Tuesday 15 November 2011

Selami Jiwaku 4

Ashikin dan Ainul bersembang agak lama sehingga Dato Haizul dan Datin Rozita menggeleng kepalanya.Namun perbualan mereka sedikit terbantut apabila mendengar ada orang memberi salam.Datin Rozita sudah senyum sampai ke telinga.Dato Haizul mendekati Ainul dan Ashikin
"Ainul,kamu nak ikut papa main golf tak dengan Tengku Uthman?" pertanyaan Dato Haizul ditolak lembut oleh Ainul.
"Marlina apa kata kau sekeluarga makan tengahari dan malam kat sini jelah.Kau tolong aku masak sekali nak.Kita sediakan makan malam sama-sama.Macam dulu-dulu nak?" pertanyaan Datin Rozita tidak dikecewakan oleh Tengku Marlina.
"Affan...biar betul...ni kau mimpi apa ni nak datang Malaysia ni.Dulu aku ajak banyak songeh siap dengan ikrar bagai tak nak datang Malaysia ." ujar Ainul dengan nada gembira lalu dipeluknya Affan dengan rasa sungguh gembira.
"wei..wei..relaks arggh Ainul siap peluk bagai ni apa kes?" Affan masih dengan muka coolnya.
Ashikin sudah mencebik.
'Sibuk betullah mamat rusa ni..aku nak lepas rindu dekat abang aku dia pun sibuk juga nak melepaskan rindu' desis hati Ashikin.
"Hah Affan aku rasa kau dah kenal dengan adik kesayangan aku ni kan so tak payah lah aku kenalkan korang berdua ." ujar Ainul dengan senyuman yang lebar.
Ashikin hanya membisu apabila Affan dan Ainul sibuk berbual.Tidak mahu dia bercakap dengan mamat rusa ni.Dia hanya membuka mulutnya apabila ditanya sahaja.Ainul meminta diri untuk pergi ke tandas.Datin Rozita dan Tengku Marlina berada di tingkat 2 berbual tentang kenangan lama.
"Hai honey..dah berapa lama yerk kita tak jumpa.Seminggu? setahun?" tanya Affan dengan senyuman menggoda diukir di mukanya.
"Baru semalam  kita  berjumpa yang kau nak rindu bagai ni kenapa? Ish kenapa kau tak ikut jer ayah kau gi main golf ,ni tak kau sibuk nak berjumpa dengan abang aku apa kes?" Ashikin sudah geram dengan Affan yang dirasakan mengganggu dia melepaskan rindunya kepada Ainul.
"Ala nanti setiap hari honey boleh berbual dengan Ainul kan? Dia bukan nak pergi mana-mana pun.Honey... jom kahwin nak...dear dah tak sanggup nak tanggung rindu ni..dear kalau boleh nak honey 24 jam ada di depan dear" ujar Affan.Ashikin sudah mengjegilkan matanya.
"Selamba cekodok badak kau lamar aku yer rusa.Kau pergilah cermin diri kau dulu.Dah lah rusa ada hati nak kahwin dengan aku." dengus Ashikin.Geram dia dengan Affan yang selamba melamar dia.Tak romantik langsung!!
"Ala dear dah puas dah cermin diri dear dekat cermin.Handsome,kacak ,kemas...bukan ker itu lelaki idaman setiap wanita." ujar Affan yang langsung tidak ambil hati dengan sindiran Ashikin.
"Ish...geram betul aku dengan kau ni rusa..eeiiii...geram..geram..geram...hah dengar khabar tunang kau dah balik Malaysia.Hah mesti dia dengar kau dah balik Malaysia ni apa kata kau pergi lamar dia." ujar Ashikin dengan senyuman sinis. Affan memandang tajam ke arah Ashikin.Senyuman sinis yang diukir di muka Ashikin hilang apabila bertembung mata dengan Affan.Jantungnya mula berkerja keras mengepam darah. Laju jantung Ashikin berdegup.
"Berapa kali Affan nak cakap Melisa adalah BEKAS tunang Affan dan Affan tak akan sesekali lamar kepada perempuan yang Affan tak cintai." Affan memandang tajam ke arah Ashikin.Nada suaranya dikeraskan supaya Ashikin faham dia dan Melisa adalah cerita lama.
"Okey whatever..." Ashikin membalas dengan malas.Affan menggigit bibirnya.Geram dengan tindakan Ashikin yang seperti tidak memahami kehendak hatinya.Affan menarik muka Ashikin dan membawa muka tersebut mendekati mukanya.Mata mereka bertembung.Ashikin mula mengaduh kesakitan apabila terasa rahangnya di pegang kuat oleh Affan.
"Look in my eyes and tell me you don't loves me Ashikin and I would never ask for you to marry with me anymore." Affan memandang mata Ashikin.Ashikin kelu dan kesakitan yang dia rasai tadi tidak di hiraukan.Suaranya seperti tersekat di kerongkong.Ashikin menepis tangan Affan dengan kasar.Affan tersenyum sinis.
"I guess I have to keep asking you to marry me huh" Affan tersenyum kemenangan
"Shut up Affan dan tolonglah aku merayu pada kau jangan paksa diri kau untuk menyintai aku." dengan sebaris ayat tersebut Ashikin meninggalkan Affan dengan keadaan terpinga-pinga.Ashikin mengambil kunci motornya lalu keluar dari rumahnya.Affan masih statik seperti tadi.
'Apa maksud kau Ashikin paksa diri ku menyintai mu?' soalan itu berlegar-legar di kepala Affan.Sungguh dia tidak faham maksud Ashikin. Ashikin berasa sakit di bahagian ulu hatinya.Affan seorang yang penuh dengan kepura-pura.
'Tolonglah Affan berhentikan lakonan mu!!!' jerit hati Ashikin.Air mata mula mengalir dengan deras.Dilajukan motornya di tahap maksimum.Jika dia tidak tahukebenaran sudah pasti dia akan menerima lamaran tidak romantik Affan disaat itu juga.
Tiba-tiba muncul seekor anjing muncul dihadapan Ashikin.Ashikin mengelak lalu dia terbabas.
Bummm....

Okey...kita sambung di chapter 5 nanti terk..maaflah kalau rasa bosan dengan novel ni yerk...and sorry lambat up date..enjoys

4 comments:

  1. tak boring pun...best apa cite nih... nanti sambung lagi yek..

    ReplyDelete
  2. Kalau perenggan cerita ni jarak-jarak boleh tak??Sebab saya selalu konfius kat mana saya baca...
    And apa-apapun nice story!!:)
    Keep it up and up!! :)

    ReplyDelete
  3. saya baru sempat singgah. masih ada bebrapa kelemahan. untuk satu bab ini agak pendek..kan sy ade berkongsi, cuba buat dlm 8 mukasurat. ada sikit ayat tergantung dan garapan msih perlu belajar lg..so far jln cerita ni menarik..bila baca buat org nk tau what happen to shikin actually..cuba lg..ni dh improve byk dh ni..

    Rehan Makhtar

    ReplyDelete