Sunday 8 January 2012

Selami Jiwaku 10 -Akhir-

Ashikin bahagia dengan Affan.Affan yang dari dulu selalu romantik bertambah romantik.Sikap miang dia juga makin menjadi-jadi.Penat Ashikin ingin melayan Affan yang sentiasa inginkan perhatiannya namun dia tetap senang walaupun perangai Affan kadang-kadang seperti budak tak cukup umur.Ashikin cuma risau keadaan Ainul yang sentiasa gelisah.Entah kenapa sejak kebelakangan ini Ainul sentiasa mengelak berjumpa dengan Ashikin.Sejak kebelakangan ini juga abangya sudah banyak hari tidak pergi ke pejabat.
Ashikin yang ternampak Ainul di taman bergerak ke situ.Dia betul-betul risaukan Ainul.Tidak sempat dia menghampiri abangnya,Affan sudah memeluknya dari belakang.Affan mungkin baru balik dari pejabat kerna terpaksa menguruskan sesuatu yang penting.

"Assalamualaikum Honey...rindu abang tak?" tanya Affan dengan manja.

"Waalaikummussalam abang.Abang ,tak dengar pun bunyi kereta masuk rumah?" soalan Affan dibalas dengan soalan dari Ashikin.

"Ala...jawab dulu soalan abang...Honey..." rengek Affan dengan manja.

"Honey rindu sangat-sangat dengan abang sayang,Honey ni." sejurus berkata begitu Ashikin menyalam tangan Affan dan menciut hidung Affan kemudian dikucup pipi Affan seperti kebiasaan yang dia selalu buat untuk menyambut kepulangan Affan.

"Pak mat ambil abang tadi lepas tu dia terus pergi ambil mama pergi rumah besan dialah tu.Almaklumlah mama sayang dengan mama abang kan kamcing." Ashikin hanya mengangguk sebenarnya dia masih risau pasal abangnya yang duduk ditaman tu.Affan yang perasan keresahan Ashikin terus bertanya

"Kenapa dengan sayang abang ni resah semacam jer?" Affan mengusap pipi Ashikin

"Abang Ainul tu sejak kebelakangan ini asyik termenung dekat taman tu.Lepas tu dua tiga hari ini abang Ainul macam nak mengelak dari Honey jer." Ashikin meluahkan keresahannya pada Affan.Affan perasan juga dengan perubahan Ainul tu.

"Apa kata kita pergi tanya dia sama-sama nak?Abang pun ada juga perasan."Ashikin dan Ainul berpapasan tangan bergerak ke taman.

Ainul yang runsing memikirkan ugutan Melisa langsung tidak perasan akan kehadiran Ashikin dan Affan.Hujung minggu ni Melisa akan datang ke rumahnya tapi yang Ainul tak tahu kenapa Melisa nak datang rumahnya.Ainul mula memikir ingin memberitahu Ashikin bahawa Melisa akan datang ke rumah hujung minggu ni supaya Ashikin akan bersedia dengan apa-apa sahaja kemungkinan.

"Ainul!Kau pikir apa tu sampai tak sedar kitaorang dekat sini?" Ainul terkejut dengan sergahan Affan.

"Wei lain kali bagilah salam! terkujat aku! kau tahu tak?" Affan tersenyum sinis.Ashikin juga tersenyum sinis.

"Abang berapa kali kita bagi salam tadi untuk abang Ainul?" sinis sekali percakapan Ashikin.

"Adalah dalam 10 sekali..." Affan juga mengikut rentak Ashikin.Ainul tersengih.

"Yer ker...tak sedar pula...betul ke sampai 10 kali bagi salam dekat aku minta maaf yer..." mohon Ainul kepada Ashikin dan Affan.

"Taklah...kitaorang tak bagi pun salam tadi saja jer nak kelentong kau." sebaik Affan berkata begitu mereka berdua ketawa.Ainul mengetap bibir.Geram! Ada ker dia kenakan aku desis hati Ainul

"Janganlah marah bro...kau ni kenapa senyap semacam jer?" tanya Affan.Matanya tertacap ke arah Ainul yang lihat sedikit kusut tu.

"Tak ada apa-apalah..." dalih Ainul.Ashikin memuncungkan mulutnya.Tahu sangat abangnya menipu.

"Abang jangan nak kelentong Ashikin yer...kalau abang nak kelentong Affan tak apa...tapi jangan dengan adik abang ni yang membesar dengan abang.Cepat bagitahu!Kalau tidak Cooper masuk bengkel." ugut Ashikin.

Ainul tersengih.Dia tak takut dengan ugutan Ashikin.

"Tak ada apa-apalah! Macamlah berani sangat nak rosakkan Cooper kesayangan abang tu." ejek Ainul.Ainul terlupa sebentar yang bahawa Ashikin pernah merosakkan Coopernya kerana tidak mengambilnya di kuliah.

Ashikin tersenyum jahat.Affan yang pelik tengok senyuman Ashikin itu mula berasa tidak sedap hati.

"Honey...kenapa senyum macam tu?" tanya Affan dengan risau.Ainul yang dengar Affan tanya begitu cepat-cepat menghalang Ashikin yang seperti ingin berlalu.

"Eh eh eh.... abang...abang acah jer tadi...bukan betul-betul pun..." kelam kabut Ainul memujuk Ashikin.

"Tahu pun takut.Sayang juga abang dekat Cooper tu yer...kalau abang tak nak isteri abang terluka...cepat bagitahu apa yang abang rahsiakan!Tapi kalau Ashikin tahu abang ada tipu sikit pun!cermin Cooper pecah!Faham!" ugut Ashikin dengan nada yang tegas.

Ainul sudah mengangguk-angguk kepalanya. "Faham...faham..faham" Affan ketawa kecil dengan telatah Ainul yang menggelikan hatinya.

"Hah cepat beritahu!" perintah Ashikin dengan tegas sekali.

"Mmm...mmm... sebenarnya...sebenarnya....sebenarnya...sebenarnya..." Ashikin bengang begitu juga Affan.

"Apa yang sebenarnya..sebenarnya nyer!" serentak Affan dan Ashikin bertanya.

"Sebenarnya abang berjumpa dengan Melisa dua tiga hari yang lepas dia ugut abang!Kalau abang tak terima apa yang akan datang hujung miggu ini...Ashikin dan Affan akan hidup susah.Masalahnya abang tak tahu apa yang abang kena terima tu" lancar aje si Ainul ni bercakap.Ainul menutup mulutnya denga tangan.Terbocor sudah!!! monolog Ainul

Ashikin dan Affan sudah ternganga.Mereka berpandangan sesama sendiri.Kemudian mereka ketawa.Ainul pelik melihat Ashikin dan Affan ketawa sakan sampai hentak-hentak meja tu...Ainul bengang.Apa hal diorang gelak over gila ni desis hati Ainul.

Affan berdehem apabila melihat jelingan maut Ainul.Ashikin disebelah masih ketawa.Affan menepuk sikit bahu Ashikin.

"Dah...dah...jangan gelak....macam puntianak Honey...takut nanti abang nak tidur dengan Honey..." gurau Affan.Ashikin yang mendengar apa yang Affan kata sudah mencubit pinggang Affan.

"Kang ada jugak yang tidur dekat luar nanti...." Ashikin sudah mengjegilkan matanya.Affan sengih jer.

"Eh! yang korang gelak sakan ni kenapa?Korang ingat abang tipu ker hah?!" bentak Ainul dipandang muka Ashikin dan Affan yang tiada riak langsung tu.

"Eh!abang laparlah Honey....Honey masak apa yer hari ini?" rengek Affan.Ashikin bangun diikuti oleh Affan dan mereka bersama-sama pergi ke meja makan.

"Hari ni Honey masak semua lauk kegemaran abang...abang kena makan semua tau jangan tinggalkan satu lauk pun tau." minta  Ashikin dengan manja.

"Ehhhhh....mestilah abang makan semua!abang tak akan bagi abang Ainul satu lauk pun!" Ashikin ketawa suka.

Ainul blur.Dia mengerutkan dahi.Kenapa diorang macam tak kisah jer?tanya hati Ainul.Ainul memuncungkan mulutnya sampai hati Ashikin tinggalkan dia di sini.Mentang-mentanglah dah ada suami dilupanya aku....huhuhu sedihnya hati...rintih hati Ainul.

Arggghhh!!!kau tak payah nak over Ainul...sedih konon...tu umur kau nak masuk 30 dah bila kau nak cari isteri hah?!Melisa tu dah lama syok kat kau tapi kau jer ego lebih.Dulu masa Melisa nak kena tunang dengan Affan menangis sakan kau dalam bilik!Ni dia dah single and available...baik kau pergi tackle dia dan tolonglah rendahkan ego kau tu!Menyampah betul aku dengan perangai ego lelaki kau tu.Bebel satu suara di dalam hati Ainul.Ainul mengeluh.Betul kerana ego dialah Melisa pergi meninggalkan dia.Dia dah pun insaf cuma hari itu bengang sikit dengan Melisa.

Hujung minggu tu tidak ada siapa-siapa pun datang.Melisa tidak hadir ke rumahnya.Ainul mengeluh mungkin Melisa ada kerja barangkali.Baru ingat nak luahkan perasaan dia kepada Melisa.

Sebulan kemudian...

Ainul sedang membaca surat khabar di ruang tamu.

"Ainul! Kenapa kamu tak tukar baju lagi ni....???" tanya Datin Rozita.

"Tukar baju?Nak buat apa tukar baju mama?Ainul bukan nak pergi mana-mana pun." Ainul memerhati ibunya yang memakai baju kurung moden dan selendang yang dililit.Cantik!

"Kamu ni banyak tanyalah pula...pergi tukar baju sekarang jugak! Mama tak nak dengar apa-apa alasan!Tukar sekarang!Baju Melayu ada dalam bilik kamu warna unggu." sebaik Datin Rozita memberi arahan Ainul terus mengikut kata Datin Rozita.

Dia pelik melihat barang-barang yang dipunggah ke dalam keretanya.Macam barang hantaran jer.Ainul masih lagi blur.Ainul membetulkan sikit samping dan songkoknya.Macam nak kahwin pun ada juga.

"Hah! yang kau tercegat dekat situ kenapa?" tanya  Datin Rozita dengan garang.

"Yer...yer orang nak geraklah ni." Ainul bergerak masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh ayahnya.Puas dia memujuk ayahnya untuk memandu tapi ayahnya enggan memberi dia memandu.

Datin Rozita menghulur satu kertas.Ainul mengambil kertas tersebut.

"Hafal nama tu!Jangan banyak tanya.Kau go with the flow jer Faham!" Ainul terkebil-kebil.Blur.Dia membaca nama di atas kertas tersebut.Terbeliak biji matanya membaca nama tersebut.

"Eh! mama ni..." tidak sempat menghabiskan ayatnya Datin Rozita memotong.

"Mama kata hafal nama tu hafal jelah.Jangan banyak songeh pula.Jangan nak tanya apa-apa!Nanti tandatangan dekat borang tu pun jangan tanya apa-apa.Buat jer apa yang ayah suruh buat nanti Faham!" Ainul mengangguk.

Nama di atas kertas itu dibaca.Nur Maria Melisa binti Tengku Asaddullah Saiful.Nama ni dari dulu lagi dia sudah menghafal.Nama wanita yang mengetuk pintu hatinya.

Dia pelik apabila seluruh ahli keluarganya memakai baju melayu dan baju kurung yang sama warna pula tu.Tapi dibisukan sahaja mulutnya.Kanopi pun sama warna dengan baju yang dia pakai.

Mereka masuk ke masjid.Dia melihat ramai orang di situ termasuk ayah Melisa.Kemudian barulah Ainul faham dan mengerti.Dia sebenarnya akan dikahwini dengan Melisa.Terkejut bukan main Ainul hampir sahaja dia ingin cabut lari namun Affan menahan.Di Psikonya si Ainul dan Ainul bersetuju mengahwini Melisa.

Selesai sudah majllis perkahwinan tersebut.2 kali lafaz sahaja Melisa sah menjadi isteri kepada Ainul.

MALAM PERTAMA...

Hanya mereka berdua sahaja dalam bilik tersebut.Melisa tersenyum manis kepada Ainul.Ainul membalas senyuman tersebut.

"Terima kasih kerana sanggup kahwin dengan Melisa." ujar Melisa dengan ikhlas.Ainul tersenyum.

"Yer abang bahagia dapat jadi suami Melisa.Terima kasih kerna terima abang." ujar Ainul dengan ikhlas.

Mereka berdua tersenyum sahaja.Ainul mengerutkan dahinya.

"Eh kenapa Affan dan Ashikin macam tak marah pun kepada Melisa?" tanya Ainul.Melisa ketawa.

"Sebab Melisa dah bagitahu diorang dari awal lagi yang Melisa nak kahwin dengan abang dan kalau abang nak tahu diorang yang plan semua ni.Ashikin pun tak kisah kalau Melisa jadi kakak ipar dia."Ainul mengangguk.Patutlah diorang gelakan aku desis hati Ainul.

"Sayang, abang ngantuklah jom tidur!" senyuman nakal bermain dibibir Ainul.Melisa terjerit kecil apabila Ainul menutup lampu.

Lima tahun kemudian...

"Ya Allah Zulaikha,Zakri dan Zakwan jangan berlari macam tu sayang...jatuh nanti macam mana sayang!" marah Ashikin kepada anak-anaknya.

"Yer mama..." jawab mereka serentak.Ashikin berasa pinggangnya dipeluk dari belakang.

"Honey ni janganlah asyik marah-marah...nanti baby dalam perut tu jadi pemarah pula."nasihat Affan dengan lembut dan diusap perut Ashikin yang memboyot tu.

"Hmmm...yelah...abang nak morning kiss boleh?" rengek Ashikin kepada Affan.Affan ketawa kecil.

"Mestilah boleh...kalau nak lebih dari kiss pun boleh..." usik Affan.Ashikin tersengih sahaja.Bibir mereka bertaut sikit.

"Ehem!Ehem! amboi...nak beromantik duk dalam bilik yer...anak-anak aku ada kat sini yer..." marah Ainul sambil mendukung salah satu baby kembarnya.Melisa yang mendukung Nur Maria hanya tersengih mengusik.

"Ala abang nak cemburulah tu!" Ashikin mencebik.Affan ketawa.

"Heah...tak ada masa abang nak cemburu.Apa adik ingat adik seorang ada suami abang pun ada isterilah."Ainul mencebik.

"Abang tengok abang Ainul tu dia mengejek Honey.." rajuk Ashikin.

"Haih..Ainul kau ni jangan nak usik isteri aku yang tengah mengandung ni...kesian dia.."Ainul hanya ketawa.Begitu juga mereka yang lain.

Ashikin yang merajuk pun boleh ketawa.

Keluarga mereka bahagia.Bahagia dengan suara kanak-kanak dan semoga kebahagiaan ini kekal sehingga akhir ayat.Walaupun di duga dengan hebat hanya satu sahaja dia berharap iaitu mereka akan kekal sebagai keluarga bahagia.

TAMATLAH CERITA SELAMI JIWAKU.SAYA TAHU MUNGKIN ADA YANG TAK BERMINAT DENGAN CERITA INI TAPI SAYA INGIN MENGUCAP TERIMA KASIH KERANA SUDI MEBAZIRKAN MASA ANDA UNTUK MEMBACA CERITA TAK SEBERAPA INI.TUNGGULAH CERITA BARU DARI SAYA.SAYA BUDAK BARU BELAJAR.KOMENLAH...KALAU NAK KUTUK PUN TAK APA SEBAB MEMANG KESALAHAN SAYA YANG MASIH TIADA PENGALAMAN MENULIS ...

4 comments: