Thursday 12 January 2012

SENTIASA DISISIKU 1

Mikhail mengetap bibirnya,budak gangster yang dihadapannya ini dipandang dengan pandangan yang menggerunkan dan sesiapa  sahaja melihat pandangan itu mesti kecut perut. Tetapi tidak pada Alisya kerana bagi Alisya pandangan itu seperti ingin menggodanya. 


“Yang kau renung aku macam nak terkam tu kenapa?” tanya Alisya dengan kasar.  “Eh, dah perempuan tu buatlah cara macam perempuan.Cakap tu lembut-lembutlah sikit! Ini tidak suara macam petir patutlah tak ada  sapa suka dekat kau!” tempelak Mikhail.


Geram dia dengan budak gangster dihadapannya ini.Hairan sungguh dia bagaimana perempuan macam ini boleh ada hubungan darah dengannya.Nasib baik sepupu kalau adik dia memang dah kena minah gangster ni. 


“Apa kau cakap? Suara macam petir? Eh, mamat perasan hensem! Dengar sini yer aku ni perangai jer gangster tapi aku ni lagi cantik dari Rozita che wan tau! Bukan macam kau tu.Muka macam jamban tak siap!” cemuh Alisya.


Geram!Geram! apabila mamat di hadapannya sudah ketawa terbahak-bahak siap pegang perut tu.Nampak sangat overnya!
  

“Muka macam kau ni tak layak nak dibandingkan dengan Rozita Che Wan.And one more thing kalau muka aku macam jamban tak siap kenapa semua perempuan tergila-gilakan aku dan for your information I’m already engange.Kau tu ada ke orang nak?” sinis sekali percakapan Mikhail.Puas hati dia apabila mendapat hentam minah gangster ni. 


“Eh! Mamat kalau kau nak tahu aku ni walau tak ada tunang tetapi orang nak masuk meminang aku berderet tahu tak? Cuma aku ni jer yang jual mahal and lagi satu aku tak mainlah arrange marriange ni semua bukan macam  kau tu! Bertunang sebab keluarga.” Alisya tidak melepaskan peluang untuk membalas balik sindiran Mikhail.


Sakit hati dia mendengar kata-kata sinis lelaki dihadapannya ini.Berubah kejap muka Mikhail apabila Alisya berkata begitu.


Aik macam mana perempuan ni tahu aku bertunang sebab keluarga? Mikhail terdiam sebentar.Alisya sudah tersenyum menang.Yes! debat kali ini dia yang menang! Hah terkelu lidah kau .Thanks auntie Suzy for the information.


Kalau bukan kerana auntie Suzy memberitahu Alisya yang bahawasanya mamat dihadapannya ini bertunang kerana keluarga confirm dia tidak akan menang debat kali ini.


“Whatever! Walaupun aku bertunang sebab keluarga aku happy.At least tunang aku tu tak macam kau! kasar macam king kong.” Sindir Mikhail sebelum berlalu pergi.Dia tahu dia sudah kalah untuk kali ini tetapi itu tidak bermakna dia akan kalah lain kali.Terbeliak biji mata Alisya bila disindir begitu lalu dia merentap lengan Mikhail. 


“Eh! Mamat sesuka hati kau jer gelar aku king kong kan? Apa ingat kau tu baik sangatlah.Huh! tak sedar diri tu macam lembu! Ikut jer telunjuk keluarga.”
Terbakar hati Mikhail mendengar  kutukan dari Alisya. 


Mikhail ingin membalas tetapi dipotong oleh seseorang. “Dah…dah…kamu berdua ni.Bila berjumpa jer bergaduh.Kamu ni sepupu tahu tak? Umur pun dah panjang,tak malu ker dengan orang lain yang tengok perangai kamu berdua ni.” Tegur Tengku Sufian iaitu datuk kepada Mikhail dan Alisya.


 Mikhail buat muka tidak bersalah manakala Alisya sudah mencebik. “Hah! Eloklah tu buat muka macam tu.Bila orang tegur seorang buat muka tidak bersalah dan seorang lagi buat muka menyampah.Kang nanti aku kahwinkan korang berdua nanti baru padan muka.” Selamba Tengku Sufian berkata begitu.


Alisya dan Mikhail sudah terbeliak biji mata. “Eiii…siapa nak kahwin dengan dia ni!” serentak Mikhail dan Alisya bersuara. “Dahlah kedekut tahi hidung masin.Seksa kahwin dengan dia atuk.Nak pinjam 20 sen pun tak boleh inikan nak suruh dia bagi nafkah.Mati kebulur agaknya orang yang akan kahwin dengan dia.” sindir Alisya.


“Eh, Minah! aku pun tak ingin kahwin dengan gangster macam kau ni.Atuk tahu tak siapa yang kahwin dengan dia ni memang malang tuk dan kemungkinan besar lelaki yang kahwin dengan dia boleh masuk wad ICU sebab kena belasah dengan dia.” Mikhail turut membalas kata-kata Alisya.


Dia tak akan mendiam diri dan membiarkan Alisya menang dan begitu juga Alisya. Debat tadi dia sudah kalah dan kali ini dia akan pastikan dia akan menang .Nampak gayanya gelangang untuk berdebat sudah terbuka kembali.


“Wei! Ayat tu agak-agaklah sikit aku ni nampak jer kasar tapi aku ni adalah romantik sikit dari kau.Kesian gila aku dengan tunang kau tu kalaulah dia tahu kau ni failed dalam bab-bab romantik ni mesti dia kecewa tahap babun.”


“Amboi…sedap kau kata aku tak romantik yer..mana kau tahu aku ni romantik ke tak? Kau selalu mengintip aku dengan Ain yer bila kitaorang dating. Dasar kaki penyibuk!”Sebaik berkata begitu Mikhail mendapat habuan dari Alisya iaitu cubitan ketam Alisya.


 “Adoi sakitlah sengal. Tengoklah ni atuk.Dia ni ganas macam budak lelaki perangai pun sebijik macam King Kong.King Kong pun tak macam ni kasar dan ganas.” Perli Mikhail sambil menggosok-gosok lengannya.


 “Kau tu tak ada budi bahasa.Bila orang minta pinjam 20 sen bagilah.Bukannya aku minta 20 juta pun, dahlah aku ni sepupu kau tapi kau buat derk jer. Mentang-mentanglah pakai minyak wangi mahal yang sampai beribu-ribu ringgit sedangkan aku ni pakai minyak gamat jer.Kau kedekut dengan aku yer.” Luah Alisya.


Kerana 20 sen itulah mereka bergaduh macam anjing dan kucing.Alisya tidak akan bagi Mikhail akan hidup dengan senang ataupun tenang.Terburai ketawa Tengku Sufian dengan tingkah laku cucu-cucunya yang tak cukup umur.Sebab 20 sen pun boleh bergaduh sampai macam ni. Sabor jelah…


Mikhail mencebik bibirnya dan Alisya hanya menjeling tajam ke arah sepupunya itu.Kemudian terdengar suara memanggil Mikhail.


 “Mikhail! Puas I cari you.” Dengan nada manja Ain berkata lalu memeluk lengan Mikhail dan Mikhail pula hanya tersenyum kelat dan Tengku Sufian perasan perubahan air muka cucunya yang tidak menyenangi tingkah Ain yang seperti manja semacam.


 Riak wajah Alisya juga dipandang.Nampak dengan jelas wajah Alisya seperti tidak menyukai Ain dan Tengku Sufian perasan yang mata Alisya hanya memerhati lengan Mikhail yang dirangkul oleh Ain. 


“You jom masuk dalam.Mama dah tunggu kita dekat dalam.Jomlah.” ajak Ain dengan nada manjanya. Mikhail berasa ingin muntah dekat situ juga tetapi dia buat selamba sahaja walaupun dia rasa menyampah dengan Ain.Walaupun hati memberontak untuk memutuskan tali pertunangan dia dengan Ain tetapi dia kena fikir juga maruah keluarga dan maruah dia.Jadi nak tak nak terpaksalah Mikhail layan perangai gedik Ain.


 “Hmm…atuk,Mikhail masuk dululah nanti membebel pula mama kalau tunggu lama-lama.” Ujar Mikhail dan menjeling ke arah Alisya yang hanya tercegak seperti patung cendana.Lalu dia berlalu dari situ untuk masuk ke dalam dengan Ain masih erat merangkul lengannya.


Alisya mencebik melihat kemesraan Mikhail dan Ain.Menyampah betul dia melihat perangai Ain itu.Bukan dia tak tahu yang Ain langsung tidak cintakan Mikhail.
Macam mana dia boleh tahu? Sebabnya sudah beberapa kali dia terserempak dengan Ain di shopping complex  dengan lelaki lain .


Mula-mula dia cuba beranggapan baik yang bahawa lelaki itu kawan sahaja tetapi kawan sahajakah sampai merangkul pinggang lelaki itu dan dengan selamba badak dia mencium pipi lelaki itu dihadapan khayalak ramai.Dia ingin memberitahu Mikhail tetapi dia tidak sanggup ,takut lelaki itu akan berkata yang dia hanya menabur fitnah.


“Sudah-sudahlah tu Al.Dia dah masuk dalam rumah pun kamu masih nak pandang dia.Bayang-bayang dia pun dah tak ada.” Terkejut Alisya apabila ditegur sebegitu sekali oleh Tengku Sufian.


Alisya membuat muka selamba.Dia tidak mahu Tengku Sufian perasan yang dia sebenarnya malu ditegur begitu. 


 “Orang bukan pandang dialah atuk.Buat sakit mata jer pandang mamat bakhil tu.” Kutuk Alisya dengan selamba. 


“Hmm...yelah mula-mula benci lepas tu sayang.” Tenang sahaja Tengku Sufian berkata begitu.Alisya yang mendengar kata-kata Tengku Sufian terus ketawa terbahak-bahak yang nampak sangat dibuat-buatnya. 


“Apalah atuk merepek ni.Mamat tu dah bertunanglah atuk.Lagi satu kalau dia jadi suami Al mahu semua barang tercampak.Asyik bergaduh jer 24 jam.Menyampah! perangai asyik berlagak jer macamlah dia tu kacak sangat sampai semua orang nak suka dekat dia.” kutuk Alisya dengan nada perlahan namun masih dapat didengari oleh Tengku Sufian.


 “Cakaplah apa kamu nak cakap Al tapi satu jer nasihat atuk jangan terlampau benci nanti Allah terbalikkan hati kamu untuk sayang dia.Baru sedar langit tu tinggi atau rendah.” 


Alisya mencebik.Selisih malaikat 44 aku nak jatuh cinta dengan dia.
Hmph! dahlah perangai sombong,berlagak dan aku rasa kalau aku dalam kesusahan pun dia tak akan tolong.Orang macam tu nak dibuat suami.Eii…pleaselah! desis hati Alisya.


"Atuk bagi free pun Al tak naklah.Hish...tak sanggup Al nak menghadap muka dia tiap hari silap hari bulan Al boleh masuk hospital sakit jiwa. Kenapa atuk nak jodohkan Al dengan si Mikhail tu? tak boleh bagi calon yang lagi baik ker tuk?" rungut Alisya dengan muncung yang panjang.


Alisya bukan tak tahu yang Tengku Sufian sedang mencari jodoh untuk dia tetapi kenapa Mikhail yang sudah mempunyai tunang itu juga yang atuknya mahu.Sepatutnya  Mikhail tidak patut ada dalam senarai langsung kerana status Mikhail yang sudah mempunyai tunang. 
Lainlah kalau Tengku Sufian mahu menjodohkan dia dengan Tengku Muiz.Dengan rela hati dia akan memberi hatinya kepada Tengku Muiz.


Sudahlah Tengku Muiz itu kacukan belanda.Baik dan sopan santun Tengku Muiz sungguh menarik hatinya.Kalau Mikhail dibandingkan dengan Tengku Muiz.Hmph! jauh panggang dari api.
Muka Mikhail dahlah macam jamban tak siap.Lepas tu perangai macam haji bakhil begitu nak dibuat suami.Haih...boleh mati dia kalau macam tu.Tidak terlepas juga perangai buruk Mikhail yang suka perasan kacak.
Eii....nak termuntah Alisya setiap kali mendengar suara Mikhail yang suka memuji diri sendiri.


"Sebab atuk yakin yang dia tercipta untuk kamu Al." lembut sahaja suara Tengku Sufian menuturkan kata-kata itu.Terbeliak biji mata Alisya.


"Atuk jangan nak buat lawaklah.Mikhail tu dah ada tunang dah.Dia bukan tercipta untuk Al." perkataan 'tunang' ditekankan.


Tengku Sufian hanya tersenyum "Sedangkan suami isteri boleh bercerai inikan pula tali pertunangan yang dasar kepentingan sekeluarga sahaja." tersentak Alisya mendengar kata-kata Tengku Sufian.


Tidak berkelip mata Alisya memandang muka Tengku Sufian.Sungguh dia tidak sangka atuknya akan berkata sebegitu.Alisya mengeluh kecil.


"Kenapa atuk nak Mikhail yang menjadi imam dalam kehidupan Al?Atuk sendiri tahu yang kami ini bagaikan anjing dan kucing.Pantang berjumpa pasti berlaku pertelingkahan." sudah lama Alisya tertanya-tanya kenapa atuknya ingin sangat dia berkahwin dengan Mikhail. 
Sungguh dia tidak faham akan niat Tengku Sufian itu.


"Kerana atuk yakin dia boleh melindungi Al daripada sesiapa atau apa-apa yang ingin mencederakan Alisya.Al di luar sana ramai yang mahu Al hilang dari muka bumi ini dan tugas atuk memastikan kamu selamat." sebaik berkata begitu Tengku Sufian berlalu dari situ.


Alisya memerhati Tengku Sufian masuk ke rumah.Kepala digeleng-gelengkan banyak kali.Dia kurang faham apa maksud atuknya .Langsung tak faham.Apa yang bahayanya?Siapa yang ingin mencederakan dia? Apa yang dia ada sampai ada orang sanggup membunuh dia?Sungguh dia tidak faham.


Mikhail nak melindunginya? lelaki itu lebih suka melihat hidupnya merana daripada bahagia.Agak tak logik lelaki seperti Mikhail itu ingin melindunginya. Agaknya kalau dia dalam masalah apa pun sekali lelaki itu tidak akan menolongnya langsung mungkin akan mengejeknya lagi adalah.


Dia tidak perlukan Mikhail untuk berasa selamat.Kalau betul dia dalam masalah dia boleh menyelamatkan diri sendiri!



Angkuh betul orang yang bernama Alisya Khairina.Dia tidak tahu nasib dia bakal berubah dalam satu hari sahaja.Bakal ada satu kemalangan yang akan berlaku.


      INI KARYA KEDUA SAYA....HIHIHI...KALAU ADA NAK KOMPLAIN TULIS JER DEKAT KOMEN TU...JANGAN TAKUT SEBAB SAYA TAK MAKAN ORANG....SAYA INGAT NAK TULIS CERITA SEDIH TAPI SAYA NI TAK ADA BAKATLAH NAK BUAT CERITA YANG SEDIH..RASA MACAM KEKOK JER NAK TULIS CERITA SEDIH.JADI SAYA BUAT CERITA HAPPY-HAPPY JER...DAN CAMPUR SEDIKIT JELAH KESEDIHAN...HIHIHI...

4 comments:

  1. dialog agak tidak tersusun..bahasa terlalu formal..kalau berlakon pun, dialognya agak teragak2...cuba baiki lagi ye...

    ReplyDelete
  2. Bila tulis english, elok check dulu spelling dia. Contoh: engange tu salah, spelling yg betul engage, marriange; ejaan betulnya marriage.

    ReplyDelete
  3. Salam, menarik ceritanya. Adik walaupun terdapat kesilapan teruskan usaha menulis. Tak semestinya watak orang kaya berbahasa Inggeris.

    ReplyDelete
  4. Cerpen ni memang pendek ke..? But saya suka certia dia wlaupun banyak salah tpi BEST...(#> - <#)

    ReplyDelete