Saturday 8 October 2011

Selami Jiwaku 1

Ashikin yang khusyuk melakukan tugas tidak sedar bahawa ada lembaga sudah memasuki ke biliknya dan sekarang sedang memerhatinya yang sedang tekun melakukan kerja.Ashikin terkaku sebentar apabila ada orang menegurnya.
"Tekun betul sayang buat kerja yer sampai baby dekat sini pun sayang tak sedar." Ashikin kenal suara tersebut.Sudah lama dia tidak mendengar suara tersebut.
"Nazrin...awak buat apa kat sini?" Ashikin mula berasa cuak.Dia tidak suka akan lelaki ini.Kerana lelaki ini maruah dia tercalar.
"Sayang ni... janganlah cakap macam tu.Terasa hati baby tau." Ashikin statik di kerusinya apabila lelaki yang bernama Nazrin berjalan ke arahnya.
"Nazrin..berhenti awak jangan dekat dengan saya!" Ashikin bangun dari tempat duduknya apabila Nazrin tidak mendengar arahannya.
"Sayang kita kahwin nak?" Ashikin mengjegilkan matanya
"Awak dah gila! Saya tak cintakan awak..tiba-tiba ajak saya kahwin !" bentak Ashikin.
"Sayang jangan cakap macam tu.Dulu kita suka sama suka.Baby minta maaf  pasal dulu yerk?"
Ashikin mula merasa hatinya mendidih.Senang sungguh bicara lelaki ini mengajak dia berkahwin dan meminta maaf.Tidak tahukah lelaki ini bahawa hatinya sangat terluka dengan tuduhan yang dilempar kepadanya.
"Itu dulu sebelum awak menghina awak.Tak akan awak nak ambil bekas orang kut Nazrin.Awak tak rasa jijik ker dengan saya.Badan saya ni kan dah disentuh ajnabi lain" keras suara Ashikin.Sakit hatinya apabila kenangan yang tidak ingininya datang menerpa.
Nazrin menarik nafasnya dan ingin bersuara namun niatnya tidak menjadi apabila ada seorang lelaki datang memasuki bilik tersebut.
"Nanti baby call sayang..okey."Ashikin mendengus
"Nazrin tolong faham awak dan saya tiada apa-apa hubungan...." Ashikin terkejut apabila Nazrin menyentuh  rambutnya yang mengurai panjang tersebut.
"Baby tak akan give up selagi Sayang tidak menjadi hak milik sesiapa." Ashikin berasa ingin mencekik lelaki dihadapannya sekarang juga.Lelaki yang baru masuk tersebut memandang tajam ke arah Nazrin seperti ingin menelan lelaki tersebut.Nazrin dengan muka selamba keluar dari bilik tersebut.
Ashikin mengeluh lalu menghempas badannya ke kerusi empuk dalam pejabatnya.
"So...lelaki tu teman yang istimewa atau lelaki yang tak faham maksud 'no'?" Affan memerhati Ashikin yang seperti sedang berfikir masalah negara.
Affan bergerak ke arah Ashikin lalu menarik tangan Ashikin.Ashikin terkejut dengan tindakan spontan Affan.Dia cuba melepaskan diri dari genggaman Affan.Malangnya pegangan lelaki tersebut kuat.
"Affan tolong lepas tangan aku sekarang juga." Affan menolak Ashikin lalu Ashikin jatuh di sofa empuk yang berada dalam pejabatnya.
Ashikin menjeling tajam kepada lelaki tersebut.
Ashikin mengeluh berat dan memicit dahinya.Ashikin agak terkejut apabila tangan yang sedang memicit dahinya di tepis oleh Affan.Affan duduk bersebelahan dengan Ashikin lalu dia memicit dahi wanita tersebut.
Ashikin cuba menepis namun berhenti apabila ugutan yang keluar dari bibir Affan.
"Kalau honey tepis tangan dear.Dear kiss kat sini juga.Jangan  ingat dear tak kan buat" Ashikin berasa muka dia sudah merah menyala apabila mengingati yang dan Affan hampir-hampir sahaja...mmm.Asikin mengerutkan dahi.
"Honey ni kenapa berkerut dahi .Tak takut cepat tua?" Affan bersuara tapi masih lagi memicit dahi Ashikin
"Apa kes tiba-tiba kau panggil aku honey pula?Selalunya bukan kau panggil aku sayang ker?"
Affan berhenti memicit dahi Ashikin.Tangan Ashikin diraih dan digenggamnya dengan lembut.Ashikin tidak meronta.Tangan Ashikin dibawa ke mulutnya.Dia mencium tangan Ashikin.
"Tak naklah panggil honey dengan panggilan sayang.Mamat yang perasan yang dia masih bayi tu panggil sayang dekat honey jadi dear decide nak tukar.Sebab dear nak special tak nak panggilan dear sama dengan mamat yang perasan dia bayi lagi tu."
Ashikin hampir ketawa apabila melihat muncung Affan.
Alahai comelnya..nak aja aku kiss bibir mungil tu hati Ashikin bermonolog.Ashikin menelan air liur. Ish apa yang hati dia berfikir samapai melalut ke situ pula.
"Wei ingat kau cute sangat ke muncungkan mulut tu? hahaha" Ashikin ketawa.Affan tersenyum
"Yes akhirnya dapat juga dengar ketawa honey tadi asyik mengeluh jer" Affan tersenyum manis.
"Dah kau tak payah nak bodek aku.Ni kau datang pejabat aku ni apa hal?" Ashikin mengjongket keningnya
"Ala dear nak ajak honey pergi makanlah.Dear tanya dekat PA honey.Honey dah makan ke belum dekat dia and your PA said you did not go out for lunch today so sebagai kekasih yang prihatin dear nak bawa honey pergi makan okey." ucap Affan bersungguh-sungguh.Bersinar mata Affan namun sinar itu tidak lama apabila Ashikin menolak.
"Nope... thank you.Aku rasa mood aku nak makan dah hilang bila mamat tadi masuk bilik aku."
Ashikin ingin bergerak ke mejanya namun terhenti apabila  berasa pergelangan tangannya dipegang oleh Affan dan Affan menarik Ashikin.Ashikin pula mula merasa dirinya hilang imbangan lalu jatuh di atas paha Affan.
Affan merangkul pinggang Ashikin.
"Honey if you don't follow my order.I will do something that you will regret." Ashikin dapat merasai betapa panasnya mukanya saat ini.Dia cuba melepas dari rangkulan Affan namun tak berjaya.Sebaliknya dia ditarik olkeh Affan lalu badanya bertindih dnegan badan Affan.
Mukanya betul-betul dihadapan Affan.
Affan menggesel hidungnya dengan Ashikin.Ashikin terkaku.Jari telunjuk Affan mula beramin dibibir Ashikin.
"Setuju sekarang atau dear akan curi first kiss honey."Ashikin meronta-ronta cuba melepaskan diri.Apabila melihat Affan ingin mengucup bibir mungilnya.
"Okey..... aku setuju." terjerit kecil Ashikin.Affan melonggarkan pegangannya
"See senang kan. Bukan susah pun all you have to do is say yes." Ashikin ingin bangun namun tidak sempat dia bangun Affan mecium pipi gebunya.Ashikin membulatkan matanya.
"Sorry honey tak boleh tahan sangat tengok pipi gebu tu." Affan melangkah sambil ketawa apabila melihat muka merah Ashikin.Mereka sama-sama bergerak ke lift.


3 comments:

  1. camner ye nak komen?//
    affan memang perangainya macam tu...?
    cara affan mendekati ashikin ni terlalu bebas...
    kiss la apa la...
    tapi kalau org dewasa baca tak mengapa...
    jika budak2 bawah umur baca tak sesuai...
    kita sendiri tak pasti pembaca citer ni terdiri daripada siapa...
    ria just komen sahaja..
    jgn terasa hati...
    apa2 pun idea ada cuma pengolahan itu
    buat lebih baik yer...
    gud luck...

    ReplyDelete
  2. Thanks...Ria
    Saya akan cuba bersungguh-sungguh..
    This is my first novel

    ReplyDelete