Monday 2 January 2012

Selami Jiwaku 6


 2 MINGGU KEMUDIAN...

Ashikin menghempas fail ditangannya di atas meja.Dia geram dengan semua makhluk yang bernama lelaki ini.Affan sudah lama pulang ke London tanpa memberitahunya.Sejak Affan tidak ada Nazrin mula menganggu ketenangan hidup Ashikin.Ashikin sedih dengan pemergian Affan yang tanpa sebarang ucapan.Ashikin masih lagi berharap Affan pulang ke sini dan memberitahu bertapa dia rindukan Ashikin sepertimana dia merindui Affan.Ashikin yang sibuk melayan perasaan tidak sedar yang abangnya Ainul sedang berada di hadapan pintu.

"Hai...jauh mengelamun...dah sampai mana?" perli Ainul kepada Ashikin.Ashikin hanya tersengih untuk menutup rasa malunya yang sudah terkantoi dengan Ainul yang dia sedang mengelamun.

"Kenapa dengan adik abang ni sedih dan asyik mengelamun jer? Hurmmm...kenapa sayang cuba bagitahu abang." pujuk Ainul.Ashikin mengeluh laludia memeluk abangnya dengan erat.

"Adik stress lah bang...Nazrin yang asyik kacau adik dan Affan yang balik London tak bagitau pun adik...dan kerja yang melambak adik tak boleh nak fokus" rasa macam nak menangis sahaja Ashikin dengan tekanan ini.

"Nazrin biar jer dia lama-lama nanti mesti dia tak kacau adik lagi...ker adik nak abang belasah dia terus...abang on jer...tapi pasal Affan kenapa adik stress pulak pasal dia?Adik ada hubungan apa dengan dia?" tanya Ainul dengan curiga.Ashikin masih lagi memeluk erat abangnya.Pada Ainullah dia meluahkan segala perasaannya.Semua rahsia hati dia, Ainul tahu.Dia tidak malu untuk mencurahkan rasa hatinya kepada Ainul.

"Affan ada melamar adik untuk menjadi adik isteri dia." Ainul menolak sikit badan Ashikin.Dia agak terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Ashikin.Dia menarik Ashikin duduk disofa yang tersedia dalam pejabat Ashikin tersebut dan tangan Ashikin digenggam dengan kemas.

"Betul apa yang abang dengar ni?Apa jawapan adik?" tanya Ainul dengan resah dia takut Ashikin menerima lamaran Affan.Bukan dia tidak tahu rupa adik dia ada seiras dengan Melisa.Melisa adalah wanita kesayangan Affan dan hubungan mereka terputus kerana keegoan masing-masing.

"Adik tak terima lamaran dia sebab adik tahu muka adik ni sebijik macam Melisa tapi adik tak boleh tipu hati adik sendiri yang adik memang sudah jatuh cinta dengan Affan.Adik selalu berharap yang Affan cintakan adik kerana adik bukan kerana muka adik macam Melisa.Malangnya apa yang adik harap tidak jadi dia memang sayangkan adik sebab muka adik.Adik...Adik...sayang dia bang sob sob sob..." Ashikin sudah mengalir air mata.Ainul memeluk adiknya dan mengusap belakang Ashikin.

"Dah...dah... sayang abang ni jangan nangis lagi.Jangan nangis sayang...tak baik...tapi abang nak cakap sesuatu yang memang jujur.Abang memang harap adik abang ni tak terima lamaran Affan.Abang dah agak benda ni akan berlaku...abang tak patut jumpakan adik dan Affan.I'm so sorry my darling." Ainul betul-betul menyesal dengan tindakannya menghantar Ashikin pergi London.

"Tak apalah abang...adik dah okey dah sekarang, trimas kerana sudi mendengar luahan hati adik abang ni." Ashikin tersenyum hambar.Ainul mengelap air mata Ashikin dan mengucup dahi adiknya itu.

"Jangan nangis kerana seorang lelaki yang tidak ada ikatan dengan kita Ashikin.Abang tahu adik abang ni dah jatuh cinta dengan Affan.Jangan menangis kerana Affan...abang tak suka..." Ashikin mengangguk kepala beberapa kali.

"Okeylah abang ada meeting kejap lagi.Ingat jangan nangis kerana yang tidak pasti akan menjadi kepunyaan kita.Air mata adik adalah mutiara.Jangan bazirkan mutiara itu." sebaik berkata begitu Ainul keluar dari bilik tersebut.Ashikin menarik nafas untuk menenang kan hatinya.

Ashikin menyambung tugasnya yang terbengkalai tadi.Ashikin keluar untuk lunch.Abangnya tidak akan mengikutinya kali ini kerna ada meeting di luar.Ashikin membuat kepuusan untuk pergi ke Mines walaupun Mines jauh dari tempat kerjanya.Dia teringin makan di situ.Tanpa Ashikin sedar ada orang mengikutnya dari belakang.

Ashikin yang tengah khusyuk makan ayan KFC terkejut dengan kedatangan Nazrin yang muncul dihadapannya.Ashikin mendengus.

"Hai sayang...kenapa you tak terima barang-barang I sayang?Bukan ker you suka semua barang tu." tanya Nazrin dengan muka yang tidak bersalah langsung.

"Naz!you tahukan I dah ada tunang kenapa you still nak ganggu I!" bentak Ashikin.Nazrin ketawa sinis.Ashikin mula berasa tidak sedap hati.

"Tunang palsu you tu...buat apa I nak takut!Tapi kalau you dah terdesak sangat nak cari tunang I sanggup.Hmmm...I dah suruh mummy I masuk meminang minggu depan!" Ashikin terkejut dengan apa yang disampai oleh Nazrin.Dia mula berasa geram dengan lelaki dihadapannya ni.

"Apa masalah you sebenarnya Naz? You nak malukan I lagi.Hey! you dah lupa apa yang you dah buat dekat I? You dah lupa macam mana you hina I di hadapan kawan-kawan you tu.Bukankah I ni perempuan perasan!perigi cari timba!You kutuk I macam-macam dihadapan kawan you!Sekarang siapa yang terhegeh-hegeh hah!" suara dia dikeraskan namun mereka berdua sahaja yang boleh mendengar apa yang dia kata pada Naz.

Nazrin terkedu.Dia tahu dia yang bersalah. "Sayang...I betul-betul menyesal dan sebab itu I nak bertunang dengan you dan kita kahwin dalam masa sebulan lagi." Ashikin rasa ingin mencampak mamat monyet seekor ni ke zoo yang penuh dengan buaya.Geram!

"Kau GILA!!!!Naz jangan buat kerja gila Naz!!" hampir terjerit Ashikin tapi sempat dia kawal suaranya.

"Yup! I memang gila...gilakan you Ashikin." sebaik sahaja berkata begitu Naz terus pergi dari situ.
Ashikin.

Ashikin bangun dari situ dan meluncurkan Ducatinya ke rumah.Dalam rumah ni tiada sesiapa pun dia menjerit sekuat hatinya sebaik sampai di bilik.
ARRRRGGGGHHHH!!!!
Dia betul-betul geram dengan Nazrin.Rasa marahnya tidak dapat di tahandicamak semua barang di dalam biliknya.Affan tolong saya Affan....saya tak nak dikahwini dengan Nazrin rintih hati Ashikin.
Dia pasti mak dan ayahnya akan menerima lamaran tersebut.



2 comments:

  1. cuba baca balik perenggan yang ke 2 dan ke 3 yang last tu.Before publish post ni seeloknya baca balik.Nanti macam perenggan yang third and second last tu.Boleh mengelirukan.
    Tapi apa-apapun cerita memang best.tak sabar untuk bab yg ke7.;)

    and kalau boehkan..
    baca sekali saya punya novel eh and komen skali?hehehehe..
    http://akudankauceritera.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. okey...thanks...untuk komen anda

    ReplyDelete