Wednesday 15 August 2012

SENTIASA DISISIKU 2


Alisya mengeluh kecil dan rasa takut mula menerjah dalam hati.Adui…kenapalah rasa seram sejuk jer ni.Hati dia berdebar-debar seperti ada perkara tidak elok akan berlaku.


Namun digagahkan juga kakinya melangkah ke tempat parking kereta yang agak jauh dari tempat dia kerja.Baju kurung di badan dibetulkan sikit.Sewaktu sampai di keretanya Alisya menarik nafas lega.


Tiba-tiba ada orang menekup mulutnya.Meronta-ronta Alisya untuk melepaskan diri.Dia dibawa ke semak samun lalu badan dia ditolak jatuh ke tanah.Air mata bergenang rasa takut menguasai Alisya. 


“Tolong! Saya merayu tolong lepaskan saya.” Teresak-esak Alisya apabila lelaki itu sudah menindas diatasnya.Puas Alisya meronta namun tidak berjaya.Satu tamparan hinggap dipipinya.


Ya Allah sakitnya hanya Allah sahaja tahu.Namun penampar tu tidak mematikan pergerakan Alisya.Dia cuba melawan lelaki itu. 


“Tolong!!!” jerit Alisya sekuat yang mungkin.Kemudian lelaki itu ketawa terbahak-bahak. 


“Jeritlah sampai terkeluar anak tekak kau pun tak ada siapa yang akan dengar.” Sebaik lelaki itu berkata begitu direntap baju kurung Alisya lalu terserlah bahu Alisya.Alisya menolak lelaki itu dan menampar muka lelaki itu namun lelaki itu seperti dirasuk.Alisya takut.


Tenaga perempuan dia tidak mampu melawan lelaki itu. Lagi sekali Alisya meminta bantuan. “Tolong!!!” air mata mengalir dengan deras tidak dapat dibendung.
Sebijik penampar hinggap dipipi Alisya lagi kali ini kedua-dua belah.Alisya berasa kepalanya berdenyut.


Tidak larat melawan lelaki itu.Rasa tenaga dia sudah habis.Dia hanya bertawakal sahaja akan ada orang akan selamatkannya tapi adakah orang di luar sana?Kepala berasa berat dengan penglihatan kabur dengan air mata.Alisya cuba untuk melindungi dirinya lagi sekali dengan meronta sekuat hati.



Ya Allah tolonglah hambamu ini.Aku tidak sanggup untuk menempuhi dugaan ini.Bantulah hambamu ini Ya Allah.Rintih hati Alisya tiba-tiba Alisya melihat lelaki yang cuba memperkosanya itu ditumbuk oleh seseorang.Tidak dengan cukup itu diteranjang lelaki durjana.



Alisya menangis teresak-esak dan dia duduk tersimpuh di situ.Adakah dia sudah hilang dara tetapi dia rasa lelaki itu hanya sempat merentap baju kurungnya di bahagian lengan sahaja.Hanya bahunya sahaja yang terkoyak.



Tiba-tiba ada tangan menghulur kepadanya.Alisya hanya memandang tangan itu dan dia mengangkat kepala untuk melihat lelaki yang telah selamatkan maruahnya.
Terkejut bukan kepalang Alisya apabila melihat Mikhail yang menyelamatkannya.Alisya sambut huluran tangan Mikhail.Mikhail membuka kotnya lalu disarungkan di badan Alisya.Lelaki durjana itu sudah tidak sedarkan diri.Alisya hanya memandang lelaki itu sekilas sahaja.Rasa malu  dengan Mikhail dan syukur hanya Allah sahaja yang tahu.Air mata masih lagi mengalir ditubir mata Alisya.



“Al…kau okey ker?” tanya Mikhail yang seperti bimbang dengan Alisya.Alisya terus meraung.Dia takut…adakah dia masih suci atau sebaliknya.Dia rasa malu nak hidup di dunia ini.Kalau betul dia sudah kehilangan mahkotanya layakkah dia untuk hidup di dunia ini.Air mata mengalir dengan laju.Tangisannya berlagu-lagu.Alisya terduduk di  lantai tempat parking kereta itu.


Lemah semangatnya.Alisya terkejut apabila dirinya sudah ditarik ke dalam pelukan Mikhail.Tapi entah kenapa dia berasa selamat di dalam dakapan lelaki itu.Disembamkan mukanya didada Mikhail.Mikhail hanya menggosok belakang Alisya.Hati dia tersentuh mendengar tangisan Alisya.



“Shussshhh…Al jangan nangis Al.Jom aku hantar kau balik yer.” Pujuk Mikhail dengan lembut.Itu adalah kali pertama Mikhail bercakap dengan lembut dengannya.



“Aku…Aku dah tak suci Mikhail…Macam mana aku nak hidup di dunia ini.” Sedih hati Alisya. 


“Lebih baik…aku mati jer…maruah aku….” Tersekat-sekat suara Alisya.Mikhail terkejut mendengar kata-kata Alisya.Cepat-cepat dia memikirkan cara untuk memujuk gadis yang berada di dalam dakapannya ini.



“Jangan cakap macam tu Al.Kita tak tahu lagi betul atau tidak kau diperkosa.Kita buat ujian dulu yer.” Pujuk Mikhail untuk menenangkan Alisya yang masih lagi menangis. “Apa aku nak buat Mikhail kalau aku dah hilang benda berharga bagi setiap wanita.Aku tak sanggup nak pandang muka atuk.Mesti dia kecewa dengan aku.Entah-entah aku akan dibuang oleh ahli keluarga.” Alisya sudah dapat bayangkan betapa kecewanya atuk dengan dia.



Ahli keluarga yang sudah semestinya yang membenci dirinya mungkin mengambil peluang ini untuk menghalaunya keluar dari rumah agam tersebut. Mikhail menggeleng kepalanya.Di eratkan lagi pelukannya.



“Tak Al…Tak…tiada sesiapa akan tahu pasal ini hanya aku,kau dan seseorang yang aku boleh percayai.Dia akan buat ujian untuk kau.Dia orang  yang aku percayai dan aku akan mintak dia rahsiakan perkara ini daripada sesiapa sahaja.Kau jangan risau Al.Perkara ini tidak akan ada sesiapa tahu.” Bersungguh-sungguh Mikhail cuba memujuknya.Alisya memandang muka Mikhail.Siapa sangka lelaki yang dia benci ini akan menyelamatkan maruahnya.



Mikhail mengelap air mata Alisya dan senyuman dihulurkan untuk Alisya.Alisya dipapah oleh Mikhail lalu mereka memasuki kereta Mercedes Benz kepunyaan Mikhail.Alisya hanya mendiamkan diri.Alisya memandang luar tidak sanggup memandang Mikhail yang nampak begitu berbeza sekali dihadapannya.Rasa malu dan hina menguasai Alisya.Mikhail yang dari tadi diam mula membuka mulutnya dan mengeluarkan cadangannya.



“Aku tak nak orang tengok keadaan kau macam ini.Kita duduk dulu dekat dengan rumah aku.Lagipun Rania ada dekat rumah, dia boleh buat ujian itu untuk kau di rumah aku jer.” Alisya hanya mampu mengangguk,dia sudah tidak boleh terfikir hanya air mata sahaja yang mampu dia keluarkan lalu cadangan Mikhail dipersetujui oleh Alisya tanpa berfikir langsung.



Rania adalah adik Mikhail dan Alisya juga agak rapat dengan Rania.Hati dia tersentuh dengan sikap Mikhail yang prihatin kepadanya.Dulu mamat nilah yang selalu cari pasal dengan dia.Tetapi sekarang dia sudah terhutang budi dengan lelaki itu.Bagaimanakah dia dapat membalas jasa lelaki ini?,dia sendiri tidak tahu.


Alisya masuk ke dalam rumah dan Rania yang melihat Alisya sudah terkejut beruk.Mikhail berdiri bersebelahan dengan Alisya.Rania tersenyum namun senyuman bertukar risau apabila melihat bibir Alisya yang berdarah dan baju Alisya yang sudah comot.Hati dia tertanya-tanya apakah sudah terjadi? Dan hatinya disapa hairan apabila abangnya melayan dengan baik sekali kepada Alisya kalau dulu pantang berjumpa mesti bertengkar tetapi sekarang abang dia seperti melindungi Alisya.


“Rania bawa Al masuk bilik.Jangan tanya apa-apa soalan pun kepada Alisya.Lepas tu turun jumpa abang dekat bawah balik nanti abang sendiri yang akan ceritakan kepada kamu.Faham!” tegas sekali nada suara Mikhail.


Rania hanya mengangguk dan tanpa bantahan dia membawa Alisya masuk ke bilik tetamu.Walaupun hati dia meronta untuk bertanya tetapi abang dia sudah tegaskan dia jangan bertanya apa-apa.Dan dilihat Alisya yang seperti dengan dunia dia sahaja.Tidak hiraukan sesiapa pun.Kalau tidak gadis inilah yang akan berceloteh dahulu namun sekarang gadis ini hanya diam seribu bahasa dan pandangnnya sungguh kosong.



“Al ! kalau kau nak apa-apa kau panggil aku tau! Semua barang sudah tersedia dekat bilik ni.Nanti aku akan bawa baju untuk kau yer.” Ujar Rania dan dilihat Alisya langsung tidak menghiraukan dia.Rania mengetap bibir.Hatinya membuak-buak ingin tahu apa yang sudah terjadi sehingga gadis yang ceria itu menjadi murung.Cepat-cepat Rania turun ke bawah dilihat Mikhail sedang memejamkan matanya sambil bersandar pada sofa.Rania duduk dihadapan abangnya.



“Abang, apa sebenarnya berlaku?Kenapa Al macam patung yang tidak bernyawa?” tanya Rania dengan riak wajah risau.Mikhail memandang Rania sekejap kemudian memejamkan matanya kembali.Ditarik dan dihembus nafas perlahan-lahan.Lalu diceritakan satu persatu kepada Rania.Bukan main terkejut Rania.Rania berasa ingin belasah mamat yang cuba memperkosakan kawan baiknya itu.Terbakar hati dia.



“Abang rasa lelaki itu tak sempat buat apa-apa dekat dia.Tapi abang nak Rania gunakan kepakaran Rania dalam bidang kedoktoran tu memastikan adakah Al masih suci atau tak.Boleh?” tanya Mikhail dengan muka yang penat. Rania mengangguk kepalanya. 


“Boleh.Rania akan buat apa yang abang suruh.Tapi abang pasti ker lelaki setan tu tak sentuh Al?” tanya Rania dengan muka yang ingin tahu.



“Entahlah tapi abang datang masa tu lelaki tu macam bergelut dengan Al.Kamu tahu jelah Al tu tak akan mengalah selagi dia mampu dan abang rasa lelaki itu sempat koyakkan baju kurung dia dekat lengan jer.Abang harap abang tak terlambat.” Keluh Mikhail.


Dia betul-betul risaukan Alisya dan harap sangat dia datang tepat pada masanya.Rania pun berharap begitu juga ,nasib baiklah abang dia tergerak hati untuk pergi ke pejabat malam tu kalau tidak mungkin Alisya sudah dirosakkan lelaki durjana itu.



Alisya yang sedang termenung dibalkoni terkejut dengan ketukan pintu biliknya.Kepala Rania terjengul disitu dan diberi senyuman manis kepada Alisya.Namun hampa Alisya langsung tidak membalas senyumannya. 



“Al…mari makan.” Ajak Rania namun lagi sekali dia hampa apabila Alisya seperti dalam dunianya sahaja.Mata gadis itu bengkak kerana menangis barangkali.Rasa kesian tumpah kepada gadis itu.Mikhail sudah melarang Alisya keluar dari rumah ini dan Rania telah memberitahu kepada Alisya yang Mikhail telah memberitahu atuk yang Alisya tidak akan balik ke rumah untuk seminggu dan akan menginap dekat rumah Mikhail dengan alasan Rania rindukan Alisya.


Di pejabat pula Mikhail telah memberitahu kepada Tengku Hakim yang Alisya akan mengambil cuti selama seminggu.
Betapa bersungguh-sungguh Mikhail menolongnya.Mikhail juga sudah tidak duduk dirumah ini kerana takut jiran tetangga akan menabur fitnah jadi Mikhail telah duduk di kondominiumnya.Alisya rasa serba salah kerana telah menyusahkan Mikhail namun Mikhail berkeras ingin menolongnya.



“Al…makanlah sikit.Penat abang aku masak untuk kau.” Alisya memandang Rania dengan pandangan pelik.Mikhail memasak untuk dia.Wah! siapa sangka lelaki itu pandai masak. 


“Kau tak payah buat muka pelik macam tu.Abang aku tu seorang yang berdikari tahu.Semua benda dia buat sendiri.Kalah aku tahu tak.Kau ingat kenapa dia duduk serumah dengan aku sebab dia pandai masaklah aku merayu dekat dia supaya duduk sekali dengan aku.Lagipun rumah teres dua tingkat ni akan rasa kosong jer kalau aku duk sorang-sorang.” Ramah sekali Rania bercerita.

Alisya menghulurkan senyuman hambar kepada Rania.Kesian pula kepada Rania ,gadis itu cuba sedaya upaya untuk membuat dia ketawa dengan celotehnya.


Nasi goreng dihadapannya dijamah sedikit sebagai tanda dia menghargai jasa Mikhail dan Rania.Rania tersenyum girang dengan tingkah Alisya.


Tidak sangka nasi goreng yang dimasak oleh Mikhail sungguh sedap sehingga mampu membangkit selera makannya.Habis licin satu pinggan dia makan.Rania tersenyum manis. 


“Sedapkan nasi goreng abang aku ni.Aku dulu sakit sampai tak ada selera makan boleh hidup balik selera makan aku bila dapat rasa nasi goreng abang aku ni.Ajaib tak?” Seloroh Rania.

Al kau tak boleh murung dan diam sebegini rupa.Kesian Rania dan Mikhail.Bersusah payah diorang cuba gembirakan hati kau.Kau kena bangkit Al.Kau lihatlah betapa bersungguh-sungguhnya mereka cuba menceriakan kau.Kau tidak keseorangan Al.Gembirakanlah hati mereka Al.

Ya! aku kena bangkit dari kemurungan ini.Aku tidak boleh begini.Aku kena kuatkan semangat! tekad hati Alisya.


 Seloroh Rania disambut dengan gelak tawa Alisya .Mikhail diluar bilik yang mendengar ketawa Alisya berasa sungguh lega.Tanpa dia sedari dia telah mengukir senyuman.Dia rasa lega Alisya sudah mampu ketawa.


2 comments: