Tuesday 1 November 2011

Selami Jiwaku 3

Affan duduk disebelah Tengku Uthman dan Tengku Marlina sibuk menghidang minum petang.Aman sahaja rasa hati Affan.Taman mini ini dibuat sendiri oleh ayahnya Tengku Uthman.Tengku Marlina menghulur cawan pada suaminya.
"Minum bang." lembut sahaja suara Tengku Marlina.Lalu Tengku Marlina duduk berhadapan dengan suami dan anaknya.
"Affan macam mana kerja okey?" Soalan Tengku Marlina hanya dijawab dengan anggukan.Affan memerhati ikan yang sedang bebas berenang ke sini sana.
"Bang esok kita pergi rumah Ita nak?" tanya Tengku Marlina dengan nada seperti mengharap.
"Boleh jer...lagipun abang ingat nak ajak si Haizul tu pergi main golf.Kamu nak ikut Affan?" Soalan Tengku Uthman dijawab dengan gelengan sahaja.
"Tapi Affan nak ikut juga pergi rumah aunty Ita.Mama tak kisahkan?" Tengku Marlina hanya tersenyum manis.Tengku Uthman mengerutkan dahi.
"Laa..tak akan kamu nak lepak dengan kaum hawa pula Affan lebih baik ikut papa dengan uncle Haizul." pelik itulah yang muncul di benak hati Tengku Uthman.Anak lelakinya ingin mengikut isterinya.Rasanya anak dia akan dikelilingi oleh kaum wanita.Tak ker boring tu.
"Ala abang ni biarlah dia nak ikut saya.Lagipun anak lelaki Ita dah balik Malaysia.Ainul tu kan kawan baik dengan Affan."
Affan terkesima.Ainul dah balik Malaysia.Hancur plan dia nak berdua dengan Ashikin.Bukan dia tak kenal Ainul yang protective bila berkaitan dengan Ashikin.
Sudahlah Ashikin dengan Ainul macam belangkas.Dimana ada Ashikin di situ ada Ainul.Adik - beradik belangkas.
"Affan,mama nak tanya sikit boleh tak?" anggukan yang diberi pada mamanya.
Sekarang otaknya ligat memikirkan bagaimana dia nak berduaan dengan Ashikin.Hah jawapan dia senang jer KAHWIN.Confirm Ainul tak ikut Ashikin lagi dah.
"Apa pendapat kamu pasal Ashikin kalau dia jadi calon isteri kamu?" Gugup kejap Affan.Tak terjangka dek akal pemikirannya yang mamanya akan tanya soalan cepu mas tersebut.Tengku Marlina yang melihat muka berkerut menyangka anaknya tidak menyenangi soalannya terus bersuara.
"Mama bukan nak paksa Affan kahwin dengan Ashikin tapi kalau kamu nak kenal-kenal dengan dia boleh jer mama aturkan.Kalau kamu tak suka juga..." Tidak sempat Tengku Marlina menghabiskan ayatnya Affan sudah menyampuk.
"Mama nak kahwinkan Affan dengan dia hari ni pun Affan tak kisah!" Affan yang tersedar apa yang diperkatakan menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangannya.Aduh muka Affan berubah menjadi warna merah.Ya Allah malunya.Macam mana aku boleh terlepas cakap ni desis hati Affan.
Tengku Uthman dan Tengku Marlina terkesima dengan jawapan pantas Affan.
Affan menelan air liurnya.
"Eh mama Affan lupa pula ada kerja yang Affan tak siapkan lagi."Kelam kabut Affan bangun dari tempat duduknya.Boleh pula masa dia jalan tu dia nak tersungkur nasib baik tak menyembah tanah kalau tidak hilang sudah muka handsome Tengku Affan.
"Abang saya tak silap dengarkan?" Tengku Uthman memandang muka isterinya yang beriak tidak percaya.
"Abang rasa tak.Hmmm patutlah dia beria-ria suruh abang buat kontrak dengan syarikat Haizul.Lepas tu siap tawarkan diri lagi tu nak jadi perunding dan ketua projek tersebut.Rupa-rupanya anak kita ni dah jatuh cinta dengan anak Haizul tu."
Tengku Marlina menggeleng kepala.
"Saya rasa dunia ni dah terbalik kut.Anak kita mana pernah jatuh cinta bang lepas apa yang perempuan tu melukakan hati anak kita." Tengku Marlina masih tidak percaya dengan statement yang dibuat oleh Affan.
"Anak kita tu kan jenis pendiam.Jadi manalah kita nak tahu perasaan dia.Nak berbual kosong dengan dia pun susah.Lagilah susah dia nak bercerita tentang hati dia." Tengku Uthman menyambung bacaannya yang terbantut sebentar tadi.
"Hmph! tapi miang dia sama macam abang kan?"Tengku Marlina mengjungkit keningnya.Tengku ketawa kecil.
"Alaa.. sayang itu bukan miang tapi layanan mesra untuk yang tersayang.Agak-agak sayanglah kan Affan beri tak layanan mesra pada Ashikin?" pertanyaan Tengku Uthman membuat Tengku Marlina tersedak.
"Kalau macam tu esok juga kita pergi meminang si Ashikin tu bang!" tegas suara Tengku Marlina.
"Itu kena tanya Affanlah..abang tak berani nak buat keputusan." senyuman miang A.K.A gatal muncul dibibir Tengku Uthman.
"Sayang tak rasa ker nak tambah ahli keluarga kita ni.Aisyah dah kahwin.Affan pun macam nak kahwin juga.Kesian kita tinggal berdua." keluh Tengku Uthman sebenarnya sengaja jer nak bermanja dengan isteri.
"Abang! hish abang ni miang betullah.Tadi Affan kat sebelah tak ada pula nak tunjuk miang abang." Tengku Marlina memberi penangan kasih di lengan Tengku Uthman.Terjerit kecil Tengku Uthman.
Mereka saling membalas senyuman.
"Nak ke tak nak tambah ahli keluarga kita ni?" Terjegil biji mata Tengku Marlina.
Tak habis lagi rupanya topik tambah ahli keluarga.Susah betul dapat suami miang macam Tengku Uthman.
Baru sekarang anda tahu darimana datang perangai miang Tengku Affan.Bapak borek anak rintik.

Maaflah kalau ada yang rasa novel ni boring.Saya tulis untuk suka-suka sahaja.

5 comments:

  1. Cik, ni saya Rehan Makhtar atau RM..saya dan sara sassy gurlz dapat pesanan daripada kawan awak minta kami singgah di blog ni..
    saya tak baca lagi tapi rasanya elok kalo cik add FB kami..senang nak share ilmu kan..kalo sudi la

    FB kami..
    Nur Ezzah Maisarah Mokhtar / sara sassy gurlz(page)

    Rehan Makhtar/ Rehan.Makhtar(page)

    kalo sudi jugak bole like page kami..

    ReplyDelete
  2. cik sakura, sy dah baca..masih byk kelemahan dlm ni yg masih bole diperbaiki. tatasusila kena jaga. mmg kita menulis tp kena ambil kira juga pembaca kita. jgn terlalu bebas menyatakan suasana tu..jgn extreme sgt buat adegan2 seksi..paham kan..ayat byk juga tak bersambung. idea ada tp garapan agak lemah.
    contoh ayat kat bawah ni :
    "Kalau macam tu esok juga kita pergi meminang si Ashikin tu bang!" tegas suara Tengku Marlina.
    ...!" Suara Tengku Marlina kedengaran tegas. atau pun Suara Tengku Marlina bersuara tegas.
    dan bab ni rasanya pendek. mgkin 2 pages saja. cuba buat 6-8 pages utk 1 bab..itu standard.

    macam ayat ni : "Abang saya tak silap dengarkan?" Tengku Uthman memandang muka isterinya yang beriak tidak percaya.

    pembaca mgkin keliru sapa yg ckp tu..Abang, sy tak salah dengarkan?" tanya Tg.Marlia. Tengku Uthman sekadar memandang wajah isterinya yang beriak tidak percaya. nampak tak beza dia mcm mana..lebih kurang la..ape2 hal..bole PM saya ata sara kat FB...wlpon menulis utk suke, tp idea ade,,usaha lagi..jadikan hobi pulak ek..

    ReplyDelete
  3. Thanks Kak Rehan..
    saya betul2 tak sangka yang kak Rehan akan komen saya punya Blog.
    Baiklah nanti saya akan perbaiki
    segala kelemahan saya...
    Excited saya baca komen Kak Rehan..
    Saya ni lemah sikit bila bab-bab mengarang ayat ni...

    ReplyDelete
  4. Excited betul kau ni...
    Okeylah tu sama2 dpt komen dari kak RM dan Kak sara...
    kan aku dah bagitau kita kena belajar cara nak mengarang ayat ni...

    ReplyDelete
  5. k rm singgah jenguk kot2 ade post baru..

    ReplyDelete