Thursday 24 November 2011

CERPEN~KAU PERTAMA DAN TERAKHIR


~ okey kepada pembaca saya ni tulis pakat hentam jer...kalau dah rasa boring berhenti  baca okei…Syafiqah thanks sebab bagi pinjam kau punya blog untuk post cerpen ni…~

Nama aku Allisya Khairi Bt Ridhuan so cerita ni mengenai aku dan suamiku yang dikenali sebagai Rayyan Bin Dato Zulkifli.Nak dijadikan cerita aku dah kena tangkap basah dengan Rayyan jadi terpaksalah si Rayyan ni mengahwini aku.Rayyan ni sebenarnya kawan aku dari kecik lagi tapi dia ni budak skema dan aku ni agak brutal sikit masa kecik.Okey aku tipu bukan brutal sikit tapi brutal nak mampus sampai si Rayyan ni takut dengan aku.HAHAHA…teringat waktu masa akad nikah di rumahku.

~Rumah Allisya Khairi sewaktu akad nikah~

“A...A… Aku ter..ter..ter..ter…” tergagap si Rayyan ni nak melafazkan akad nikah.Aku dah panas dah ni sebab ni adalah kali ke-17 si Rayyan ni nak melafazkan akad nikah.
“WEI APA YANG TER..TER..TER NYER!!!!”  selepas aku berkata begitu lancar terus si Rayyan melafazkan akad nikah.

“Aduh!” aku mengaduh apabila mama mencubit peha aku.Aku menundukkan muka tiba-tiba rasa segan campur malu menguasai aku. Ramai tetamu memandang muka ku dengan mata yang terkebil-kebil…kesian tetamu terkejut barangkali.Yelah tak pernah di dek buat orang pengantin lelaki kena marah dengan pengantin perempuan.

Rayyan sudah mendekatiku untuk upacara pembatalan air sembahyang.Teragak-agak si Rayyan ni nak hulurkan tangannya.Aku yang menunduk tadi terus menaikkan kepala apabila si Rayyan sudah hilang di hadapanku.Aik??? mana mamat ni hilang.Entah suara siapa entah yang membuat semua orang terjaga dari suasana yang blurr…

“ ALAMAK!!!pengantin lelaki dah lari!!!!” aku tersentak dengan segera aku bangun mengejar si Rayyan yang dah mencicit lari. Itulah kenangan perkahwinan aku dengan suamiku.

Haish takut betul si Rayyan dengan aku.Aku rasa memang patut pun dia takut dengan aku sebab aku adalah pembuli.Dia selalu jadi mangsa buli aku sejak tadika lagi. Sekarang aku tekad untuk menunjukkan siapa diriku yang sebenarnya kepada Rayyan dan untuk pengetahuan korang semua aku buli dia sebab aku sukakan dan sayang dia sepenuh jiwaku.Cis berjiwang pula aku hehehe…Mulai malam pertama aku akan cuba meluahkan rasa hati ku pada  si Rayyan ni. Jom saksikan macam mana aku luahkan perasaan aku kepada dia.

~Rumah Rayyan sewaktu malam pertama~

Untuk info tambahan:Rayyan terus lari balik rumahnya jadi aku pun ikutlah balik rumah dia.Upacara perkahwinan tu aku dah tak tahu apa yang berlaku sebab rumah aku kat Johor dan rumah Rayyan pula di Kuala Lumpur dan kami akad nikah masa tu dah petang .Jadi kami sampai di Kuala Lumpur dah malam.

Rayyan ku lihat seperti duduk dalam alam yang dia cipta sendiri.Jauh bebenor mamat ni mengelamun sampai aku di belakang dia pun dia tak sedar.Khusyuk betul dia melihat bintang dan bulan.Aku mendekatinya lalu aku merangkul pinggangnya dari belakang terlompat terus si Rayyan.Dia menolak aku supaya jauh darinya.Aku ketawa kecil apabila mukanya  sudah bertukar menjadi pucat lesi dan aku tahu dia sudah menelan air liurnya sendiri .Mestilah air liur diakan kalau air liur aku pelik pulakan.

“MM..mm..aa..aa..Khai..Khai…Rayyan..min..min…” tergagap si Rayyan ni nak bercakap denganku.Eh korang jangan ingat dia ni gagap pula sebenarnya dia hanya gagap dengan aku seorang sahaja.

“Yanyan kenapa gagap pula ni? Lagi satu Yanyan boleh panggil Khai dengan panggilan Syasya.” Ujarku dengan senyuman manis.Rayyan sudah tersenyum kelat.

“Rayyan..Rayya…min…min..minta maaf se..sebab la..la..la..ri da..da..dari Kha..eh..eh Sya..” ujar Rayyan dengan muka ditundukkan.Tidak berani barangkali untuk memandangku.

“Yanyan..Yanyan still takut dengan Syasya ker?” tanyaku dengan kening ku angkat sedikit.Rayyan menjawab soalan ku dengan anggukan tapi dia masih tidak memandang mukaku.Aku mengangguk kepala ku beberapa kali.

“Mmm..sebenarnya Syasya…Syasya…” aduh aku pun dah kena jangkitan gagap si Rayyan ni.Rayyan menunggu dengan sabar.Muka ku sudah bertukar menjadi merah.Rayyan yang melihat mukaku bertukar merah sudah mengerutkan dahi.

“Sebenarnya Syasya  cintakan  Yanyan” ujarku sekali nafas sahaja.Berubah muka Rayyan dari putih menjadi merah.Alalal a…comelnya…kyaa…kawai…terover sudah.Tapi serius aku cakap Rayyan nampak comel jer dengan muka merah macam tu.Rayyan terus masuk tidur dan menarik comforter untuk menutup dirinya.Aku hanya mengjungkit bahuku.Tapi yang kelakarnya apabila aku baringkan badan aku di sebelah dia terus dia jatuh dari katil…hahaha…kelakar betul si Rayyan  ni.

Okey tu step pertama aku meluahkan apa yang aku pendam selama ni.Step kedua aku akan masak makanan kegemaran dia.Hmmm…makanan kegemaran Rayyan adalah nasi goreng kampung.

~Di dapur rumah Rayyan sewaktu memasak makanan kegemaran Rayyan~

Masa masak aku selalu berzikir sebab aku rasa tenang jer bila aku masak .Lagi pun orang kata kalau berzikir sewaktu masak  makanan yang kita masak tu akan bertambah sedap.Rayyan sudah berada di dapur dan mulut ku tidak habis-habis berzikir.Rayyan mengerutkan dahinya.

“A..A..A..wak…bu..bu..buat..a..a..apa..tu?” soal Rayyan dengan tergagap macam biasa.Haish kenapalah dia mesti gagap bila bercakap dengan ku.

“Syasya masak nasi goreng kampung.Makanan kegemaran Yanyan kan?” tanyaku untuk kepastian.Rayyan mengangguk kepalanya beberapa kali.

Di meja makan.Rayyan teragak-agak untuk memakan nasi goreng tersebut.Aku mengeluh.

“Yanyan makanlah…jangan risau Syasya tak letak racun pun.” Ujarku sambil menyuapkan nasi tersebut kedalam mulutku.Barulah si Rayyan tu makan dengan khusyuk.Aku tersenyum manis.

“Tapi Syasya jampi nasi tu supaya Yanyan jatuh cinta dengan Syasya” bila aku berkata begitu terus tersembur nasi yang Rayyan makan.Terbatuk-batuk si Rayyan lalu ku beri air masak yang berada di atas meja.Aku ketawa kecil seronok pula mengenakan si Rayyan ni.

“Ta…ttaa..tadi Sya…jam..pi..na..na..ssii..ni…ker??” tanya Rayyan dengan muka pucat lesi.Air yang berada di tangannya diteguk dengan rakus.

“Yup..Syasya jampi nasi tu nak tahu apa bacaan jampian tu?” tanyaku sambil memakan nasi tersebut dengan muka selamba.Rayyan hanya memandang nasi dihadapannya lalu memandang mukaku dan aku yang faham isyaratnya terus bersuara.

“Bacaan jampinya bunyi dia macam ni ehem..ehem…subhanallah walhamdullih walaillahaillah walahuakhbar” ujarku dengan selamba.Si Rayyan sudah tercengang kemudian dia menyambung makan nasi goreng tersebut.Aku tersenyum kecil.

“mm…mmm sed..sedap ..a..aa…awak…mm.aa..masak Sya”ujar Rayyan tanpa memandang mukaku.

Yahoo…Rayyan puji aku punya masakan bangga gila aku.Step kedua dah aku laksanakan sekarang ni step ketiga pula iaitu make sure Rayyan tak akan gagap lagi apabila bercakap dengan aku.Hmmm…yang ini agak susah sikit.Jom tengok macam mana aku buat si Rayyan ni tak gagap dengan aku lagi.

~Di taman perumahan Rayyan sewaktu  berjogging~

Aku dan Rayyan dah lari 3 kali round satu taman ni.Huh penat giler.Rayyan duduk agak jauh dengan aku.Hai abang ku sayang… awat duk jauh sangat.Aku mendekatkan jarak kami tapi Rayyan bergerak jauh dan aku pun mendekati  jarak kami lagi sekali dan Rayyan juga buat perkara yang sama menjauhi aku.Aku mendekati dia lagi dan Rayyan bergerak ke tepi tiba-tiba GEDEBUKK!!! Aduh biji nangka jatuh lah.Aku membeliakkan biji mataku apabila ku lihat si Rayyan sudah jatuh dari kerusi.

“Yanyan!!!” ceh drama jer lebih aku ni macamlah dia jatuh gunung pada hal dia jatuh kerusi jer.Rayyan menggosok punggungnya.

“Syasya minta maaf Yanyan.” Ujarku lalu aku menolong Rayyan bangun dan aku mebelek-belek badannya untuk melihat sebarangan kecederaan namun tiada.Rayyan menepis tanganku.Aku terkejut dan tercengang bukan sebab dia menepis tanganku tapi air mata yang mengalir dari tubir matanya lalu Rayyan meninggalkan aku di situ.Aku menepuk dahi sendiri.Allisya macam mana kau boleh lupa yang suami kau tu budak cengeng.Ha untuk pengetahuan korang suamiku ni seorang yang cengeng.Pernah sekali tu masa sekolah menengah aku tengking dia,dia terus menangis.Jatuh standard betullah suamiku seorang ni.

~Di rumah masih lagi dalam misi ketiga~

“Yanyan…” jeritku di luar bilik yang kami kongsi namun tiada yang menyahut pun.Aku cuba membuka pintu bilik kami.Pintu bilik itu terbuka dan ku lihat si Rayyan sudah menangis.HAILA…macam mana aku jatuh cinta dengan mamat ni.HEI! korang jangan mengejek suamiku lembik pulak yerk…dia bukan lembik cuma sensitive jerk.

“Yanyan…Yanyan sakit dekat mana mari Syasya rawatkan yer” ujarku dengan nada yang lembut.

“Kenapa awak?Apa yang awak nak dari saya sebenarnya Khai! Tidak cukupkah dulu awak buli saya tak akanlah bila saya dah dewasa pun awak nak hancurkan kebahagiaan saya?”tanya Rayyan.Aku terkaku.

“Kenapa?kenapa awak ada di mana sahaja saya ada.Di tadika awak ada.Saya pindah sekolah lain awak mesti ada dekat sekolah tu.Bila sekolah menengah awak ada juga dekat situ.Apabila masuk Universiti awak dapat sama yang saya masuk dan kerja kenapa awak ada di tempat yang saya kerja.Awak ni macam stalker tahu tak!Saya rimas!rimas! awak seperti bayang-bayang saya.Saya benci!” tengking Rayyan padaku.Begitu bencikah Rayyan kepadaku?

“Dulu semasa saya bercinta dengan orang lain awak juga yang jadi punca kami berputus dan sekarang saya mencintai seorang wanita dan ingin hidup bahagia dengan dia tapi awak musnahkan impian saya!AKU BENCI KAU ALLISYA KHAIRI!!!!”tuduh Rayyan  tanpa usul periksa dan sebaik berkata begitu Rayyan meninggalkan aku keseorangan dalam bilik tu.

Sedih itulah yang aku rasa saat ini.Rasa macam nak nangis jerk tapi aku tahan air mata aku dari jatuh.Mungkin sewaktu aku melafazkan rasa cintaku bukan dia malu tapi marah padaku barangkali.Perasan sungguh aku ni.Aku ingat dia malu apabila aku luahkan perasaan aku tapi dia marah.Marah sangat-sangat. 

“Awak maafkan saya yer.” Ujarku dengan lirih.Air mata yang ku tahan akhirnya jatuh juga.Aku menangis kerana seorang lelaki yang aku cintai.BODOHNYERR..bodoh ker menangis kerana lelaki?

Rayyan,
saya tak pernah ikut awak pergi mana-mana pun.Takdir yang sentiasa menemukan kita.Saya sedih apabila saya kena pindah tapi saya gembira apabila awak juga pindah tempat yang sama saya akan pindah.Ya betul cakap awak sebab saya,awak putus dengan orang yang awak cintai tapi awak tahu tak dia hanya nak main-mainkan perasaan awak sebab tu saya buli dia.Ya memang saya yang hancurkan impian awak untuk berbahagia dengan Melisa gadis yang awak cintai tapi awak tahu tak yang dia nak buat awak jadi pak sanggup.Saya sanggup kena tangkap basah dengan awak.Ya saya yang rancang semua tu untuk berlaku tapi untuk selamatkan awak dari menjadi seorang pak sanggup.Maafkan saya sebab buat hidup awak terseksa.Saya bodoh sebab ingat awak bahagia kalau saya ada bersama-sama awak.Saya ingat saya boleh bahagiakan awak dan awak boleh lupakan Melisa namun tanggapan saya salah.Maafkan saya yer Rayyan…saya betul-betul menyesal.Awak tahu tak bila saya cakap saya cintakan awak,saya betul-betul maksudkan.Bila awak dapat surat ni saya akan hilang dari pemandangan awak.Kalau awak nak cari saya,awak tanya jer ibu awak.

Yang mencintaimu dari dulu lagi,                                                                                                         ALLISYA KHAIRI BT RIDHUAN

Air mata ku kesat.Wah hari ni hari bersejarah first time aku nangis.Korang semua boleh cakap yang aku ni gedik ke apa atau mengambil keputusan terburu-buru tapi aku rasa terlalu lama aku menjadi bayang-bayang Rayyan.Sejak tadika hingga aku berumur 26 tahun aku sentiasa ada bersama dengan Rayyan. Aku rasa cukuplah aku menjadi bayang-bayang Rayyan.Tapi aku sungguh berharap yang dia akan mencari aku.Cinta ni tidak akan ku sekali-kali lupa kerana dia adalah cinta pertamaku dan akan jadi cinta terakhir.Air mata mengalir lagi namun kali ni aku biarkan sahaja air mata ini mengalir.Misi ketiga aku juga sudah berjaya.

~2 tahun kemudian~

Agak-agaknya kan macam manalah keadaan Rayyan.Masuk tahun ni dah 2 tahun aku tak dapat khabar berita dia.Haish rindu aku pada wajah skema tu.Rambut disisir tepi,cermin mata berbingkai tebal dan baju yang dibutang sampai ke atas dan mata coklat dia tidak pernah aku lupa.Tapi semua itu bukan sebab utama aku jatuh cinta pada dia sebab utama aku jatuh cinta padanya adalah cara dia menghormati orang tua.Hah..padan muka dengan aku ! siapa suruh lari dari rumah tapi aku sangat pasti yang aku masih lagi isteri kepada Rayyan kerana duit di dalam bank aku sentiasa bertambah setiap bulan.Gaji aku yang  2 ribu boleh jadi 3 ribu tak ker pelik tu jadi aku tanya pada mama ku dan mama kata Rayyan yang masukkan duit tu.Dia masih menjalankan tanggungjawabnya terhadapku kecuali batin jelah yang aku tak dapat heheh…miang aku ni.STOP IT! Allisya jangan berharap entah-entah dia dah kahwin dengan Melisa tu.Aku mengeluh untuk kesekian kalinya.

Teringat aku masa Rayyan tengah khusyuk tengok bulan dan bintang sama macam keadaan aku sekarang ni khusyuk tengok bulan dan bintang.Malam ni sungguh dingin sekali.Masalah betul aku ni asyik teringat dekat Rayyan jer.Menyesal betul aku tak terkam si Rayyan masa malam pertama kami tu.Hish tengok aku merepek lagi.

“HAILA ..Rayyan menyesal saya tak terkam kau masa malam pertama kita.” Tanpa ku sedar benda yang aku fikir terkeluar dari mulutku tapi tak apa aku duduk dalam bilik jadi tiada sesiapa pun yang akan dengar pun. TAPI…

“Jadi kenapa sayang tak terkam jer…abang mesti mengaku kalah punya kalau sayang guna suara soprano sayang tu” suara tu aku sangat-sangat kenal.Aku menggeleng kepala.Adui…parah betul ni sampai aku dah terboleh bayang dia punya suara.

“Teruk betul kau ni Allisya!Rayyan saya betul-betul rindukan awak.Tengok saya dah siap boleh bayang suara awak pula.” Aku mengomel.Tiba-tiba ada lembaga merangkul pinggang ku.Aku terkejut lalu cuba melepaskan diri tapi aku berhenti apabila minyak wangi yang biasa aku hidu mula menusuk dihidungku.

“Sayang rindu pada abang yerk..abang pun rindu sayang juga” ujar Rayyan dengan nada romantis sekali.Rayyan  mengalih aku supaya berhadapan dengannya.

“Rayyan…Rayyan betul ke awak ni?” aku terkejut.Adui mahu aku mati terkejut asyik terkejut jer dari tadi.Penampilan Rayyan berubah 10000% dari hujung rambut ke hujung kaki berubah.

“Ya ni Rayyan lelaki yang mencintaimu sepenuh hati.” Ujar Rayyan sambil mengucup dahiku. Aku terasa seperti mimpi.Aaaahhh..ada aku kisah kalau ni mimpi pun tapi aku rasa ni bukan mimpi.

“Kenapa abang tak datang melawat Syasya selama 2 tahun ni?” tanyaku dengan suara yang sayu.

“Abang kena denda dengan ibu.Ibu kata anaknya dia ni kena berubah menjadi seorang lelaki yang macho barulah boleh berada di sisi sayang.Surat sayang dan penjelasan dari ibu membuat abang ingin berubah menjadi lelaki yang gagah dan tak mudah menangis .Thanks sayang sebab sudi kena tangkap basah dengan abang hanya kerana ingin menyelamatkan abang yang mudah tertipu ni.Macam manalah abang tidak nampak yang sayang adalah tulang rusuk kiri abang.Maafkan abang kerana melukakan hati sayang.” Penjelasan Rayyan masih tidak memuaskan hatiku.

“Tapi kenapa sampai 2 tahun?” tanyaku dan sebuah kucupan ku terima dikedua-dua belah pipiku.

“Abang ni kan mamat cengeng jadi susah sikit nak ubah  perangai tu.Abang beli rumah baru,kerja baru dan kena menstabilkan diri abang sebelum abang membawa sayang kembali dalam hidup abang.So sayang apa kata kita berhenti bercakap sebab abang dah tak sabar nak terkam sayang ni” ujar Rayyan dengan ketawa kecil.Aku menjegilkan matanya.

“ Eh mana boleh! sayang yang nak terkam abang dulu” ujar ku tanpa rasa segan silu.Yelah buat apa nak malu dia suami aku.

Akhirnya malam itu menjadi tanda pencintaan mereka.Okey untuk info tambahan.Allisya Khairi dan Rayyan mempunyai 6 anak.

THANKS AGAIN SYAFIQA SEBAB BAGI AQ POST CERPEN TAK SEBERAPA NI DI BLOG KAU.OKEY PEMBACA ENJOYLAH.INI CERPEN PERTAMA SAYA.


5 comments:

  1. wow!!! giler si Syasya tu... hehe... nice writer!!!

    ReplyDelete
  2. hahaha..gns btol syasya tuu..haha
    best2!!

    ReplyDelete
  3. serius best.. x sangka ada jugak pompuan yg seselamba syasya tu.. hehe.. apa2 pon.. best sgt.. ;)

    ReplyDelete
  4. Jgn ganaz sgt SyasyA....hahA

    ReplyDelete
  5. Hahha...gatal tull syasya niii..sweet

    ReplyDelete