terukir senyuman sebaik melihat muka comel Rania mencebik.
"Hah! cebik bibir tu...ingat bibir dia lawa sangatlah buat macam tu." usik Faizal dengan senyuman nakal.
"Amboi! sedapnya mengutuk saya!" Rania sengaja terbeliakkan biji matanya.
Kemudian mereka berdua ketawa....dengan gembira.
###########################
Alisya yang duduk disofa itu Tengku Sufian sudah menggelabah.Semua orang memandang dia termasuk kucing milik Tengku Sufian.
Alisya memandang muka Tengku Zulaikha a.k.a ibu kepada Mikhail yang masih menangis tak berlagu tu. Yelah kalau berlagu mesti ada bunyi orang mengongoikan tapi yang ni air mata saja turun jadinya menangis tak berlagulah tu...
'Al! apa kau merepek ni hah!Kau ni orang tengah tanya soalan penting boleh pula kau melalut kepada benda lain.' Alisya memarahi dirinya sendiri.
Alisya pusing kepalanya ke arah Mikhail yang sedang duduk bersebelahan ibunya.Diusap-usap bahu ibunya itu.Alahai...nampak macam anak mithali jer Mikhail ini.
Lagipun Mikhail pernah menyelamat dirinya dulu.Mikhail bukanlah sejahat yang dia sangka.Baik jugalah Mikhail ni.
Prihatin kepada adik dan ibunya.Mungkin sebab dia rasa tanggungjawab itu sudah jatuh kepada dia bila ayahnya sudah meninggal dunia barangkali.Dia sudah berhutang maruah dengan Mikhail mungkin dengan cara ini dia dapat membalas jasa Mikhail.
"Al! kamu setuju tak ?" soalan Tengku Sufian membawa Alisya pulang ke dunia realitinya. Alisya tekad dengan keputusannya.
"Kalau Mikhail setuju.Al pun setuju!" jawab Alisya dengan yakin sekali dengan keputusannya.
Tengku Zulaikha yang masih menangis di bahu Mikhail terus memeluk Alisya.
"Terima kasih Al! Mama tak tahu macam nak balas jasa Al!" Alisya terkejut bila dipeluk oleh Tengku Zulaikha.Sudah lama dia tidak dapat pelukan daripada seorang ibu.
"Auntie...tak perlu balas jasa Al. Al hanya membantu apa yang Al boleh bantu sahaja." jawab Alisya dengan nada yang lembut.Rania yang duduk juga telah memeluk Alisya.
"Tak sangka kau akan jadi bakal kakak iparku Al! Aku happy sesangat untuk kau! Kau jangan risau abang aku ni memang seorang bertanggungjawab.Dia akan jaga kau dengan sepenuh hati dia. Betul tak bang?" tanya Rania kepada Mikhail yang hanya tersenyum manis bagi menjawab pertanyaan Rania.
" Baiklah...kalau semua dah setuju nanti kita buat perancangan.Mikhail nanti kamu jangan lupa bawa Al pergi kedai butik pengantin.Beli apa yang patut dan adjust apa yang perlu." sebaik Tengku Sufian memberi arahan,Tengku Zulaikha pula bangun sambil mengelap air matanya.
"Mama nak pergi siapkan barang wedding korang.Jadi Al tak perlu risau apa-apa semuanya dah hampir nak settle.Rania jom tolong mama decide warna pelamin."ajak Tengku Zulaikha.
Tengku Zulaikha berhenti sekerat jalan kemudian memandang Alisya semula.Rania juga memberhentikan langkahnya.
"Al! nanti jangan panggil mama 'auntie' lagi tau.Kamu kena panggil mama dengan panggilan mama juga." sehabis berkata begitu Tengku Zulaikha keluar dari situ diikuti Rania yang sudah tersengih macam kerang busuk.
Tinggalah Alisya dengan Mikhail. "Kau tak menyesal ke menjadikan aku suami kau?" tanya Mikhail dengan nada yang perlahan sahaja.
Alisya pandang Mikhail dengan senyuman manis dibibir. "Aku terhutang maruah dengan kau Mikhail! kalau dengan cara ini dapat aku balas jasa kau yang menyelamatkan aku daripada diperkosa jadi aku akan lakukan." dengan yakin Alisya tuturkan kata-kata itu.
Tersentak Mikhail mendengar kata-kata Alisya.Entah kenapa hati dia betul-betul hampa dengan jawapan Alisya.
Jadi Alisya sudi berkahwin dengan dia hanya semata-mata untuk membalas budinya sahaja.Hati dia terkilan namun dia tidak faham kenapa dia perlu rasa terkilan.
"Kau tak perlu balas jasa aku tu Al.Aku ikhlas tolong kau." ucap Mikhail dengan nada sedikit sayu. Alisya memandang muka Mikhail yang tersenyum hambar.
"Aku tahu kau ikhlas sebab itu aku nak tolong kau.Kau selamatkan maruah aku jadi aku juga nak selamatkan maruah kau." jawab Alisya dengan senyuman manis di bibir.
".Aku ni banyak kelemahan Al jadi aku berharap kau bersabar dengan aku.Aku bukanlah seorang yang sempurna jadi aku harap kau terimalah aku seadanya seperti aku akan menerima kau." lembut sahaja suara Mikhail.
Hati Alisya berasa sejuk mendengar kata-kata Mikhail. "Aku tidak mengharap apa-apa pun kepada kau Mikhail tetapi aku harap kau bimbinglah aku ke jalan yang benar." Alisya menjawab dengan senyuman manis dibibir.
"Semoga Allah Rahmati hubungan kita ini." sehabis Mikhail berkata begitu Mereka berdua memandang satu sama lain.
Alisya tidak mampu untuk mengucap kata-kata yang terbit dihatinya kerana dia sendiri tidak faham apakah perasaan dia kepada Mikhail.Adakah dia berasa berhutang dengan Mikhail atau dia sayangkan lelaki ni sebagai seorang abangnya atau adakah ini dinamakan cinta?
Mikhail tidak berani meluahkan rasa hatinya kerana dia sendiri tidak faham apa yang hatinya ini merasai terhadap Alisya.Adakah cinta kepada seorang perempuan atau dia sayang Alisya sebagai adiknya sahaja?
Adakah terluah juga rasa hati mereka berdua atau cinta itu tidak akan terluah sampai bila-bila. Sedarkah mereka dalam hati mereka ada taman cinta?
Kalau ada yang tidak puas hati tolong...komen yer...saya budak baru nak belajar! jadi kalau ada salah silap tolong tunjukkan! Trimas and Happy New Year...untuk pembaca semua ^-^
SAKURA
Tuesday, 1 January 2013
Saturday, 29 December 2012
Sentiasa Disisiku 7
"Selamat pagi atuk." riang sekali suara Alisya menyapa Tengku Sufian yang sedang bersarapan di taman bunga itu.Pipi Tengku Sufian dikucup oleh Alisya dengan mesra.
"Amboi...cerianya cucu atuk sorang ni...ada apa-apa ker? senyuman pun makin hari makin manis" tegur Tengku Sufian yang perasan sejak akhir-akhir ni Alisya punya senyuman lain macam seperti orang angau atau nak bunyi macam puitis sikit seperti orang yang dilamun cinta.
"Ish...mana adalah atuk.Al rasa biasa jer." Tukas Alisya dengan senyuman masih dibibir. Tengku Sufian mengjongketkan sikit keningnya. "Hmm...hari ni kamu tak pergi kerja ker ?" tanya Tengku Sufian yang sudah tahu punca kenapa Alisya tidak bergerak ke pejabat lagi.
"Oh! hari ni Al dengan Mikhail kena pergi jumpa client.Sekarang Al tengah tunggu Mikhail lah.Kitaorang decide nak pergi sama-sama.Jimat sikit minyak kereta Al nanti.Hehehe" Jawab Alisya dengan senyuman yang kecil.
Tengku Sufian sudah tersenyum lebar.Nampak gayanya plan dia sudah berjaya untuk rapatkan Mikhail dengan Alisya.Sekarang dia nak tengok reaksi Alisya untuk pastikan yang cucu perempuan kesayangan dia ni betul-betul sayangkan Mikhail atau tidak.
Alisya yang sedang menyapu jem ke atas roti bakar itu diperhati dengan teliti.Tengku Sufian pura-pura membaca surat khabar yang berada di tanganya itu.
"Hmm...hati-hati sikit Al...kamu jangan rapat sangat dengan Mikhail.Dia tu lagi beberapa minggu lagi nak naik pelamin dah." dengan nada bersahaja Tengku Sufian mengingatkan Alisya.Sebaik Tengku Sufian berkata begitu.Alisya yang sedang mengunyah roti bakar itu tersedak.
Tengku Sufian sudah tersenyum melihat reaksi cucunya itu.Diperhatikan muka Alisya disebalik surat khabar itu.Nampak dengan jelas muka Alisya seperti kelat dan sedih.Tengku Sufian berdeham sedikit.
"Kamu ni Al...bila makan tu kunyahlah dulu jangan terus telan jer." tegur Tengku Sufian disebalik surat khabar itu.Alisya meneguk air susu yang dihulur oleh Tengku Sufian.
Alisya terasa seperti jantung ditikam sebaik sahaja Tengku Sufian berkata begitu.Sungguh dia terlupa yang Mikhail itu sudah mempunyai tunang.Sejak dia dan Mikhail berbaik...Alisya sudah semakin suka kepada Mikhail.Alisya meletak tapak tangannya pada dadanya.Hatinya seperti ingin menjerit pada seluruh dunia betapa sakitnya apabila teringat yang Mikhail bukan miliknya.
"Mmm...atuk...Al...nak ambil barang Al kejap." sebaik berkata begitu Alisya terus bangun dan berlari masuk ke dalam rumahnya.
Tengku Sufian sudah tersenyum kecil melihat reaksi Alisya.Telefon bimbit yang berada diatas meja itu diambil lalu dia menghubungi Ain iaitu tunang Mikhail.Tengku Sufian ada perkara ingin dibincangkan dengan gadis tersebut.
Alisya mengetap bibirnya.Nafas ditarik beberapa kali.Dia cuba kurangkan rasa sakit didadanya itu dengan menarik nafas sambil berjalan.Namun masih dirasai lagi kesakitan itu.Alisya menghempas badannya di sofa.
"Okey! aku tak sayangkan dia!aku tak cintakan dia!Dia hanya kawan aku!Dia kawan aku! Jadi kau Alisya tidak perlu rasa sedih hanya disebabkan dia akan berkahwin dengan Minah gedik tu!Aku tak sedih!Aku tak sedih! Aku hanya sakit hati sebab Ain tu nak permainkan Mikhail sahaja."
Alisya mengeluh lagi apabila hatinya masih sakit memikirkan yang Mikhail akan berkahwin dengan orang yang langsung tidak mencintainya.
'Apa patut aku buat...apa patut aku buat...aku tak nak Mikhail kahwin dengan Ain...Ain tak sayangkan Mikhail...Ain hanya ingin mempermainkan Mikhail sahaja...Mikhail dalam bahaya...Aku mesti selamatkan Mikhail...dia pernah selamatkan aku...jadi aku mesti selamatkan dia.Baiklah! aku akan bagitahu Mikhail tentang perangai buruk Ain kepada Mikhail...' bisik Alisya dalam hati.
Telefon Alisya berbunyi dan tanpa membuang masa Alisya mengangkat telefon tersebut.
"Assalamualaikum..." Alisya menjawab salam itu sebaik sahaja menjawab panggilan itu.
"Al! kau belum siap lagi ke? Aku tengah tunggu dekat luar rumah kau ni." tanya Mikhail yang sedang menunggu Alisya dalam kereta.
"Ah! aku dah siap...kau tunggulah kejap...aku dah nak keluar ni." jawab Alisya dengan gugup sedikit.Sebaik dapat kata setuju daripada Mikhail.
Dalam hati Alisya sedang menguatkan semangatnya untuk memberitahu Mikhail tentang perangai Ain.Namun sebaik sahaja masuk dalam kereta Mikhail.Hilang sudah semua semangat Alisya.
'Ayuh! Alisya bagitahu Mikhail pasal tunangnya.' Alisya menelan air liurnya.Alisya membuka mulutnya untuk menyuarakan namun Mikhail memintas kata-katanya.
"Kau tahu tak pasal hubungan Faizal dengan Mellisa?" tanya Mikhail dengan suara yang serius sahaja.Alisya terpinga-pinga sekejap dengan soalan Mikhail
"Mellisa? err...setahu aku hubungan dia dan Faizal macam adik-beradik tapi aku rasa Mellisa tu macam dah jatuh cinta dengan Faizal itu apa yang Rania cakap dekat akulah." jawab Alisya dengan kurang yakin.
Dia sendiri tidak tahu apa hubungan Faizal dengan Mellisa.Dia hanya pernah jumpa Mellisa sekali sahaja itu pun cara tak sengaja semasa dia keluar dengan Rania.Dia juga tidak akan lupa air muka Rania yang seperti kecewa.
"Aku ingat aku nak pergilah jumpa si Mellisa ni.Apa pendapat kau Al?" tanya Mikhail yang sedang memandu kereta dengan tenang sekali.
"Aku rasa kau patut nasihatkan Faizal dulu lepas tu baru kau jumpa perempuan tu." Jawab Alisya dengan tenang.Tanpa Alisya sedari dia sudah terlupa tentang Ain.
"Hmm...bagus cadangan kau tu.Nanti aku nasihatkan Faizal tu kalau tak berkesan juga nanti kita jumpa Mellisa tu okey tak?" tanya Mikhail lagi. Alisya hanya mengangguk setuju dengan cadangan Mikhail.
##################
"Hmmm...Uncle nak kamu keluar dari negara ni." ujar Tengku Sufian dengan nada suara yang serius.Ain yang berada dihadapannya itu sudah terkejut beruk.
"Apa Uncle merepek ni? Ain tak lama lagi nak kahwin dengan Mikhail lah Uncle." jawab Ain dengan suara keras.
"Uncle nak kamu keluar dari negara ni Ain.Uncle tak nak Mikhail berkahwin dengan perempuan macam kamu ni." Tengku Sufian mengeluarkan briefcase yang berisikan duit tersebut lalu diletak di hadapan Ain.
"Ambil duit ni dan berambus dari hidup Mikhail dan keluarga ni." Tengku Sufian menyandarkan badannya di kerusi empuk itu.Mata Ain sudah bersinar melihat duit yang berada di hadapan matanya itu.
"Uncle...gila ker...ingat Ain ni mata duitan." mata Ain masih lagi pada duit itu sewaktu dia mengeluarkan kata-kata itu.
Tengku Sufian yang melihat tingkah Ain itu sudah tersenyum sinis.Ditutup briefcase itu lalu mengeluarkan sampul surat berwarna coklat dan dihulur kepada Ain.
Ain mengambil sampul surat itu dan didalam itu terdapat gambarnya dengan lelaki di club malam.
"Apa kata kamu ambil duit ni dan keluar dari negara ni ataupun kamu nak Uncle hantar gambar ni kepada papa kamu dan Uncle rasa papa kamu akan pastikan hidup kamu merana sebaik sahaja dapat gambar ni.Jadi sila buat pilihan.Ambil duit ni dan keluar dari negara ini ataupun kamu nak hidup merana ."
Tengku Sufian sudah tersenyum sebaik sahaja Ain mengambil duit tersebut.Ain memandang Tengku Sufian dengan riak yang penuh benci lalu keluar dari rumah agam tersebut.
Tidak lama lagi Mikhail dan Alisya akan bersatu.Tengku Sufian pasti yang cucu-cucunya itu akan bahagia dengan apa dia rancangkan ini.
Maaf sebab lambat update cerita ni...hehehe sibuk bercuti sahaja...hehehe

Tuesday, 20 November 2012
SENTIASA DISISIKU 6
“Awak….kenapa Alisya ada dekat sini juga?” tanya Faizal dengan nada tidak puas hati. Rania mengjungkitkan bahunya.Faizal memandang tunangnya yang sedang merendam kaki di dalam sungai itu.
“Rania jangan cakap awak yang ajak Alisya ikut sekali kita pergi berkelah?” Faizal mula mengesyaki Rania yang mengajak Alisya mengikut mereka berkelah.
“Mana ada.Saya tak ajak Al okey.Abang saya yang ajak bukan saya.Jadi jangan nak tuduh saya pula.” Rania sudah memuncungkan mulutnya apabila Faizal menyoalnya dengan pelbagai soalan.
“Relakslah awak…bukannya abang saya dengan Al tu nak buat apa-apa pun.Diorang tengah memanggang ayam jer bukannya buat apa-apa pun.” Tambah Rania apabila melihat Faizal seperti tidak berpuas hati.
“Tapi…saya tak suka diorang rapat sebegitu.Mikhail tu tunang orang bukannya bujang.” Faizal mengeluarkan hujahnya..
“Bosanlah! Dengar statement yang sama jer dari semalam.Apa masalahnya abang saya tu tunang orang atau bujang sekali pun.Tak ada dalam undang-undang kan yang bahawasanya lelaki yang sudah bertunang tidak boleh berkawan dengan perempuan kan?Saya tak ada pun halang awak dari berkawan dengan Mellisa tu.Awak dengan Mellisa tu lagi rapat.Selalu keluar bersama-sama tapi saya tak marah pun sebab saya tahu awak dengan Mellisa tu hanya kawan. Samalah macam abang saya dengan Al tu.Diorang hanya kawan sahaja.” Ujar Rania dan dalam masa yang sama dia menyindir Faizal sebenarnya. Faizal tergamam apabila Rania tiba-tiba sahaja menyebut nama Mellisa.
“Awak cemburu ker kalau saya keluar dengan Mellisa?” tanya Faizal sambil melihat perubahan wajah Rania yang sudah mencebik sedikit. “Tak adalah…mana saya cemburu buat apa saya nak cemburu.Awak dengan dia kan kawan baikkkk……” saja jer Rania menekan perkataan baik itu.
Dah tahu aku tak suka dia keluar dengan perempuan gedik tu tapi dia tetap nak keluar.Eleh…kalau kawan baik sekalipun tak kan Mellisa tu tak tahu yang Faizal tu ada tunang.Ada jugalah dua tiga kali Faizal menolak pelawaannya untuk keluar semata-mata Mellisa yang mengajaknya dahulu.Sakit hati memang tak terkatalah.Tapi didiamkan sahajalah.Malas nak cari gaduh. Faizal mengetap bibirnya.
“Saya dengan Mel tu cuma kawan sahajalah.Mana ada apa-apa.Awak tak payahlah nak cemburu.” Ujar Faizal dengan lembut. “Hmmm…macam tu jugaklah hubungan abang saya dengan Alisya.Diorang hanya kawan sahaja.Tidak lebih daripada itu jadi awak boleh tak biarkan Al dengan abang saya tu berkawan.Jangan nak merungut dengan saya yang diorang tak boleh kawan atau diorang tak boleh keluar bersama-sama.Faham!” tegas Rania.Faizal hanya mengangguk faham.
“Al…kau minat tengok cerita hantu tak?” tanya Mikhail. Alisya tersenyum mendengar pertanyaan Mikhail. “Minat tu minatlah tapi kena tengok ramai-ramailah baru tak rasa takut.” Jawab Alisya sambil tangannya lincah memusingkan ayamnya ke depan dan ke belakang.
“Ohh… kiranya kau ni penakutlah jugak kan?” tanya Mikhail dengan senyuman terukir dibibir. “Haah. Aku ni penakut jugaklah.Tapi ada satu cerita hantu jer yang aku rasa hantu tu romantik.” Alisya tersenyum melihat dahi Mikhail yang sudah berkerut seribu itu.
“Hantu apa? Setahu aku mana ada hantu romantic.Semua hantu menakutkan.” Alisya tertawa kecil melihat Mikhail yang sedang berfikiran panjang itu. “Kau pernah tengok cerita Kekasihku Seru tak?” tanya Alisya kepada Mikhail.Mikhail mengangguk . “Aku pernah tengok cerita Kekasihku Seru tu tapi mana ada hantu romantic.Semua hantu dalam cerita menakutkan.Sampai aku rasa tak sanggup nak tengok sorang-sorang.” Jawab Mikhail dengan jujur.Alisya senyum.
“Waris tu romantic apa.Cuba kau tengok time waris panggil Marisa.Aku rasa sweet sangat. Mas….ke mari Mas… lembut jer suara Waris panggil Marisa sampai aku pun boleh tergoda dengar suara dia.Nasib baik iman aku kuat kalau tidak mahunya aku cium Tv tu bila tengok Waris senyum dekat Marisa ooohhhhh…so sweet.” Alisya sudah meletakkan tangannya di dada sambil terkenangkan Waris pujaan hatinya itu.
Tercengang Mikhail mendengar pengakuan Alisya. Hantu macam Waris tu pun dia boleh jatuh cinta ker? Pelik betullah minah ni.Bukannya kacak pun si Waris tu.Aku tengok muka Waris tu sampai meremang bulu roma aku.Buruk sangat!
“Haish…apa hal pelik sangat cita rasa kau ni Al.Semalam Karam Singh Walia tu yang jadi pak we kau.Hari ni Waris si hantu tu yang kau rasa romantic??!!! Muka si Waris tu .Ya Allah! Buruklah yang amat.Nak kata kau buta.Aku tengok kau boleh jalan macam orang ada mata.” Selamba Mikhail mengkritik cita rasa Alisya terhadap lelaki.
“Hoy! Jangan kau kutuk Waris aku okey.Pada kau dia mungkin buruk tapi bagi aku Waris tu romantic tapi sayang dia hantu kalau Waris tu manusia.Perghhh… memang aku yang first akan ngorat dia tau.”semangat Alisya mempertahankan kekasih hantunya itu.
Mikhail mencebik.Meluat pula Mikhail dengan si Waris itu.Hantu pun boleh pikat hati si Alisya.Apa kes?Aku ni tak naklah pula dia puji. bentak Mikhail dalam hati. Tanpa Mikhail sedar dia ingin Alisya memuji dia seperti Alisya memuji Waris.Dia ingin menjadi orang pertama dalam hati Alisya.
“Nak kata kau tak betul aku tengok kau okey jer.Wayar apa yang tercabut dalam otak kau pun aku tak tahu.Pelik betul kawan aku seorang ni.” Keluh Mikhail sambil memandang pelik ke arah Alisya. Alisya hanya tersengih ala-ala kerang busuk. “Nak buat macam mana kan?Hati aku dah terpaut dekat diorang.Aku pun tak pasti sama ada otak aku ni betul ke tak.Rania pun kata aku ni sewel bila syok dekat si Waris tu. Mikhail, aku nak tanya sesuatu boleh tak?” Mikhail memandang Alisya dengan pelik apabila Alisya meminta kebenarannya untuk bertanya .
“Tak payahlah nak minta kebenaran aku.Kalau kau rasa nak tanya,tanya jelah.Kalau aku boleh jawab aku jawablah tapi kalau aku rasa perkara yang kau tanya tu sensitif aku cubalah mengelak. Hehehe.” Sebaik mendapat kebenaran daripada Mikhail. Alisya terus mengeluarkan soalannya. “Kenapa kau setuju untuk bertunang dengan Ain?” Alisya sudah mengigit bibirnya apabila dirasakan dia tidak patut menanyakan soalan tersebut. “Aku bertunang dengan Ain sebab mama.Walaupun hati aku memberontak nak putuskan pertunangan ini tapi bila aku teringat dekat mama,aku batalkan niat aku dan cuba menerima Ain itu dengan sebaik mungkin.” Mikhail memandang Alisya dengan senyuman hambar.
“Mesti kau fikir aku ni anak mak kan?” tanya Mikhail kepada Alisya. “Mestilah kau anak mak kalau tidak kau anak apa?Anak beruk?” tanya Alisya dengan selamba.
Terburai ketawa Mikhail dengan pertanyaan spontan Alisya. “Aku hairanlah apa yang nak dimalukan kalau anak lelaki jadi anak mak? Bagi aku lelaki yang menyayangi ibunya menunjukkan bahawa lelaki itu mampu menyayangi isterinya dengan penuh kasih sayang.Susah wooo… nak cari lelaki penyayang zaman sekarang ni.Sekarang ni banyak lelaki yang jenis pakai ayat manis jer lebih.Kononnya nak bagi bintang,langit dan bulan lah tapi tak juga masuk meminangnya.Cakap jer lebih.” Alisya tanpa segan silu meluahkan ketidak puasan hatinya.
“Eh! Aku memang seorang yang penuh kasih sayang pun.Kau tak bagitahu pun aku dah lama tahu.” Alisya pura-pura tersedak mendengar ayat poyo Mikhail.
“Ya Allah! Perasannya mamat sebelah aku ni…malang betul siapa yang kahwin dengan kau ni Mikhail.Dalam sehari isteri kau mesti kena dengar ayat tak boleh blah kau tu.” Tergeleng-geleng Alisya yang melihat perangai Mikhail yang satu ni.
“Alah…bukannya ada nak puji aku pun jadi terpaksalah aku puji diri sendiri.Cuba kau puji aku sekali sekala.Mesti aku tak akan puji diri sendiri dah.” Jawab Mikhail dengan senyuman nakal. “Hmm…tengoklah nanti kalau mood aku baik.Aku pujilah kau yek…”ujar Alisya dengan muka bosan. “Haa… itu barulah kawan namanya.” Ucap Mikhail sambil menepuk bahu Alisya dengan senyuman yang lebar.”

Saturday, 6 October 2012
Sentiasa Disisiku 5
“Sihat Al?” tanya Tengku
Sufian kepada cucunya yang sedang duduk ditaman bunga tersebut. “Sihat
tuk.Kenapa atuk tanya Al sihat ke tak?” tanya Alisya apabila dirasa pelik pula
Tengku Sufian menanya tentang kesihatannya.
“Yelah…kamukan dah seminggu duk
rumah Rania.Jadi tuk tanyalah kamu sihat ke tak manalah tahu si Rania tu buli
kamu ker.” Canda Tengku Sufian membuahkan senyuman Alisya. “Atuk ni…ada ke situ
pula.Rania tu kawan baik Al lah tuk.Mana mungkin dia buat macam tu dekat Al.”
Ujar Alisya dengan senyuman manis.
Tengku Sufian menarik nafas lega dan
ditebarkan matanya ke pemandangan yang warna-warni itu.Berbagai bunga ditanam
oleh isterinya sehingga menjadi taman bunga yang indah sekali.Gazebo yang
terletak tidak jauh dari mereka diperhatikan.Di Gazebo itu terdapat sebiji
piano yang biasa dimainkan sewaktu masa lapangnya dan kalau bukan Tengku Sufian
yang bermain mesti Mikhail akan menyentuh piano itu.Rumah agam sebiji itu
dipandang.Di dalam rumah agam itu diduduk oleh anak-anaknya dan begitu juga
dengan dia.Sebelah kanan rumah agam itu terdapat rumah dua tingkat yang didiami
oleh Alisya.Manakala sebelah kiri rumah agam itu didiami oleh pembantu rumah
yang sebanyak 15 orang.Kawasan ini adalah hak milik Tengku Sufian dan kalau
diperhatikan hanya keluarga Tengku Sufian sahaja yang duduk disini.
Alisya yang sedang
mengelamun dipandang dengan penuh kasih sayang.Kesian cucunya yang seorang
ini.Dari kecil Alisya tidak pernah dimanjakan dengan kemewahan dan hanya duduk
di persekitaran kampung. Arwah Tengku Khalifah iaitu bapa kepada Alisya tidak
pernah memanjakan Alisya begitu juga dengan
arwah ibu Alisya.
Tengku Sufian tahu Tengku Khalifah tidak berapa suka
dengan perangai adik-beradiknya yang lain yang suka memanjakan anak-anak dengan
kemewahan sampai bongkak dengan orang lain dan disebabkan itu anaknya itu
membawa Alisya jauh dari kemewahan ini dan digantikan dengan hidup sederhana
dan persekitaran kampung dengan harapan Alisya tidak bongkak atau berlagak
dengan kemewahan yang dia miliki.Selepas anaknya itu meninggal barulah dibawa
Alisya datang ke sini dan ternyata didikan Tengku Khalifah sungguh berkesan
walaupun Alisya dicaci atau dimaki oleh sepupunya yang lain kerana berpakaian
kolot dan seperti orang kampung, Alisya hanya senyum sahaja.
Alisya berbudi kepada
orang yang lebih tua daripadanya.Tidak pernah meninggikan suaranya apabila
bercakap dengan orang yang lebih tua darinya.Walaupun mak-mak saudaranya
seperti membencikan Alisya tetapi Alisya tidak kisah.Tetapi Tengku Sufian
hairan kenapa anak gadis ini mudah terasa dengan cucunya yang lagi satu iaitu
Mikhail.Pantang bertemu mesti berkelahi.Bergaduh seperti masalah besar tetapi
sebenarnya ia hanya masalah kecil sahaja.Cepat sungguh baran Alisya naik bila
melihat Mikhail.
“Tuk,kenapa pandang Al
macam nak tembus ni?” tanya Alisya dan secara tidak langsung mengejutkan
atuknya dari lamunannya.
“Tak ada apalah Al.Saja jer atuk nak pandang muka kamu
yang macam King Kong tu.” Selamba dog! Sungguh Tengku Sufian berkata
begitu.Terbelalak biji mata Alisya mendengar kutukan atuknya.
“Atuk ni…ada pula
cakap macam tu dekat Al.Ni mesti tersampuk dengan jin Mikhail ni sampai panggil
Al King Kong.” Cebik Alisya dengan manja.
“Maafkan mak-mak saudara kamu tu yer Al…atuk
tahu kamu terasa bila diorang mengata kamu tapi tabahlah cu…Insya-Allah akan
ada kebahagiaan menunggumu disatu masa nanti.” Al terperanjat sedikit mendengar
kata-kata Tengku Sufian.Dipandang muka atuknya dengan senyuman manisnya
“Tak
apa tuk…Al tak terasa pun dengan kata-kata mereka.Dah lali dengan cemuhan
masyarakat.” Jawab Alisya dengan wajah yang tenang.Sejuk sedikit hati Tengku
Sufian mendengar bicara cucunya itu.
Alisya yang sedang sibuk
memerhati bunga ditaman dikejut dengan lembaga yang muncul dihadapannya. Alisya
berasa tidak sedap hati apabila melihat wajah lembaga itu seperti ingin
menerkam dia disitu juga.
Ain memerhati Alisya
dengan pandang benci campur menyampah. “Ain…apa khabar?” ujar Alisya dengan lembut.Lagi
bertambah meluat Ain apabila mendengar suara Alisya itu.
“Eh! Perempuan kampung
macam kau ni memang tak tahu malu ek?” sinis sekali suara Ain apabila bertanya
kepada Alisya.Alisya mengerutkan dahi.Tidak faham dengan pertanyaan Ain.
Ahhh…sudah…apa pula
perempuan ni melalut…Aishh..aku dah rasa tak sedap hati ni…nak kata aku pernah
mengutuk dia tak kanlah kut sebab aku kalau mengutuk dia selalunya dalam hati. monolog
hati Alisya.
“Apa maksud Ain?”
terpaksalah juga Alisya bertanya kalau tidak mahu pecah kepala dia berfikir
kenapa perempuan dihadapan dia ni sesedap mulut menghina dia.
“Buat-buat tak tahu
pula.Hei! kau ingat aku tak nampak ker hah!Kau dengan Mikhail keluar
bersama-sama.Untuk pengetahuan kau…Mikhail itu hak milik aku…dia tu tunang aku
jadi kau jangan nak menggatal nak merampas Mikhail dari aku.Sedarlah sikit diri
tu…pakaian dah lah kolot macam perempuan kampung…Ada hati nak berdamping dengan
Mikhail!” jari telunjuk Ain sudah menunjal-nunjal kepala Alisya.
Alisya menepis
jari itu.
“
Cik Ain…boleh menghina
saya apa jer tapi jangan sesekali nak menunjal kepala saya.” Marah Alisya
dengan nada tertahan-tahan. Ain tersenyum sinis.
“Perempuan macam kau ni
patut dilempang jer.” Ain ingin menampar Alisya namun sempat ditahan oleh
Alisya. Dari situ tanpa memandang ke arah Ain.Alisya bersuara.
“Kalau cik Ain sayangkan
Mikhail.Saya nasihatkan cik Ain jaga dia elok-elok.Kalau tidak saya tak akan teragak-agak nak rampas dia dari cik
Ain.”
Sebaik berkata begitu
Alisya masuk ke rumahnya.Sebaik pintu ditutup mencicir Alisya lari naik ke
biliknya.
Ya Allah! Malunya…macam
mana aku boleh cakap macam tu…eiii…bengaplah kau ni Al…
Membahang muka Alisya
apabila mengingati apa yang keluar dari mulutnya tadi.Alisya menekup mukanya
dengan bantal.Lalu menjerit sekuat hati.
“Fuh…relaks Al…relaks…tiada
sesiapa pun yang dengar kau ucap kata-kata tu kecuali minah poyo tu…okey…relaks…tarik
nafas…hembus…” sebaik mengingati kata-kata itu semula.Muka Alisya bertukar
menjadi merah.
“Arghhh…malunya…” Alisya
sudah mengetuk kepalanya.
“Al,esok jom pergi berkelah dengan aku?” tanya
Mikhail dengan teruja.Alisya tersenyum sebaik mendengar suara teruja Mikhail yang mengajaknya berkelah.
“Hmm…Rania ikut tak
Mikhail? Kalau dia tak ikut aku tak naklah nanti tak pasal-pasal tunang kau
serang aku.Hah! tak sempat aku nak mengucap nanti.” Gurau Alisya dengan Mikhail.
Kedengaran
ketawa kecil Mikhail diseberang sana. “Mestilah Rania ikut! Dia yang cadangkan
kita pergi berkelah.Jadi kau nak ikutlah ni?” tanya Mikhail lagi.
“Nak!nak!
nak!pukul berapa nak pergi?” Mikhail ketawa kecil apabila mendengar suara
Alisya seperti budak kecil.
“Dalam pukul 6.00 pagi okey tak? Kau masakan
lah mihun goreng Al.Teringin pula nak makan air tangan kau.” Permintaan Mikhail dipertimbangkan oleh Alisya dan
dengan sekejap sahaja Alisya bersetuju.
“Mikhail selain kita siapa
lagi ikut?” tanya Alisya yang inginkan kepastian berapa ramai yang akan
mengikuti mereka.
“Mmm…Rania,aku,kau,Faizal. Aku rasa tu jelah.Al,kau tengah
buat apa tu?” tanya Mikhail seperti tidak ingin meletakkan telefon bimbitnya .
“Aku tak buat apa-apa pun.Tengah tengok pak we aku dalam Tv ni hah…” jawab
Alisya dengan selamba.Mikhail yang sedang duduk di sofá sudah berdiri tegak.
Pak we??? Sejak bila pula
minah ni ada pak we ni. Pak we dia pelakon ker? Aishh…tak boleh jadi …tak boleh
jadi.
Mikhail duduk semula dan
berdeham sekejap cuba mencari suaranya yang hilang selepas mendengar pengakuan
Alisya. “Siapa
pak we kau Al? Tak pernah pun aku tahu kau ada pak we.” Debaran hati Mikhail
sudah tidak terkawal menunggu soalannya dijawab oleh Alisya.
“Hihihi pak we aku
tengah baca berita dekat Tv tiga tu.Cuba kau tengok berita tu sekarang.”
Mikhail yang mendengar kata-kata Alisya
terus menukar saluran Tv
3.Muka Karam Singh Walia sedang menyampaikan
berita.
Terlopong mulut Mikhail apabila dia tahu dia sudah terkena dengan
Alisya. “Al! banyaklah kau punya pak we.Kau kenakan aku kan!” Alisya ketawa
mendengar suara marah-marah manja Mikhail.
“Pak we aku ada satu jelah
Mikhail.Bila masa pulak banyak.” Ujar Alisya yang masih ingin mengenakan
Mikhail. “Aish…sejak bila jadi nakal ni.Suka betul dia kenakan orang yer…”
Mikhail sudah senyum walaupun suara dia serius sahaja.
“Laaa…sejak kenal dengan
Tengku Ryan Mikhail lah si Alisya Khairina menjadi kaki mengusik. “ seloroh
Alisya dengan Mikhail.Pecah ketawa mereka berdua.Suasana senyap sebantar.
“Al…” seru Mikhail dengan manja.Alisya sudah terpaku dengan
suara manja Mikhail.Diteguk air liurnya banyak kali. “Al…kau masih ada dekat sana ker?” tanya Mikhail
dengan suara yang manja.
“Aaaa….aaa…aku masih ada kat sini.” Tergagap Alisya
menjawab pertanyaan Mikhail.Mikhail sudah tersenyum kecil apabila mendengar
suara Alisya yang sudah tergagap.Mikhail tahu Alisya gugup apabila mendengar
suaranya yang berlainan.
“Mikhail…aku…aku nak tidur dululah.Dah lambat ni nanti
aku bangun lambat pulak esok!” pamit Alisya lalu meletak telefon bimbitnya
tanpa menunggu salam Mikhail.
Alisya dapat rasa pipinya
memerah.Adui apa hal nak rasa malu sangat ni.Sengal lah kau Al.Orang tu
bukannya cakap apa-apa pun setakat seru nama kau jer…adui rasa macam tindakan
kurang matang pula bila kau letak telefon tu tanpa beri salam nampak aku ni
gabra tahap cipan pula.Apalah Mikhail fikir dengan tindakan aku tadi.
Mikhail memandang telefon
bimbitnya lalu dia tersenyum kecil dengan perangai kelam kabut Alisya.Baru aku
usik dia sedikit dah gelabah tahap cipan.Ni kalau aku usik lebih ni confirm
terus pengsan. Hehehe.
Mikhail melepaskan ketawa
kecil.Rania yang baru pulang dari kerja memandang abangnya yang tiba-tiba
ketawa.Haih…tak akan abang aku ni gila kut tiba-tiba jer gelak
sorang-sorang.Pagi tadi sihat jer aku tengok.
Rania hanya mampu
menggeleng kepala melihat perangai abangnya itu dan disebabkan rasa penat terus
dia naik ke atas tanpa menghiraukan abangnya itu.Untuk mandi dan tidur.Dia
perlu merehatkan badannya yang letih tahap maksima dah.
Friday, 14 September 2012
Sentiasa Disisiku 4
SEMINGGU KEMUDIAN…
Alisya hanya termenung
sejak dari tadi itulah hobinya sejak duduk dirumah ini. Sudah seminggu dia
duduk di sini dan dia baru tahu betapa baiknya lelaki yang bernama
Mikhail.Setiap hari Mikhail akan datang menjenguknya dan sanggup lelaki itu
duduk dirumah lain semata-mata kerana dia.Rasa bersalah juga mula timbul dalam
hati kerana dia juga Mikhail dan Rania terpaksa berbohong kepada orang lain
terutamanya Mikhail.
Seperti dia mengajar lelaki itu untuk menjadi jahat
pula.Hatinya pula sejak dari tadi tidak aman.Hari ini keputusan akan
keluar.Sejak seminggu juga dia tidak berganjak dari atas tikar sejadah memohon
kepada Allah supaya tabahkan hati dia untuk menempuhi dugaan ini.
Pintu kereta dibuka dari
luar.Alisya memerhati Mikhail yang sudah
tercegat dihadapan pintu kereta.Muka Mikhail seperti tenang sahaja dan Alisya
cuba tersenyum walaupun susah tetapi dia tidak mahu tunjukkan kegelisahannya.Sewaktu
mereka berada di tangga klinik Rania,Mikhail menahannya.
“Al…apa-apa pun
keputusannya kau tabahkanlah hati kau.Dan aku minta maaf kalau aku terlambat
untuk selamatkan kau.”Mikhail memandang Alisya dengan pandangan serba salah.
“Kita tak tahu lagi Mikhail
keputusannya.Kalau betul yang aku sudah hilang kesucian aku itu tidak bermakna
ianya salah kau.Aku dah cukup bersyukur sebab kau sudi datang menolong aku.”
Alisya tahu kata-katanya semua lahir dari hati .
Dia tidak akan salahkan Mikhail
kerana Mikhail yang selamatkannya.Mikhail menarik nafas begitu juga dengan
Alisya.Berdebar-debar hati Alisya. Tangan Alisya sudah berasa sejuk walaupun
suasana panas.Jantung berdegup dengan pantas sekali.
Langkah dibuka juga
walaupun pada hakikatnya dia tidak mahu memasuki klinik tersebut tetapi
diagahkan juga kakinya melangkah.
Keputusan yang diterima
sangat melegakan Alisya.Alisya berasa seluruh dunianya kembali cerah.Mikhail
tersenyum melihat senyuman yang tidak lengkang dari bibir mungil Alisya. “Nasib
baik kau melawan mamat tu Al kalau tidak apalah yang akan terjadi.” Ucap
Mikhail dengan rasa sedikit bangga dengan kebolehan Alisya mempertahankan
dirinya.
“Hmm…tetapi apa-apa pun aku kena ucap terima kasih dekat kau kalau kau
tak datang selamatkan aku Mikhail, aku tak tahu apa akan terjadi pada
aku.Terima kasih Mikhail. Aku betul-betul terhutang budi dengan kau.” Ucap
Alisya dengan nada sebak.Dia tersentuh dengan keikhlasan Mikhail yang
menolongnya.
Mikhail hanya tersenyum membalas ucapan Alisya. “Aku nak balik jumpa
atuk.Entah kenapa aku rasa nak sangat jumpa atuk.” Ujar Alisya dengan riang.
“Okey.Kita boleh pergi sekarang kalau kau nak?” pelawa Mikhail.Alisya memandang
ke arah Mikhail lalu digelengkan kepalnya. “Thanks but no thanks. I want to go home first and pack my stuff so you
can move back into your house.” Alisya menerangkan perancangannya kepada
Mikhail.
Mikhail mengangguk mendengar perancangan Alisya. “Baiklah kalau itu
yang kau nak aku hantar pergi rumah Rania dulu.Lepas tu kalau kau nak apa-apa just call me.” Sebaik berkata begitu
Mikhail menghantar Alisya pulang ke rumah.
Alisya mengemas
barang-barangnya yang dia beli sewaktu berjalan-jalan dengan Mikhail. Ketika Alisya
berada di dapur dia melihat banyak bahan mentah di dalam peti ais.Kepalanya
mula muncul satu idea untuk menunjukkan yang dia menghargai jasa kedua adik
beradik ini. Alisya menghubungi Rania.
“Assalamualaikum Rania.Ni aku Al.Wei,
malam ni kau tak payah makan luar ek?” kata Alisya sebaik sahaja salam dia
berbalas. “Kenapa pula?” tanya Rania dengan nada hairan. “Hari ni aku nak masak
untuk korang berdua.Kau dan Mikhail.” Gembira sahaja nada suara Alisya.Rania
yang berada di hujung talian sudah tersenyum lebar.
“Eh,aku okey jer.Dah lama
juga aku tak merasa kau punya masakan.” Teruja betul Rania dengan rancangan
Alisya. “Okeylah kalau kau setuju. Assalamualaikum…aku nak telefon abang kau
pula.” Sebaik berbalas salam Rania meletak telefon bimbitnya diatas meja.
Rania tersenyum senang.
Sedang Rania mengelamun ada seseorang
menegurnya. “Amboi…mengelamun… jauhnya sampai saya dekat sini pun awak tak
sedar yer…ingat dekat kekasih gelap mana tu? Tanya Faizal dengan nada
menyindir.
Rania hanya tersengih macam kerang busuk. “Saya tak ingat dekat
sesiapalah awak cuma…” sengaja Rania meleretkan suaranya kerana ingin melihat
cebikan tunangnya.
“Cuma apa? Saya dekat sini awak boleh buat tak tahu jer.”
Cebik Faizal.Rania ketawa kecil apabila jangkaanya mengena.
“Cuma saya teringat
dekat abang saya.” Selepas Rania berkata begitu Faizal mengerutkan dahinya.
“Kenapa dengan Mikhail?” tanya Faizal yang berasa pelik apabila melihat
senyuman misteri tunangnya.
“Awak tahu tak sekarang abang saya dengan Al dah
berbaik.Tak ada gaduh-gaduh dah setiap kali berjumpa.Diorang macam sebululah
sikit.Awak tahu tak ada satu hari tu abang bawa Al keluar sampai malam baru
balik.Awak macam tak tahu abang saya tu macam mana orangnya.” Riak terkejut
tidak dapat disembunyikan oleh Faizal kerana berita ini sesungguhnya
mengejutkan.
Dia sangat kenal dengan perangai Mikhail yang tidak suka
berjalan dan lebih suka menghabiskan masanya dengan kerja di pejabat. “Maksud awak yang satu hari dia ghaib tu dia pergi dating dengan Al?”tanya Faizal dengan
nada yang tidak percaya. “Yup! Diorang keluar sama-sama.” Senyuman Rania
semakin melebar namun senyuman terus mati sebaik shaja dia melihat muka Faizal
yang sudah berubah serius.
Rania menelan air liurnya.Takut dengan pandangan
tajam dari Faizal. “Mikhail tak patut melakukan perkara sebegitu.Awak
sepatutnya melarang abang awak tu keluar dengan Al!Abang awak tu bukan bujang
tetapi tunang orang.” keras sekali nada suara Faizal.
“Tapi saya rasa abang dan
Al tu sesuai sangat.Lagipun perempuan yang bergelar tunang kepada abang saya tu
tak layak digelar tunang pun.Setiap hari tukar pasangan macam tukar baju.Dia
ingat dia boleh memperbodohkan abang saya.Itu yang awak panggil tunang abang
saya.Abang saya akan lebih bahagia dengan Al.” Bentak Rania.
“Walau apa pun Mikhail tidak boleh curang dengan Ain! Ain tu
tunang dia dan lagi satu saya tak suka awak rahsia perkara ini daripada abang
awak.Awak sepatutnya cuba nasihatkan Ain supaya insaf bukannya buat tidak tahu
sahaja. Awak tak patut membiarkan Mikhail keluar dengan Al.Walaupun Ain curang
dengan Mikhail tidak semestinya Mikhail boleh mencurangi Ain.Kalau awak tak nak
bagitahu Mikhail, baik saya sahaja yang bagitahu dia tentang Ain!Mungkin
Mikhail boleh menyedarkan Ain apa yang dia lakukan itu salah.Awak tak fikir
pada kemungkinan itu Rania?” tanya Faizal dengan tegas. Rania mengigit
bibirnya.
Ya! Apa yang Faizal katakan itu sangatlah masuk akal tetapi
Rania tetap merasa yang Alisya sahaja layak untuk abangnya bukan Ain.Dia suka
akan perwatakkan Alisya yang kasar tetapi masih ada lembutnya.Sopan-santun,baik
hati dan Rania pasti Alisya boleh membahagiakan Mikhail.
Tetapi tidak Ain kerana
Ain dari dulu sampai sekarang tidak pernah berubah!Ain yang dulu dan sekarang
sama sahaja.Suka berpeleseran dan kehidupannya begitu sosial.Abangnya tidak
perlukan isteri yang begitu.
Apabila Faizal bangun untuk melangkah pergi,Rania menghalang
perjalanan Faizal. “Kalau awak sayangkan saya,Faizal.Tolong jangan bagitahu
abang saya tentang perkara ini.Bila tiba pada masanya saya akan bagitahu
padanya sendiri.” Rayu Rania dan Faizal hanya memandang Rania. “Baiklah.Saya tak
akan bagitahu Mikhail.” Faizal menyatakan persetujuannya.Rania menarik nafas
lega. “Tapi ini tidak bermakna saya akan biarkan perkara ini berlalu begitu
sahaja.Kalau saya rasa saya patut memberitahu Mikhail tentang rahsia ini saya
tak akan teragak-agak untuk memberitahu.Abang awak tu adalah kawan baik saya
dan saya tak suka berahsia dengan dia.” Sebaik berkata begitu Faizal berlalu
dari situ.
Rania mengeluh lalu dia menggeleng kepalanya.Kenapalah Faizal
tidak nampak apa yang dia nampak yang bahawa Ain itu tidak layak berdamping
dengan abangnya.Hanya Alisya yang sesuai untuk abangnya.
Alisya sudah siap memasak.Dia sangat berpuas hati dengan
masakannya.Sementara menunggu kepulangan Rania dan Mikhail.Alisya membersihkan
dirinya dahulu.Selepas bersiap memakai baju kurung pemberian Mikhail,Alisya
bergerak ke bawah.Dari memasak sehingga kini hatinya berasa riang sekali.
Alisya terdengar enjin
kereta dimatikan dan sepantas sekilat dia membuka pintu rumah.Mikhail sudah
berada di hadapan pintu pagar. “Assalamualaikum Al.” Dengan lembut Alisya
membalas salam Mikhail.
“Masuklah.Tapi kau kena duduk dekat kawasan taman rumah
ni jelah sebab Rania tak pulang lagi.Nanti tak manis pula orang tengok.” Ujar
Alisya sambil membuka pintu pagar.
“Tak apa Al aku faham.Wei betul ke hari ni
kau masak?” tanya Mikhail dengan senyuman nakal.Alisya mengangguk dengan
bangga.
“Apa
ingat kau sorang jer pro dalam
bab-bab masakan ni.Aku pun pandailah.” Jawab Alisya dengan senyuman lebar. “Hek
eleh…poyolah kau minah.Baru masak sikit dah perasan pandai.” Mikhail tersenyum
sinis.
Alisya melihat senyum itu hanya menjeling tajam ke arah Mikhail. “Hmph!
kau tengoklah nanti.Kau makan nanti confirm
bertambah-tambah sehingga menjilat jari nanti.Silap hari bulan pinggan-pinggan
pun kau jilat.” Perli Alisya kepada Mikhail.Mikhail hanya ketawa apabila
mendengar rungutan Alisya.
“Alah…janganlah marah Al.Aku gurau jer.Tapi kalau
tak sedap aku akan kutuk kau habis-habisanlah.Kalau sedap aku senyap jelah
yer…” seloroh Mikhail. “Amboi….kenapa bila tak sedap kau nak kutuk aku kaw-kaw
tapi bila sedap kau diam,tak akan tak nak puji masakan aku yang sedap tu.” Ujar
Alisya dengan nada tidak puas hati.
“Tak nak…nanti aku puji lebih-lebih kau
sibuk pula perah santan dekat dapur nanti.” Sindir Mikhail.Alisya mengetap
bibirnya.Geram betul dia dengan Mikhail yang tidak habis-habis mengusik
dirinya.
“Apa-apa jelah Mikhail.Pening betul aku layan kerenah kau ni.” Ujar
Alisya. “Hmm…lawa baju kurung ni.Sepadan dengan kau.Ish…ish…siapalah orang yang
pilih baju ni?” tanya Mikhail dengan nada usikan. Alisya yang blur sekejap
dengan pujian Mikhail. “Laaa…kaulah yang pilih.” ucap Alisya dan sebaik ucapan
itu keluar dari mulutnya barulah
Alisya faham kenapa Mikhail bertanya
begitu.Mikhail ketawa. “Terima kasih Al atas pujian kau terhadap aku.” Sengihan
Mikhail melebar.Alisya menepuk dahi.Aduh macam manalah dia boleh tertipu. “Haish asyik kenakan aku jer
kerja kau.” Dengus Alisya.
Kalau dulu mungkin Alisya akan melawan balik semua kata-kata
Mikhail tetapi tidak sekarang.
Alisya lebih suka mengalah dan mengambil setiap
patah perkataan Mikhail itu dengan serius tetapi tidak sekarang kerana baru dia
faham bahawa selama ini sindiran Mikhail hanyalah satu gurauan bukanlah satu
penghinaan.Alisya rasa Mikhail juga sudah pandai senyum apabila berada
berdekatan dengan Alisya.Dia sangat selesa dengan Mikhail sekarang ni walaupun
dia tahu yang Mikhail sebenarnya tidak berubah langsung cuma tanggapan dia
terhadap Mikhail sahaja yang berubah.
Mikhail perasan akan perubahan Alisya yang
menerima gurauan kasarnya.Dia bukanlah pandai sangat dalam bab-bab bergurau ni
semua.Gaduh pun gaduh kecil-kecil sahaja dan tak lama kemudian Mikhail dan
Alisya akan berbaik semula. “Mikhail kalau kau tak nak puji masakkan aku pun at least
tunjuklah thumbs up ek?” pujuk Alisya kepada Mikhail.
Mikhail
mengusap-usap dagunya seperti memikir masalah yang besar sahaja siap dengan
kerutan dahi lagi. Dalam kurang 10 minit Mikhail bersuara “Yelah…” ringkas
sahaja jawapan Mikhail.Alisya terlompat sedikit. “Yeay…terima kasih…”Alisya
senyum lebar.Mikhail tersenyum melihat telatah Alisya.
Entah kenapa dia betul-betul berharap Mikhail akan puji
masakan dia.Hatinya berbunga mendengar persetujuan Mikhail pada hal Mikhail
belum memuji dirinya lagi.
Rania yang melihat telatah Alisya dengan Mikhail
hanya terkaku.Bagai pinang dibelah dua itulah pendapatnya tentang Mikhail dan
Alisya.Dia hairan kenapa Faizal tidak mampu melihat betapa sesuainya Mikhail
dan Alisya walaupun dulu mereka sering
bergaduh tetapi apabila waktu kerja mereka sangat professional dan sekarang
mereka sudah berbaik dan itu lagi menguatkan hati Rania yang abangnya patut
memilih Alisya bukannya Ain.
Setahu Rania abangnya tidak pernah senyum selebar
ini sejak papa meninggal dunia tetapi sejak dua menjak ini Mikhail sudah kerap
senyum.
Rania tersedar dari lamunannya lalu dihon keretanya untuk
menarik perhatian Alisya dan Mikhail. Rania keluar dari kereta dengan senyuman.
“Amboi..amboi …manisnya senyuman.Ada apa-apa Rania terlepas ke?” tanya
Rania.Mikhail dan Alisya ketawa kecil.
“Tak ada apalah.Abang kau ni tak habis-habis menyindir
aku.” Adu Alisya pada Rania.Mikhail mengecilkan matanya.Alisya hanya
menjelirkan lidahnya.Suka pula dia dapat mengusik Mikhail.Mikhail muncungkan
mulutnya.Alisya ketawa kecil.
“Alalala…orang tu merajuklah pula.” usik Rania
kepada Mikhail.Kemudian ketawa Rania dan Alisya bersatu apabila Mikhail
mencemberutkan mukanya lagi.
"Siapa merajuk...abang mana mainlah merajuk-rajuk ni...abang touching jer..." Alisya blur kejap dengan ayat Mikhail namun Rania sudah ketawa kecil.
Bukan touching dengan merajuk tu sama ker maksudnya? desis hati Alisya.Mikhail sudah ketawa melihat muka blur Alisya. Cute sahaja.
"Dah Al,kau tak payah fikir ayat songsang abang aku tu.Jom masuk." ajak Rania dengan senyuman kecil dibibir. Alisya hanya menggaru kepalanya yang sememangnya kadang-kadang blur.
Masing-masing
menjamu selera.Mata Alisya tidak terlepas melihat Mikhail yang menjamah makanan
selepas membaca doa makan.Rania perasan yang Alisya memerhati setiap pergerakan
Mikhail.Seperti harimau memerhati mangsanya.
Rania tersenyum
kecil. Mikhail dan Rania bersantap dengan selera sekali.Alisya memaksa dirinya
menjamu selera namun matanya masih memerhati Mikhail.
Mikhail tersenyum didalam hati.Dia tahu Alisya sedang menunggu
komennya. Sungguh Mikhail tidak sangka
yang masakan Alisya sungguh menepati cita rasanya.Rasa tidak cukup makan sekali
jadi Mikhail menambah nasi dan dia harap Alisya masih ingat apa yang dia
katakan di luar tadi yang dia akan kutuk habis-habisan kalau masakan Alisya
tidak sedap tetapi kalau masakan Alisya sedap dia tidak akan berkata apa-apa.
“Mmm…sedapnya
Al.Sama macam dulu.Kau punya masakan semuanya sedap-sedap belaka.” Puji
Rania.Alisya tersenyum kecil dengan pujian Rania.
Dia tidak mahu pujian Rania
tetapi dia ingin tahu komen Mikhail.Adakah masakan ini menepati cita rasanya
atau sebaliknya.Tunggu punya tunggu akhirnya Alisya tersenyum sendiri.Mikhail
sudah bertambah banyak kali dan pinggannya licin.Semua masakan dia habis
dijamah oleh Mikhail.Maka tahulah Alisya yang masakan dia sangat menepati
selera Mikhail.
Selesai bersantap Alisya menghantar Mikhail dimuka pintu dan
Mikhail bergerak ke arah keretanya sebelum Alisya masuk ke dalam rumah Mikhail
memanggil Alisya.
“Al!” Alisya memusingkan badannya lalu dia melihat Mikhail
menaikkan ibu jarinya dengan senyuman lebar terukir dibibir Mikhail.
Alisya
sudah tersenyum lalu dia masuk ke dalam rumah.Hatinya riang yang teramat
sangat.Dia akan pulang esok ke rumah agam atuknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)