Thursday 5 January 2012

Selami Jiwaku 8

Sekali lafaz sahaja Ashikin sudah menjadi kepunyaan Affan.Ashikin tekad dia akan memberitahu perasaan dia yang sebenarnya kepada Affan.Hatinya berdebar-debar menunggu Affan memasuki pintu bilik.Dia mengusap dadanya yang masih berdegup dengan kencang.Tenanglah wahai hati kalau kau asyik berdegup jer silap hari bulan boleh masuk Hospital desis Ashikin.Baju pengantin yang dipakai olehnya sewaktu persandingan tadi sudah ditukar kepada baju biasa.Ashikin mengeluh apabila Affan masih tidak masuk ke bilik.Ashikin membaringkan badannya di atas katil empuk kepunyaannya yang bakal dikongsi dengan Affan.Tidak dia sangka akhirnya dia berkahwin juga dengan Affan.Lelaki yang dia Anti.Penjelasan Affan sehari sebelum mereka dikahwinkan terputar kembali ke mindanya.

"Dear tahu yang Honey terasa dan sedih apabila Dear tidak memujuk honey sewaktu di hospital dulu tapi Dear ada penjelasan." ujar Affan didalam telefon.

"Penjelasan?Apa penjelasan awak Encik Rusa?" Affan memuncungkan mulutnya apabila mendengar gelaran yang diberi  oleh Ashikin untuk dia.

"Honey ni suka sangat panggil Dear nama binatang tu.Tak nak cakaplah kalau Honey panggil Dear macam tu."Aik merajuk ke si Affan ni? Dulu tak pernah pun dia terasa hati kalau Ashikin panggil dia rusa.Ni mesti kes nak manja-manja sebelum kahwin ni.Ashikin ketawa kecil dengan perangai Affan yang merajuk dengan dia.

"Ala...ala...ala...merajuklah pula rusa kesayangan Ashikin ni..." Ashikin ketawa.Affan tidak membalas masih merajuk dengan Ashikin.Ashikin yang sedar Affan masih lagi merajuk dengannya berhenti ketawa.

"Affan....saya minta maaf yer..." Ashikin bersuara.Affan masih diam di hujung talian.Ashikin mengerutkan dahinya.Aduh ni merajuk betul ni desis hati Ashikin.Fikir punya fikir.Idea muncul di kepala Ashikin.Cara untuk memujuk Affan.

"Abang...ooo...cik abang di hujung sana...maafkanlah cik adik di sini...janganlah senyap jer..." Ashikin melembutkan suaranya.Affan terpana apabila mendengar suara lembut Ashikin.Terlalu lembut.

"A..aaa...apa honey panggil dear? Boleh ulang sekali lagi tak?" tanya Affan dengan gagap.Ashikin senyum sampai telinga.Pujukan dia berjaya.

"Kalau nak dengar, awak kena beri penjelasan dahulu...."  ucap Ashikin.Bukan dia tak tahu Affan sudah dengar dengan jelas apa yang dia kata.Tapi ada satu perkara penting yang dia perlu tahu.

"Baiklah tapi Honey janji yer ulang balik apa yang Honey panggil Dear tadi." Affan menagih janji dari Ashikin.Ashikin pun hanya setuju sahaja.

"Bila Honey cakap yang Dear selalu tersasul nama Melisa dan masih menyimpan surat cinta yang diberi oleh Melisa.Dear terkejut sangat-sangat.Dear mula berasa hairan dan marah pada Honey kerana masih percaya yang Dear mencintai Melisa.Ya Dear mengaku yang mula-mula kita bertemu Dear selalu tersasul nama Melisa dengan nama Honey tapi Dear berani angkat sumpah bahawa hati Dear memang hanya pada Ashikin Najwa.Dear balik London ambil kotak yang penuh dengan gambar,pemberian hadiah dan surat cinta dari Melisa dan sepatutnya sudah lama Dear bakar kerana kesibukkan Dear dengan kerja di pejabat membuat Dear lupa terus pada kotak tu.Tapi bila Honey masuk hospital,Honey ungkit balik pasal surat cinta tu membuat Dear berasa hairan macam mana Honey boleh tahu pasal surat tu?Kemudian Dear  teringat kepada kotak yang Dear nak bakar beberapa tahun yang lalu. Dear sangat pasti Honey pernah datang rumah Dear semasa Dear tak ada kat rumahkan? dan Honey jumpa kotak tu dekat bawah tangga rumah Dearkan?" tanya Affan kepada Ashikin.Ashikin menelan air liur.

"Mmm...yup! saya ada masuk rumah awak masa tu, saya ingat awak ada dekat rumah jadi saya pergilah rumah awak tapi orang gaji awak cakap awak ada meeting sewaktu tu dan ya saya jumpa semua tu didalam kotak bawah tangga rumah awak" Ashikin mengaku.Affan tersenyum puas.

"Kotak tu sebenarnya nak bakar tapi sejak jumpa dengan Honey...Dear asyik lupa dan terus tak ingat pada kotak tu.Sekarang kotak tu dan semua pemberian Melisa sudah menjadi abu." terang Affan.

"Tapi kenapa sampai menghilang selama 2 minggu?" tanya Ashikin dengan hairan.Yelah takakan nak bakar kotak tu mengambil masa 2 minggu.Kan tu tak logik!

"Ikutkan perancangan Dear sebaik sahaja bakar kotak tu Dear nak terus balik tapi syarikat Dear ada beberapa masalah sikit jadi Dear uruskan masalah tu dan ia sepatutnya mengambil masa selam sebulan tapisebab rindu sangat dengan Honey.Dear cuba selesaikan masalah tu secepat mungkin." panjang lebar Affan menjelas.

"Honey cepatlah...sebut lagi sekali apa yang Honey panggil Dear tadi dengan suara yang lembut yer..." Affan mula merengek macam budak kecil dan membuat permintaan kepada Ashikin.

"Yelah...wahai abangku sayang...selamat malam dan mimpikan sayang di siniyer.." sebaik kata begitu Ashikin memutuskan taliannya dengan Affan.Entah kenapa dia berasa malu yang amat dengan ayat yang dia cakap.Tiba-tiba telefonnya berbunyi yang bernada mesej sudah masuk
.

Sungguh merdu suara bidadari hatiku ini...
Sehingga membuatku khayal mendengar suaranya yang lembut bak sutera...
Kalah Dato Siti Nurhaliza apabila Honey bersuara begitu...
Apabila kita sudah kahwin...Dear nak Honey panggil Dear dengan panggilan Abang...
Hehehe...sebelum tidur jangan lupa solat isyak...

No comments:

Post a Comment