Monday 2 January 2012

CERPEN~AKU CINTA,SAYANG DAN SUKA PADA DIA


BAB 1
Allisya Khairina …
Pagi-pagi selepas subuh aktiviti yang paling aku suka ialah berjoging di taman perumahanku.Sungguh menyegarkan,hari ni ada sesuatu yang berlaku pada ku.Aku berjoging dengan perlahan apabila melihat seorang lelaki yang sangat ku kenal mengaduh kesakitan.Tanpa membuang masa aku mendekati lelaki tersebut.
“Arash,kau buat apa di sini?” tanyaku dengan dahi berkerut.Aduh aku rasa itulah soalan yang paling bodoh yang pernahku tanya.

“Kau ni Al…kenapalah kau tanya soalan yang paling bodoh sekali dah sah-sah baju aku pakai ni menunjukkan aku berjoging dekat sini kan” Arash mengaduh dan aku hanya tersengih.

“Kau tersengih-sengih lagi tu apa hal Al? Aku tengah sakit ni…adui..sakitnya…” Arash mengaduh kesakitan lagi.Aku cepat-cepat melihat kakinya yang terseliuh.

“Hmmm…terseliuh sikit jer ni.” Ujarku sambil itu tanganku ligat mengurut kaki Arash.

“Dah! Cuba bangun..” ujarku sambil menolong Arash bangun.Arash mengaduh sikit.

“Hmmm…pandai kau mengurut Al!Walaupun rasa sakit masih terasa tapi tak adalah rasa sakit sangat macam tadi.” Ujar Arash dengan senyuman manis terukir di bibirnya.Fuh terlampau manis pula senyuman si Arash ni.

“Hmmm…jom balik rumah aku.Ibu mesti suka dapat jumpa kau.” Pelawaku pada Arash dan Arash tidak teragak-agak untuk menerima pelawaanku.
Kami berjalan beriringan.Ibu ku terus menerpa ke arah Arash dengan muka yang berseri-seri.

“Arash kenapa dah lama tak datang rumah ibu? Ibu rindu betul dengan Arash.” Ibuku sungguh excited.Aku gembira apabila melihat senyuman ibu.Sewaktu ibu sedang sibuk menghidang sarapan pagi.Aku dan Arash membisu.Aku merenung Arash dengan khusyuk.Arash sudah resah apabila aku merenung dia begitu.

“Mmm…Al apa hal kau renung aku macam nak tebus jer?” tanya Arash dengan suara tergagap-gagap.

“Hmm…kau ni kacaklah Arash…buat jantung aku berdegup semacam jer bila aku lihat muka kau yang suci ni.Haish..dah lah kau ni kacak, hati pun suci jer..” pujiku tanpa segan silu.Muka Arash ku lihat sudah merah-merah  sahaja ku lihat.
“Kau ni Al…janganlah puji aku macam tu.Segan seh…” ujar Arash dengan malu-malu.Alahai Arash ni sweet jer aku tengok dia ni.

“Aku cuma cakap apa yang aku rasa jer.Arash…aku dengar sekarang kau dah couple dengan Melisa...betul ker? Tanyaku dengan bibir  terukir senyuman hambar.
“Kenapa kau cemburu ker?” soalan ku dijawab dengan soalan.Aku ketawa kecil

“Taklah ,aku tak cemburu cuma jealous jer.” Arash ketawa kecil dengan jawapan ku.

“Taklah aku tak couple dengan dia.She not my type.Siapa yang sebar khabar angin ni?” aku hanya mengjungkitkan bahu tanda tidak tahu siapa yang menyebarkan khabar angin tersebut.

“Arash mari makan…Al layan si Al ni ibu nak pergi kejutkan abang-abang kamu kejap.” Selepas berkata begitu ibu terus meninggalkan aku dengan Arash.

“Kau nak makan apa Arash? Nasi lemak atau mihun goreng?” tanyaku sambil menuang air teh kedalam cawan Arash.

“Mmm kau bagi aku nasi lemak lah.Aku dah lama kempunan nak rasa nasi lemak ibu kau ni” Aku melayan Arash dengan senyuman manis di bibir.

“Amboi macam suami isteri dah korang ni.Hah! Al kau dah lulus dah ni nak jadi isteri mithali.” Ujar abangku Nazrin.Aku menunjuk penumbukku yang tak seberapa besar tu.Ketawa semua orang berada di situ termasuk angahku yang sentiasa serius.

BAB 2

 ARASH KHAIRI…
“Khai kamu dari mana ni?” tanya mama Arash.Aku mengerling ke arah mama dengan senyuman manis dibibir. “Tak pergi mana-mana mama…Khai pergi senaman jer tadi.” Jawab aku dengan suara yang lemah lembut.Aduh awat dengan suara hang Arash?Macam perempuan melayu terakhir jerk suara hang?!! Monolog hati ku. “Hmm…kamu nak sarapan tak?” tanya mamaku dengan suara acuh tak acuh jer…aku tersenyum hambar. “Hmm…tak apalah Khai dah makan tadi kat rumah kawan.” Ujarku dan ingin berlalu dari situ.

“Khai…mama nak kamu jumpa dengan Katrina.Dia baru balik dari Paris semalam.Dia telefon mama semalam dia kata dia rindu nak jumpa kamu.” Ujar mamaku dengan nada mendatar sahaja.Ala..ni malas ni jumpa si Katrina kucing miang ni. “Mama tak nak dengar apa-apa alasan pun,pergi bersiap sekarang kemudian pergi jemput Katrina.” Apabila suara tegas mama sudah keluar tak bolehlah aku bagi alasan lagi.
Aku bersiap ala kadar sahaja,tiba-tiba telefon ku berbunyi dan nama Allisya tertera di papan skrin telefon ku lalu ku angkat.

“Assalamualaikum Al! Apa kes kau telefon aku ni?” tidak sempat Allisya ingin bersuara aku sudah bersuara dahulu.

“Walaikummussalam…mmm …sebenarnya aku nak ajak kau keluar dengan keluarga aku tapi kalau kau sibuk tak apalah aku faham.” Tergagap-gagap suara si Allisya ni.Aku memikir dengan teliti kalau aku jumpa si Katrina si kucing miang tu memang merana habislah aku tapi kalau aku tak pergi jumpa dia mesti dia mengadu dekat mama.Kalau aku ikut Allisya mesti seronok,otak pun tak sakit,telinga pun tak sakit. Tapi memang muka aku confirm asyik merah jer.Okey jawapan sudah ada.

“Mmm…korang nak pergi mana Al?” tanyaku dengan teruja.

 “Kitaorang nak pergi Alamanda jer…nak pergi tengok wayang cerita Alamak! Toyol.” Aku tersenyum sampai ke telinga.

“Aku nak ikut.Kita jumpa di Alamanda sahaja jelah yerk.” Selepas berbalas salam.Aku mula menelefon Katrina.

“Hai Kat! Saya tak dapatlah nak jumpa awak hari ni.Saya ada hal sikit.” Penat juga aku memujuk si Katrina ni.Nasib baik pujukan aku menjadi.Yelah aku tak naklah dia mengadu dekat mama aku nanti.

“Khai pergi dulu yer ma.” Selepas berkata begitu aku membuka pintu kereta dan meluncur kereta ku ke Alamanda.
Aku nampak kelibat Allisya dan abang-abangnya yang sedang bergurau dan ketawa.Aku mendekati mereka dan nampaknya aku tahu kenapa Allisya tergagap-gagap apabila bercakap denganku dalam telefon rupa-rupanya kami ada triple date.Abang Nazrin dengan kak Suria dan abang Nazim dengan kak Julia dan aku mestilah dengan Allisya.Hailah…comel jer aku tengok si Allisya ni.

“Assalamualaikum semua.” Mereka menjawab salamku dengan serentak. “OO…patutlah kau tergagap-gagap cakap dengan aku dalam telefon tadi Al.Rupa-rupanya ada triple date yerk?” ujarku dengan suara diperlahankan supaya abang-abang Allisya tidak mendengar apa yang ku katakan pada Allisya.

“Mmm…kau marah yerk Arash..aku minta maaflah…sebenarnya aku rindu nak tengok muka kau walaupun tadi kita dah jumpa ,apa salahnyer aku ajak kau date dengan aku kan?” selamba badak jerk si Allisya berkata begitu.Aku pula termalu.Merah sudah mukaku.Allisya ni tak pernah menyorokkan perasaan dia.Kalau dia menyampah dia cakap ,kalau dia rindu dia cakap dekat aku dan kalau dia rasa dia nak ungkap perkataan cinta dia cakap, sampai aku rasa malu macam anak dara kena pinang dengan orang hehehe…
Kami makan di Black Canyon.Kami berbual-bual.Allisya pula mula menyuapkan makanan ke mulut ku.Segan pun ada tapi aku makan juga.Semua orang pandang kami ,tak habis-habis tersenyum.Kalau tengok dari jauh memang kamilah pasangan yang paling romantik tapi sebenarnya si Allisya ni dah tak larat nak makan dia punya makanan jadi dia suaplah untuk aku.

“Arash makan sikit lagi nak habis dah ni.” Allisya masih menyumbat dengan makanannya.

“Ish kenyang lah Al…please...please…jangan paksa aku…meh kau makan pulak.” Aku merampas sudu tersebut dan menyuap Allisya makan.Allisya mengeleng-geleng kepalanya.Aku pun guna teknik macam puss in the boot  buat muka sedih.Hhehehe…teknik ni aku guna untuk Allisya jer sebab teknik hanya berjaya dengan Allisya yang tak boleh tengok muka orang comel-comel.

“Amboi suap-menyuap gitu.Nah sayang makan sikit yer.” Nazrin meniru perbuatan aku dan Allisya.Allisya sudah memukul bahu abangnya.

“Angah tengok along ni dia mengejek orang.” Ujar Allisya dengan nada tidak puas hati. Nazim hanya menggeleng kepalanya.Abangnya seorang ni memang perangai macam budak-budak .Nama sahaja Along tapi perangai tak macam seorang abang yang matang pun.Kadang-kadang orang ramai fikir dia Along dan Nazrin angah.Aku juga ketawa sungguh aku bahagia dapat berkenalan dengan Allisya dan keluarganya.

BAB 3

Allisya Khairina…
Tekun betul aku melihat Arash menyiapkan tugasnya sampai aku depan pintu bilik pejabat dia pun dia tak perasan.Aku memerhati setiap inci muka Arash.Rambutnya yang kemas tadi telah menjadi sedikit kusut.Bulu kening Arash yang tebal,hidung yang mancung dan bulu mata yang lentik.Hmm…bibir merah bak delima itu sungguh menawan.Bibir merah itu akan nampak lagi seksi bila Arash mengigit bibirnya…fuh…memang boleh goyang imanku.Tidak lupa juga apabila muka Arash bertukar warna menjadi warna merah memang comel.Geram aku!Arash bukan tidak tahu aku mencintainya.Aku juga tahu Arash mencintaiku namun kitaorang tak ada hubungan yang istimewa apabila orang bertanya apa hubunganku dengan Arash kami menjawab “Oh kami kawan baik” kiranya kami ni macam pasangan yang tidak diiktiraf.Arash boleh berjumpa dengan sesiapa yang diingini dan aku pun sama.

“Ehem!Ehem!...dah jauh mana kau mengalamun?” terkejut aku dengan pertanyaan Arash. 

“Hmmm…tak jauh mana pun.Kau dah siap kerjakan jom pergi makan.” Ujarku.
Arash bangun mengemas mejanya dan bergerak menghampiriku. “Kau ni…baru pukul 1 lebih tapi tali leher dah terlonggar,rambut dah serabai.” Aku menggeleng kepala dan tanganku ligat membetulkan tali leher Arash dan mengeluarkan sikat rambut dan menyikat rambut Arash dengan rapi.
Arash tersengih macam kerang busuk. “Hehehe…jangan marah.Hmm…sebenarnya aku kena pergi makan dengan Katrina.Mama aku dah tunggu dekat bawah…aku…aku…” serba salah si Arash ni nak cakap dengan aku.Aku pun tak akan nak marah dia kan???Aku bukan isteri dia pun hanya kawan sahaja.

 “Ehh…kau tak payah nak minta maaf dengan aku.Aku bukan kau punya isteri pun nak marah-marah kau kan tapi kalau kau tanya aku bengang ke tak?Aku tak bengang...aku Cuma cemburu jer...hehehe…dahlah pergi sekarang nanti mama kau dan Katrina lama pula menunggu.” Ujarku dengan senyuman manis plastic.
Arash memandang ku dengan pandangan sayu dan aku beri laluan pada dia.Aku sangkakan Arash sudah meninggalkan aku apabila Arash bersuara aku terkejut.

“Malam ni jom pergi Jusco aku ada benda nak beli…mmm…kalau boleh aku nak…mmm…kau datang seorang jer tak payah bawa abang-abang kau..” aku ketawa kecil apabila melihat muka merah Arash.
Aku  hanya mengangguk kepala. “Kau tak payahlah cemburu dengan Katrina si miang tu dan aku tak nak kau tayang senyuman plastic tu lagi.Assalamualaikum.” Aku menjawab salamnya dengan senyuman manis yang bukan plastic.
Malam tu aku tunggu Arash di Jusco.Selepas 5 minit Arash muncul.Aku yang sibuk membelek buku di Popular terkejut dengan cuitan di bahuku.

“Assalamualaikum…dah lama tunggu?” tanya Arash dengan senyuman yang lebar.Haila…si Arash ni murah dengan senyuman,sweet jer aku tengok dia.

“Tak lama pun dalam 5 minit aku tunggu kau…Arash kau boleh tak tolong aku?” tanyaku dengan nada yang serius.Arash pun sudah bertukar serius apabila melihat riak wajahku yang serius.
“Tolong apa? Aku on jer nak tolong kau tapi kalau kau suruh aku buat benda jahat memang aku tak dapat nak tolong.” Aku masih lagi dengan air muka yang serius.

“Boleh tak jangan senyum macam tu.Manis jerk aku tengok silap hari bulan aku ada penyakit kencing manis pulak” Arash ketawa selepas aku berkata begitu.Alahai macam gadis melayu terakhir jer si Arash ni ketawa.Lemah lembut gitu.Cair beb…Cair…aduh siapa jadi isteri pada Arash ni haih…jagalah dia baik-baik kalau tak nak aku curi hati dia..hehehehe….

“Kau ni mengarut jelah Al! Dah jom aku nak beli kasut untuk kau.” Aku tercengang.Betul ke apa yang aku dengar ni…Arash nak beli kasut untuk aku???

“Ala tak payah buat muka tercengang gitu.Aku nak beli kasut untuk kau ni.Cepatlah jalan Al dan jangan tanya kenapa aku nak beli kau kasut tu.Okey…” Arash sudah mengangkat keningnya dan aku pun mengikut sahajalah Arash bershopping.

“Hmm..kasut ni tumit dia tak tinggi sangatlah Al.Ambil yang tadi tu jelah yang tu tinggi.” Aku mengerutkan keningku.

“Ish Arash,aku tak selesalah pakai kasut tumit tingi-tinggi ni.Lagipun apa kes kau nak belanja aku kasut ni?” aku menyuarakan ketidak puasan hatiku.

“Ala kau ni Al…aku nak belanja kau tak kasi…kau ni memang tak sayang kan aku lah tu.” Arash memuncungkan mulutnya.Eh eh eh… Arash merajuklah pulak…Adui dah satu kerja pulak nak pujuk.

“Aku bukan tak nak Arash cuma aku segan jer.” Nampak gayanya Arash masih merajuk denganku. 

“Yelah…yelah aku ambil semua kasut yang kau hadiah untuk aku..mmm…Arash kalau aku nak kasut but tu boleh tak?” Arash sudah senyum sampai ke telinga.

“Hmm sesuai juga...apa kata kau ambik kasut tumit tinggi ni dengan but ni..” Arash bersuara dengan nada ceria.

Selama 4 jam bershopping kami memperoleh 3 pasang kasut,2 kemeja lengan panjang untuk lelaki ,4 buah buku novel dan beberapa majalah. Shopping sakan aku dengan Arash.Puas juga aku nak pujuk dia jangan bayar aku punya buku novel tapi dia tetap berkeras nak bayar.Yelah dia kan anak Dato apalah sangat dengan barang-barang macam ni.
“Hmm…ibu aku tanya bila kau nak datang rumah lagi?” aku tanya pada Arash.

“Kenapa ibu dah rindukan aku ker? Tengoklah kalau aku ada masa aku datang yer” balas Arash dengan senyuman manis dibibir.

“Yelah ibu aku tu kan sayangkan kau.Tak apalah nanti kau kalau ada masa datanglah rumah kitaorang.” Ujarku. “Okeylah aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi menerima hadiah dari aku dan sudi teman aku bershopping.” Arash senyum.Adui murah betul senyuman Arash ni asyik senyum jer kerja dia.

“Malam ni mimpikan aku yerk Arash.” Ku lemparkan flying kiss pada Arash.Hahahaha…merah gila muka Arash bila aku berkata begitu namun flying kiss aku itu tetap disambut dengan tangannya dan diletakkan di dadanya. “Yelah malam ni mungkin  aku akan mimpi kan kau.Assalammualaikum.”Sebaik membalas salam dan berkata begitu kami pulang ke kereta masing-masing.

BAB 4

Arash Khairi…
Pagi yang indah ni memang buat mood aku baik.Haih…semalam memang kenangan paling best yang dia pernah ada dengan Allisya.Dating berdua-duaan buat pertama kalinya tanpa ada siapa-siapa pun mengikut.Semakin hari semakin aku angau dengan Allisya tu.Kalau ikutkan,aku tak pernah pun lafazkan kata-kata azimat cinta.Malu pula bila aku fikirkan ayat-ayat cinta tu.Aku bukan macam Allisya yang berani menunjukkan perasaannya.Haila tak apa nanti kahwin aku luahkan perasaan aku kepada Allisya.

Hmm…Khai dah bangun.Baguslah tu meh sarapan sama-sama.” Ujar mamaku. Kami makan di meja makan dengan senyap tak seperti di rumah Allisya yang sentiasa ada celoteh.

“Khai…mama nak cakap sikit ni.” Aku sudah mula rasa macam tak sedap hati.

“Cakap apa ma?” aku cuba berlagak seperti biasa tak naklah cepat melatah. “Hmm…mama nak kau kahwin dengna Katrina.” Tersedak aku.Mama aku ni jenis yang straight to the point tak ada belok sana belok sini.

“Mama… kan Khai dah kata Khai ada pujaan hati sendiri.Kenapa mama nak Khai kahwin juga dengan si kucing miang tu.” Aku mulalah geram ni.Mama tak habis-habis suruh aku kahwin dengan perempuan yang entah apa-apa entah.

“Apa kamu panggil si Katrina tu Khai? Kucing miang!! Hehh yang kamu benci sangat dengan si Katrina tu kenapa?Mama tengok baik jer budak tu.” Mama mempertahankan maruah si kucing tu.

“Ala depan mama memanglah baik belakang mama,mama tak tahu kan? Dia tu boyfriend keliling pinggang ma.Khai tak nak isteri macam tu!Khai nak kahwin dengan Allisya Khairina kalau mama paksa Khai kahwin dengan si kucing miang tu jugak! Khai nak lancarkan mogok!” aku keraskan nada suaraku.Aku tahu seorang anak patut patuh pada arahan mak ayah mereka tapi sekarang mama sedang menghancurkan masa hadapan aku dengan perempuan yang entah apa-apa tu.

“Hah!Kamu janagan nak kelentong mamalah Khai! Si Katrina tu baik tahu tak! Kamu jangan tuduh dia sebarangan.Mama tak kira kau kena juga kahwin dengan dia!” mama sudah keluarkan suaranya yang nyaring tu.Aku mengetap bibir.

“Mama…tolonglah faham Khai…Khai tak sayang,cinta atau suka pun dengan si Katrina tu.Mama kenalkan Allisya tu…Khai sayang,cinta dan sukakan dia…kenapa mama tak bagi Khai kahwin dengan dia?” tanyaku dengan nada sedih.

“Mama tak suka dia.Dia nak rampas Khai dari mama!Mama tak kira kamu kena jugak kahwin dengan Katrina tu! Keputusan mama tamat!!!” mama nampak gayanya sudah tidak mahu berkompromi dengan aku.Aku pun apa lagi mogok terus.Aku naik ke bilikku dan menjerit dari tingkat atas.

“Khai tak nak kahwin!Selagi mama tak tarik arahan tadi!Khai tak akan keluar dari bilik Khai!” aku menghempaskan pintu bilikku tanda protes dengan kahwin paksaan mamaku tu.Hah! aku tak akan kahwin dengan si kucing miang tu.Aku akan kurung diri sendiri dalam bilik ni sampai mama aku tarik balik arahan dia.
Aku tahu mama mesti tak nak aku mati kebuluran dalam rumah ni.Aku pernah mogok macam ni.Tak sampai seminggu mama sudah pujukku.Aku mencari telefon aku.Eh! mana pergi telefon aku ni?Aku menepuk dahiku sendiri.Aduh! telefon bimbitku ada di bawah dekat atas meja makan.Macam mana aku nak lepaskan rindu aku dekat Allisya.Aku mengeluh Al…kenapalah mama benci kau yerk? Apa maksud mama kau nak rampas aku dari dia?Bingung aku macam ni.

Masuk hari ni adalah hari ke-3 aku mogok dengan mama.Mama dah banyak kali pujuk aku namun mama masih tak nak tarik balik kata-katanya.Dia masih nak aku kahwin dengan si Katrina miang tu!Tapi mama adalah juga hantar bibik masuk dalam bilik aku untuk hantarkan makanan.Aku still mengurungkan diriku dalam bilik besar ni.Adui seksanya hidup kalau tak dapat jumpa orang yang kita cinta.
Dah lama aku tak jumpa dengan Allisya.Rindu nak dengar suara dia,rindu nak tengok muka dia,Rindu nak tengok muka selamba dia…ARGGHHHH….senang kata semuanya aku rindu pasal Allisya.
Hai Allisya...ku sanggup sedekahkan seluruh jiwa ragaku kepada mu sayang…cis!podaaah…dalam hati bukan main jiwang lagi kau yerk Arash kalau suruh luah dekat depan Allisya terus terkelu,terbisu,terdiam dan segala Ter lagi yang berkaitan dengan bisu.
Aku mengeluh lalu bergerak ke balkoni bilikku.Aku menghirup udara segar.Bilik aku ni taklah tinggi mana kalau guna tangga confirm sampai.Selalu juga aku bayangkan si Allisya tu panjat tangga macam Romeo tu dan bawa aku jauh dari tempat yang memeningkan kepala aku ni…hehehe…apa korang ingat budak perempuan jer ker yang ada angan-angan macam tu…aku pun ada jugaklah.
Aku masuk balik ke bilikku.Duk sibuk membaca buku tiba-tiba macam ada orang baling batu dekat pintu balkoni rumah aku.Aik! siapa pula yang rajin baling batu kat balkoni rumah aku ni?Aku membuka pintu balkoni dan terus membulat mataku apabila muka Allisya ku nampak.
Bulan yang mengambang  dan bintang berkelipan …memang romantik habislah.Ker…sebenarnya aku mimpi…mama confirm tak bagi si Allisya ni masuk dalam rumah sebab mama mana suka dengan si Allisya ni…Aku pun cubitlah pipiku dan adoi sakitnya!Allisya ketawa kecil.

“Ini bukan mimpilah…wahai abangku sayang…” lembut gila suara si Allisya ni…terpesona aku mendengar suara dia yang lembut tu.

“Eh…Al bahaya tau tak kau panjat tangga tu…kau tak takut jatuh ker…baik kau turun sekarang…” arahku dengan nada yang cemas.

“Abangku sayang…kenapa nak merajuk bagai ni…abang tahu tak sayang ni rindu yang amat dengan abang sampai sanggup panjat tangga ni nak jumpa abang tau…”Allisya menjeling ku dengan manja…mak aih…jantung aku dah rasa macam nak tercabut dah tengok jelingan manja Allisya tu…

“Mana ada abang merajuk…” amboi gatai betui hang ni yer Arash…siap bahasakan diri abang lagi….senyuman mekar di bibirku dan dibibir Allisya.
Allisya menghulurkan sepapan coklat kegemaranku dan aku ambil dengan senyuman yang manis.

“Terima kasih sayang…sayang kenapa naik tangga ni? Kang jatuh kang…jadi bujang sampai tualah jawabnya abang ni.” Aku dapat rasa muka ku bertukar merah…malu dengan ayat jiwang sendiri…bunyi macam gedik semacam jer…Allisya ketawa kecil.

“Dah abang kunci pintu bilik abang macam mana sayang nak masuk….Sayang nak abang turun bawah sekarang juga…pakai handsome-handsome tau sebab sayang ada something untuk abang…sayang tunggu kat bawah yerk…” sebaik sahaja Allisya berkata begitu dia turun dari tangga tersebut.Aku pula apalagi terus mandi dan pakai handsome-handsome macam si Allisya cakap sewaktu ku turun ke bawah aku melihat ramai tetamu yang datang dan semuanya aku kenal.Ahli keluarga Allisya.Segan pula bila ingat semua orang tahu aku merajuk.
Aku pun hairan kenapa diorang datang rumah aku.Abang Nazrin tersenyum padaku.Mama pula terlebih mesra pula aku tengok dengan ibu Allisya.Mesra gitu.Adik-beradik aku yang perempuan pun sama.Ayah aku pun mesra dengan abang Nazim juga.Aik pelik ni…Allisya ku tengok sedang bermesra dengan adikkku.
Selepas berbual,makan dan bermesra…barulah aku tahu Allisya sekeluarga datang meminang aku…Malu gila aku bila tahu diorang datang meminang.Mama pun terkejut tapi mama menerimanya dengan senang hati.Seluruh ahli keluargaku pun setuju.Kitaorang akan dinikahkan selepas sebulan bertunang.Abang Nazrin yang akan walikan Allisya sebab Ayah Allisya sudah lama jadi arwah.

SEBULAN KEMUDIAN…
“Sayang…macam mana sayang tahu abang tengah merajuk?” Arash memeluk pinggang Allisya dengan erat.Allisya ketawa kecil.

“Sebenarnya…macam ni…Allisya call abang sebab pelik abang tak datang pejabat banyak hari…Allisya call sekali tu mama abang angkat telefon.Mama kenal nama sayang dalam tu kemudian dia cerita dekat Allisya yang abang tak nak kahwin dengan Katrina tapi nak kahwin dengan sayang.Jadi mama nangis sebab dia tak nak nanti bila kahwin dengan sayang nanti abang duduk di rumah lain jauh dari dia.Mama pilih Katrina pun sebab Katrina janji nak duduk satu rumah dengan mama abang. Jadi sayang cakap dengan mama…kalau mama nak abang duduk di rumah ni sayang pun tak akan menentang sebab tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya dan abang punya syurga pula di  bawah tapak kaki mama jadi kalau mama arahkan abang tinggal di rumah ni mesti abang tidak menentang.So sayang cerita dekat along,angah dan ibu, diorang terus ajak sayang pergi sana dan meminang abang sebab takut mama abng kahwinkan abang dengan orang lain.” Panjang lebar Allisya bercerita.Arash tersenyum bahagia.

“Sayang terima kasih sebab sudi terima abang dalam hidup sayang.Macam mana sayang boleh tahu abang sayangkan sayang?Rasanya abang tidak pernah sekali pun ucap kata cinta pada sayang kan?” tanya Arash dengan dahi berkerut.Allisya memusingkan badannya menghadap Arash.Dia menolak Arash jatuh  apabila sampai ke katil.Arash sudah menelan air liurnya muka dia pun sudah bertukar jadi merah-kemerahan.Allisya menyentuh bibir merah Arash  dengan bibirnya dan didekatkan mukanya dengan muka Arash.

“Sayang tahu setiap kali sayang usik abang dengan luahan cinta sayang abang mesti bertukar menjadi merah tapi bila perempuan lain yang luahkan perasaan diorang abang tak rasa apa-apa pun .Dingin jer…”
Arash ingin bersuara namun Allisya terlebih dahulu mencium bibir Arash… “Abang cinta,sayang dan suka pada sayang”…malam berlalu dengan detik-detik yang manis…

THE END…TAMAT SUDAH…

3 comments:

  1. Wah, sweet nye Arash. Kalah Allisya. Haha.

    Best lah cerpen awak cuma saya kurang suka dengan perkataan 'jer' 'ker'..tu je. selebihnya mantop! :)

    ReplyDelete
  2. best sgt2.. suka semua cerpen.. sweet je.. buat la cerpen lg.. mmg terbaik la.. ;)

    ReplyDelete
  3. Kenapa aliysa nie terlebih aktif pulak....

    ReplyDelete