Monday 2 January 2012

Selami Jiwaku 7

Ashikin sudah gelisah dan resah.Nampak gayanya Nazrin sudah mempercepatkan tarikh tersebut kerana beberapa hari yang lalu keluarga Nazrin datang merisik dan sekarang mereka akan ditunangkan.
Sungguh Ashikin tak percaya! Dia akan mengahwini lelaki yang satu masa dahulu memijak maruahnya.
Ainul pun tidak dapat untuk menolongnya.Puas sudah Ashikin dan Ainul memujuk Datin Rozita untuk tidak menerima tapi Datin Rozita berkeras ingin menerima.Ashikin ke hulu dan ke hilir...Ainul hanya memandang adiknya yang sedang keresahan itu sekejap lagi ibu Nazrin akan menyarungkan cincin di jari manis Ashikin.

"Abang macam mana ni?Adik tak nak bertunang dengan Naz!" Ashikin mengeluh.Ainul menarik Ashikin supaya duduk disebelahnya.

"Abang minta maaf sangat sayang...abang dah cuba semampu yang boleh untuk menghalang Naz jadi tunang adik kesayangan abang ni tapi mama tetap berkeras." Ainul tersenyum hambar.

"Sijil perkahwinan tu adik simpanlah elok-elok." Ainul menghulur sijil perkahwinan tersebut.Ashikin juga dipaksa oleh Datin Rozita untuk pergi ke kursus kahwin.

"Sudahlah jangan buat muka macam ni yerk..." pujuk Ainul.Kalau diikutkan hatinya ingin sahaja dia membelasah Nazrin tapi Ashikin menghalang kerana takut Datin Rozita akan tahu akan hal ni.

"Hurmmm...I wish this is novel...abang tahu tak kalau dalam novel mesti orang yang adik sayangkan adik akan selamatkan adik...tapi malangnya dalam dunia ni tiada sesiapakan sayang adik." Ashikin ketawa kecil dengan harapan dia itu.Ainul juga ketawa kecil.

"Kenapa tak lari ikut tingkap macam dalam drama Tv jer?" Ainul memberi cadangan.Ashikin ketawa dengan cadangan Ainul

"Yelah tu lari ikut tingkap...ni tak nampak baju kebaya putih di badan adik ni.Nak jalan pun susah! ada hati nak panjat dinding tu.Mengarut jer abang ni." Ashikin tahu abangnya sengaja berkata begitu.

"Dahlah abang! abang sepatutnya duduk dekat luar sana bukan dalam bilik adik ni." Ashikin menghalau abangnya.Ainul hanya ketawa apabila Ashikin harus menolak dia keluar dari bilik tersebut.


"Ala adik bagilah abang duduk dalam bilik ni....abang tak nak buat kerja rumah.." Ainul ketawa apabila Ashikin menunjuk penumbuknya.


"Keluar jangan nak mengada-ngada." Apabila Ashikin sudah berjaya keluarkan Ainul dari biliknya dia tidak terus masuk ke dalam bilik apabila melihat muka cemberut abangnya.Ashikin mencubit lengan abangnya.


"Dah tak payah buat muka cemberut macam tu.Pergi turun dan tolong mama dan papa." ujar Ashikin dan sebaik Ashikin ingin memasuki biliknya terdengar suara orang menjerit.Cepat-cepat Ashikin dan Ainul turun untuk mengetahui apa yang terjadi..


Terkejut Ashikin dan Ainul apabila melihat Nazrin dan seorang lelaki sedang bergaduh.Ainul mencelah dalam pergaduhan itu.Seorang lelaki lagi menolong Ainul memegang Nazrin.Apabila mata Ashikin berhenti di seraut wajah yang dia kenal terus terlopong mulutnya.Affan!


"Sudah...sudah bawak bertenang."Ainul cuba menenangkan Affan yang masih memberontak itu.


Datin Rozita dan Dato Haizul agak terkejut dengan kedatangan Affan yang membelasah bakal menatu dalam rumah mereka.Ainul menarik Affan pergi ke taman belakang yang tiada sesiapa di situ.Ashikin juga mengikut jejak langkah Ainul.Hanya mereka bertiga di belakang taman ini.


"Affan...apa kau cuba buat ni? kau tahu tak hari ini adalah hari terpenting bagi Ashikin!" Ainul memandang tajam ke arah Affan.Affan hanya menunduk kepalanya.
 Ashikin duduk berhadapan dengan Affan dan disisinya Ainul.Affan yang perasan Ashikin ada di situ terus bangkit dan melutut di sisi Ashikin.


"Honey...kenapa buat dear macam ni? You know that I love you but why you engaged with Nazrin!That day when you accident you say that i don't love you.Now I come back to prove to you that I really love you" Tangan Ashikin diraih dan digenggam kuat-kuat.Air mata Affan sudah tumpah.Air mata Ashikin sendiri sudah tumpah.Ainul mengambil keputusan untuk duduk jauh sikit dari mereka.


"Awak tinggalkan saya macam tu jer Affan.Awak pulang ke London pun awak tidak bagitahu saya.Macam mana saya nak pasti awak betul cintakan saya.Hari itu saya tanya awak....awak hanya membisu.Saya rasa sedih dan hampa sangat kerana awak tidak membantah apa yang saya cakap dan awak tidak cuba pujuk saya pun balik Affan." Ashikin meluahkan perasaannya.Affan menciumi satu persatu jari Ashikin.


"Honey...jangan salah faham...Dear balik ke London untuk membakar semua kenangan dear dengan Melisa.Dear tak bagitahu Honey sebab dear tidak berani nak memandang muka honey yang menuduh dear hanya sayangkan honey disebabkan muka honey serupa dengan Melisa.Dear geram dengan honey yang asyik menuduh dear masih cintakan Melisa.Kalau Dear tahu semua ini akan berlaku dear tak akan balik ke London." panajang lebar Affan menjelaskan perkara sebenar.


"Please I'm begging you! don't married him!I really love you!Ashikin, I know deep inside in your heart that you loved me too.Jangan hancurkan masa depan awak..." rayu Affan.

"Saya tak cintakan awak Affan!" ujar Ashikin dengan mendatar.Matanya tidak bertembung dengan mata Affan kerana takut Affan akan ketahui rahsia hati dia.Affan terkedu tapi dia sangat pasti yang Ashikin sedang menipu.

"Ashikin pandang saya dan katakan awak tidak mencintai saya." Affan sudah memegang dagu Ashikin dan mata mereka bertaut.


"Saya...saya....saya..." kelu lidah Ashikin.Dia tidak boleh menipu Affan.Dia takut Affan akan mempermainkan di sepertimana Nazrin.


"Esok saya akan hantar ahli keluarga saya untuk meminang awak dan saya akan kahwin dengan awak secepat yang mungkin." terkejut Ashikin.

"Awak tak boleh buat macam tu Affan saya dah nak bertunang dengan Nazrin" bantah Ashikin.Oh! tidak dia tidak akan memalukan keluarganya.

"Awak sanggup kahwin dengan lelaki yang dulu patahkan hati awak dan memijak maruah awak.Awak sanggup terima hakikat bahawa dia hanya mempermainkan awak.Ashikin macam mana kalau dia ingin permainkan awak dengan perkahwinan ini." Affan mula bernada tegas.Dia tidak mahu pisang berbuah 2 kali.

"Apa maksud kamu Affan yang Nazrin mempermainkan dan mematahkan hati Ashikin, Affan?" tanya Datin Rozita ternyata bukan mereka bertiga sahaja di situ. Datin Rozita dan Dato Haizul telah mengikut mereka juga.Muka Affan.Ashikin dan Ainul sudah berubah tekejut dengan kedatangan mama dan papa.

Affan yang mula-mula teragak-agak untuk bercerita.Namun dia ceritakan juga.Ashikin pernah cerita kejadian ini kepada Affan.Dimana sewaktu diwaktu universiti Ashikin bercinta dengan Nazrin.Nyata Nazrin hanya ingin mempermainkan perasaannya dan mengikis hartanya.Lalu lelaki itu mengejek dia dan menghina dia di hadapan kawan-kawannya.
Datin Rozita naik angin dan menyerang Nazrin.Akhirnya keluarga Nazrin berasa malu dengan apa yang terjadi dan memohon kemaafan dari pihak keluarga Ashikin.

"Affan jangan lupa esok bawa keluarga kamu esok untuk meminang Ashikin yerk!" usik Datin Rozita.Ainul memandang tajam ke arah Affan.

"Affan tak akan lupa." Affan memandang Ashikin yang sudah malu.Genggaman ditangan dieratkan lagi.

"Ehem!ehem! kalau nak berpegang pun tengoklah keadaaan dulu yer!" tegur Ainul.Ashikin sebaik sahaja mendengar suara Ainul berkata begitu menarik tangannya dan mencicit lari naik ke biliknya.Ya Allah malunya....

Datin Rozita hanya menggeleng kepala dan masuk ke dalam ruimah dengan Dato Haizul.Tinggalah Ainul dan Affan sahaja di taman itu.Ainul mendekati Affan.

"Aku harap kau betul-betul maksudkan apa yang kau kata Affan!Sekali kau lukakan hati dia aku tak teragak-agak untuk masukkan kau ke ICU!Aku harap kau cintakan dia sebab dia bukan muka dia!Kau faham apa yang aku cuba sampaikan kepada kau Affan!" keras suara Ainul memberi Amaran.

"Aku cintakan dia kerana dia Ainul bukan sebab muka dia!Lagipun perangai dia jauh beza dengan Melisa.Aku akan cuba bahagiakan dia." Affan memandang muka bakal abang iparnya yang garang itu dengan tenang.

"Ingat Affan dia adalah permata hatiku.Satu-satunya permata hati keluarga ini.Kau musnahkan masa hadapan dia itu bermakna kau musnahkan masa hadapan aku jugak!Aku tolong ni pun sebab aku tahu Ashikin sudah jatuh cinta dengan kau." Ainul berlalu selepas berkata begitu dan Affan membawa diri keluar dari rumah itu.

Honey you not the first
but i promise you that 
you gonna be the last...
cinta pertama memang susah untuk dilupakan
tapi sejak dear jumpa dengan wanita yang bernama Ashikin Najwa...
Hati dear terus jatuh cinta...bukan kerana rupa dia...tapi hati dia....

Sebaik menulis ayat itu Affan terus menekan punat send.Dia ingin Ashikin tahu yang dia benar-benar sudah jatuh cinta dengan Ashikin Najwa.Affan sudah bertekad untuk mengahwini Ashikin dan membahagiakan gadis yang dicintai itu. 

PERHATIAN...SAYA MUNGKIN AKAN UPLOAD LAMBAT SIKIT CHAPTER 8




No comments:

Post a Comment