Tuesday 11 October 2011

Selami Jiwaku 2

Ashikin membaringkan badannya diatas katil yang empuk itu.Dia melepaskan satu keluhan.Dia hairan dengan perangai Affan.Sewaktu dia dengan Affan berdua-duaan sikap mesra atau lebih kepada miang Affan mesti terserlah.Namun apabila ada orang ketiga Affan seperti orang lain.Seorang lelaki yang serius dan pendiam.Ashikin memejamkan matanya.Teringat dia pertama kali dia mengenali Affan.

3 Tahun dahulu...
"Abang wajib ker adik pergi London?" Ashikin membuat muka kesiannya dihadapan abang sulong yang bernama Ainul Adnan.
"Yes adik wajib pergi London.Lagipun syarikat kat Malaysia ni bukannya ada masalah pun.Abang kena pergi Dubai.Tak lama pun abang pergi."
Ashikin mengeluh.
"Tapi itu bukan masalahnya.Adik ni bukannya pandai sangat handle syarikat abang tu.Kat sana bukan ada yang boleh tolong adik." Ainul Adnan senyum penuh makna.
"Jangan risau abang ada suruh orang back up adik.Dia ni adalah kawan abang paling pandai dalam menyelesaikan masalah and he is very handsome young man"Ashikin membuat muka ingin muntah.
"Dan biar adik teka dia seorang yang kaya dan handsome...uurrrrgghh..not my type okey.Abang please..adik tak nak pergi" Ainul Adnan menggeleng kepalanya.
"Ashikin kamu akan mengganti abang sempena abang berada di Dubai.Faham!" tegas suara Ainul Adnan.
Ashikin mengeluh lagi apabila abangnya sudah mengguna suara tersebut bermakna dia tidak boleh berdolak-dalik lagi.
Akhirnya sampai juga dia di negara orang lain.Rasa janggal dan tidak selesa membuat dirinya ingin pulang sekarang juga.Ashikin naikkereta limosin yang sememangnya sedang menunggu dia di luar airport.
Keesokan harinya .Ashikin bersiap untuk pergi ke pejabat abangnya.Sedang sibuk membelek penampilannya di hadapan cermin.Tiba-tiba loceng pintu rumahnya berbunyi.Ashikin mengerut kan dahinya.
Hish sapalah yang rajin sangat menekan loceng ni. Hati Ashikin bermonolog.
Ashikin membuka pintu rumahnya.Tercegat seorang lelaki dengan muka yang serius.
"Assalamualaikum...you must be Ashikin." ujar lelaki tersebut.
" Walaikummussalam..yes saya Ashikin an you are....?"Ashikin bingung .Bagaimana lelaki tersebut mengenali dirinya.Lelaki itu menghulur tangannya untuk bersalam.
"Saya Affan.Ainul minta tolong saya untuk membantu awak."
Mereka berjabat tangan lama.Mata Ashikin seperti sudah digam untuk melihat muka lelaki tersebut.
"Saya tahu saya kacak tapi kalau awak pandang saya dengan lebih lama mungkin awak akan jatuh cinta dengan saya pula" Affan mengenyit matanya.Ashikin mencebik bibir
 "Boleh jangan perasan tak.Saya pandang awak sebab.....hidung awak tu..awak buat plastik surgery ker senget semacam jer.." Ashikin rasa ingin menampar mukanya.Apalah yang dia melalut ni.Malu teramat
"Apa awak cakap..plastik surgery?? Cis awak ni menghina saya nampak!Hidung saya sikit  punya mancung macam mamat arab awak kata senget." bulat mata Affan.Mahu terkeluar biji mata mamat ni desis hati Ashikin.
"Baik awak bersiap cepat.Sebelum saya terkam awak kat sini" ujar Affan dengan nada selamba.
"Hmph..awak nak terkam saya? urrgghh please..lebih baik awak jauhkan diri awak pada saya kalau awak tak nak saya kikis harta awak?" Ashikin suka menakutkan lelaki seperti Affan dengan menunjuk bahawa dia adalah seorang mata duitan.Selalunya teknik ini berjaya menghalau lelaki kaya untuk mendekatinya. Ashikin mengunci pintu rumahnya dan berjalan ke arah lift bersama Affan.
Affan secara tiba-tiba ketawa seperti di rasuk hantu.Ashikin mengerutkan dahinya.Lalu ditepuknya dahi sendiri.
Aduh abang kawan kau ni baru lepas dari hospital gila ker desis hati Ashikin
"Encik Affan kenapa dengan awak ,wayar otak awak dah tercabut ker?"Affan senyum meleret
"No...saya rasa kelakar pula.Bukan ke awak ni anti dengan lelaki kacak macam saya.Tapi saya tengok awak ni macam tak anti pun dengan lelaki kacak." Ashikin mengerut dahinya.
"Ini yang buat saya rasa nak tackle awak ni"
Suatu hari,Affan mengajaknya pergi berjalan-jalan di kota London.
"Awak..apa yang awak suka pasal saya?" pertanyaan Affan itu ternyata membuat Ashikin terkejut
"Kenapa tanya soalan yang pelik?" pertanyaan Affan dijawab dengan pertanyaan.
"Kalau saya bagitahu awak jangan marah yer?" Asikin mengangguk
"Okey saya tak akan marah awak.Sekarang cepatlah bagitau saya kenapa  awak tanya soalan pelik macam tu?Affan menarik nafas.
"Saya cintakan awak Ashikin." Ashikin ketawa terbahak-bahak
"Lebih baik awak lupakan jelah cinta awak tu.Saya benci lelaki macam awak.Lagipun awak tak boleh buat  hati saya berdegup dengan kencang seperti kereta ferrari pecut." panjang lebar Ashikin mengemukakan alasanya menolak cinta Affan.
Affan mengerutkan dahinya.Kemudian tersenyum manis.
"Saya rasa saya boleh buat awak punya jantung tu berdegup lagi pantas dari kereta ferrari pecut." yakin sungguh Affan dengan percakapannya.Ashikin ketawa sinis.
"Awak pasti ker?" Ashikin mengangkat keningnya. Ashikin jalan ke hadapan meninggalkan Affan yang seperti sedang memikirkan sesuatu.
Ashikin terkejut apabila Affan berada dihadapannya.Muka mereka rapat hanya beberapa cm sahaja jaraknya.
Bergetar hati Ashikin apabila mendengar hembusan nafas ditelinganya.Hatinya berdegup dengan kencang apabila sura garau Affan berbisik di telinganya.
"Sayang akan jadi milik Dear.Dear akan membuat jantung sayang berdegup seperti kereta ferrari pecut.Dan akan ku selami jiwamu.Supaya kau mengerti betapa aku mencintai dirimu ini." Ashikin menelan air liurnya.
"Kau ...tak boleh cakap macam tu.Kalau betul kau sayang aku kau patut lepaskan supaya aku hidup bahagia dengan kehidupan" Affan senyum

Ashikin terkejut dari lamunannya apabila telefon bimbitnya berbunyi memandakan ada mesej masuk .
Honey dah solat ke belum?
kenapa tak nampak honey di masjid hari ni?

PERASAAAN AKU HARI INI...
hari ini aku melihat muka ketakutanmu
ketahuilah kamu aku akan melindungimu dari kumbang busuk
Cemburu adalah tanda sayang...
Aku cemburu apabila kumbang busuk menyentuh rambutmu
kerna
bagiku hanya diriku sahaja yang layak menyentuh dirimu 
hari ini aku mendapat cium pipi gebumu
Terus hilang cemburuku apabila kau tidak menggosok bekas ciumanku
lelaki yang sentiasa berada disisimu,
DEAR @ AFFAN

Ashikin menggeleng kepalanya.Affan lelaki yang tidak tahu mengaku kalah.Ashikin mengeluh.Hatinya sekarang disapa bimbang.Apabila mengetahui bekas tunang Affan sudah pulang ke Malaysia.Adakah Affan akan berpaling dari dia lalu pergi ke tunangnya.
Bukankah dia patut gembira kerana Affan tidak akan mengganggu dia lagi.Hatinya resah.Dia keliru dengan perasaannya sendiri.

2 comments:

  1. teruskan!Best gak citer dia ni!Ganbatte!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerna sudi membaca.
    Kalau ada rasa tak puas hati komen jer..

    ReplyDelete